Anda di halaman 1dari 1

PERSEDIAAN MURID MENJAGA

KESELAMATAN
MENGHADAPI CUACA PANAS
DAN KERING YANG BERPANJANGAN
(FENOMENA ELNINO)
DAN
JANGKITAN COVID-19 TERKINI

MINUM AIR BERSIH


Membawa bekalan air
Murid digalakkan membawa air minuman dan lebih
banyak meminum air tanpa mengira tahap aktiviti yang
dijalankan. Pastikan makanan juga selamat dengan
amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan.

HAIWAN BERBISA
Segera melaporkan
Murid dikehendaki segera melaporkan terus kepada
guru sekiranya ternampak haiwan-haiwan berbisa di
kawasan sekolah. Pastikan bersama-sama menjaga
kebersihan persekitaran kawasan sekolah.

LOCENG KECEMASAN
Tahu dan tidak panik
Murid mengetahui dan bersedia dengan langkah-
langkah yang perlu diambil apabila berlakunya
kecemasan atau kebakaran di kawasan sekolah. Latihan
kecemasan atau kebakaran di sekolah akan sentiasa
dikemaskini pelaksanaannya.

BERGEJALA PENYAKIT
Elakkan diri terlibat dalam aktiviti
Murid yang mempunyai simptom penyakit seperti
demam, cirit-birit, muntah, selesema dan batuk tidak
dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti di sekolah. Jika
berlaku komplikasi semasa atau selepas aktiviti
dijalankan, segera mendapatkan rawatan di klinik
berhampiran.

PEMAKAIAN PELITUP MUKA


Penularan varian baharu Covid-19 (Arcturus)
Murid digalakkan memakai pelitup muka. Kemungkinan
murid akan diwajibkan memakai pelitup muka semula
apabila kembali ke sekolah pada 2 Mei ini, di tengah
kebimbangan penularan varian baru Covid-19, XBB.1.16
atau Arcturus, yang sangat mudah berjangkit. SOP ini
akan dikeluarkan sebelum sekolah dibuka sebagai
langkah berjaga-jaga.

“SEMOGA KITA DILINDUNGI”

Rujukan : Surat Siaran 5/16, SPI 5/16


dan Berita Harian – 26 April 2023

Anda mungkin juga menyukai