Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MEMETIK DATA UNTUK DIISI KE DALAM JADUAL

1. Baca rencana frasa demi frasa/ayat demi ayat (sehingga jumpa angkubah/nombor).
2. Memetik data angkubah dan isi ke dalam jadual berkenaan/mengira data/angkubah
berkenaan dan diisi ke dalam jadual.
3. Lengkapkan data jadual yang kosong dengan mengambil kira jumlah nilai mutlak atau
jumlah peratus.
4. Kira jumlah besar sekiranya diperlukan.

FORMULA GAYA BAHASA STATISTIK

1. Mencecah/mencapai/sejumlah/berjumlah/sekadar/ialah/bernilai/ke tahap/ke
paras/menjangkau/mencapai paras/sebanyak 100
- Petik angkubah : 100

2. Naik/bertambah/meningkat/menokok/melonjak menjadi/kepada 100


- Petik angkubah : 100

3. Turun/berkurangan/menurun/jatuh/merudum/menjunam/merosot/luak
menjadi/kepada 100
- Petik angkubah : 100

4. Naik/bertambah/meningkat/menokok/melonjak sebanyak/sekadar 100 berbanding


dengan tahun sebelumnya (X)
- angkubah tahun sebelum (X)campur angkubah (100) : X + 100

5. Turun/berkurangan/menurun/jatuh/merudum/menjunam/merosot/luak sebanyak 100


berbanding dengan tahun sebelumnya (X)
- angkubah sebelumnya (X) tolak angkubah (100) : X - 100

6. Tinggi sebanyak 100 berbanding dengan tahun selepasnya (Y)


- angkubah selepasnya (Y) campur angkubah (100) : Y + 100

7. Rendah sebanyak 100 berbanding dengan tahun selepasnya (Y)


- angkubah selepasnya (Y) tolak angkubah (100) : Y – 100

8. Bertambah sebanyak 10% berbanding dengan tahun sebelumnya (X)


- Angkubah sebelumnya (X) darab dengan 110% : X x (100%+10%)

9. Berkurangan sebanyak 10% berbanding dengan tahun sebelumnya (X)


- Angkubah sebelumnya (X) darab dengan 90% : X x (100%-10%)

10. Lebih sebanyak 10% berbanding dengan tahun selepasnya (Y)


- Angkubah selepasnya (Y) darab dengan 110% : Y x (100%+10%)

11. Kurang sebanyak 10% berbanding dengan tahun selepasnya (Y)


- Angkubah selepasnya (Y) darab dengan 110% : Y x (100%-10%)
Gaya bahasa statistik

1. Sebanyak x – petik x

2. Menjadi/kepada/mencecah x – petik x

3. Meningkat/bertambah/naik/melambung/melonjak/menokok sebanyak y berbanding


dengan tahun sebelumnya – jumlah tahun sebelumnya + y

5. Lebih tinggi sebanyak y daripada tahun selepasya – jumlah tahun selepasya + y

6. Tahun selepasnya lebih sebanyak y – jumlah tahun selepasnya –y

8. Merosot/berkurangan/turun/jatuh/merudum/menjunam z berbanding dengan tahun


sebelumnya – jumlah tahun sebelumnya + z

9. Kurang sebanyak z daripada tahun selepasya – jumlah tahun selepasya –z

10. Tahun selepasnya kurang sebanyak z – jumlah tahun selepasnya +z

11. Bertambah sebanyak 10% berbanding dengan tahun sebelumnya – jumlah


sebelumnya x 110%(100%+10%)

12. Berkurangan sebanyak 10% berbanding dengan tahun sebelumnya – jumlah tahun
sebelumnya x 90% (100%-10%)

13. Lebih 10% berbanding dengan tahun selepasnya – Y x 90% (100%-10%) = jumlah
selepasnya, cari Y

14. Kurang 10% berbanding dengan tahun selepasnya – Z x 110% (100%-10%) =


jumlah tahun selepasnya, cari Z

Cara melabel jadual :


1. Tajuk : kesemuanya huruf besar dan digariskan : Nama tempat(Di mana),
pembolehubah/topik & fokus (apa), tempoh masa (bila)
: berada di tengah-tengah muka surat
2. Pembolehubah : petik daripada soalan -topik, fokus, tempoh masa/tahun
3. Angkubah & unit : petik daripada rencana
4. Sumber : tulis di sudut kanan di bawah jadual-salin semua daripada rencana

Cara melabel grafik :

1. Tajuk : kesemuanya huruf besar dan digariskan : Nama tempat(Di mana),


pembolehubah/topik & fokus (apa), tempoh masa (bila)
: berada di tengah-tengah muka surat
2. Carta bulatan : label pembolehubah tahun/sektor di bahagian atas bulatan.
: label jumlah besar & unit di bahagian bawah setiap bulatan

3. Media berpaksi
a) Paksi Y : label dengan lengkap (berserta dengan unit) & ditulis secara melintang.
- Salin selepas perkataan menunjukkan (topik/fokus)
: pembolehubah boleh berubah – orang/kes/tan metrik/RM juta/bilion

b) Paksi X : pembolehubah tetap – tahun/bulan kecuali Graf Bar Piramid

c) Label sifar ‘0’ pada titik origin

d) label nota sekiranya tahun jangkaan/anggaran/unjuran*

e)Label skala/nisbah jejari pada bahagian bawah sebelah kiri

e) Posisi petunjuk di bawah skala/nisbah jejari

8. Petunjuk : Huruf pertama petunjuk, iaitu huruf P perlu selari dengan paksi menegak dan
garisan tepi petak petunjuk.
: Tahun tidak boleh dijadikan petunjuk

10. Posisi Sumber : di sebelah kanan dan bawah jadual/grafik (jika terdapat dalam rencana)

Cara mengira nisbah jejari untuk Carta Pai :

Nisbah Jejari = √Jumlah besar bulatan kanan


√ Jumlah besar bulatan kiri

Cara mengira skala Graf Berpaksi (Graf Bar/Graf Garis)

Skala = Jumlah terbesar/tertinggi


8
 Ambil nombor genap yang terdekat

Cth : Skala = 299


8
= 37.4 (bundarkan nombor)

 Skala 1cm = 40 tan metrik

Pengiraan untuk ukuran ketebalan setiap bar:

a) Setiap nilai /skala

b) i) Tekan skala
ii) M+
iii) On
iv) Nilai
v) /
vi) MRC
vii) =

* Untuk nilai/bar seterusnya ulangi langkah iv) hingga vii)

Anda mungkin juga menyukai