Anda di halaman 1dari 2

Menangani Rambut Bermasalah

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh
dan pecah.

 Kelemumur (dandruff)
Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau
bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang
mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan
lanjut.
 Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah
mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
 Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan ,
mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
 Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak
bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan
basah.
 Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
 Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid
rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi
gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;
 Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
 Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
 Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu
basah dan pada suhu yang tinggi.
 Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda
hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
 Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang,
eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
 Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor
untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Anda mungkin juga menyukai