Anda di halaman 1dari 2

Chapter 2: Study Approach and Methods

2.1 Orang Berkepentingan

i. Hospital Kapit
ii. Jabatan Kerja Raya Kapit
iii. Tekuyong Buriek Kapit Ent.
iv. Ketua rumah panjang Untang
v. Komuniti penduduk Rumah Untang
vi. Komuniti Pasar Kapit

2.2 Status Sosioekonomi

Jadual di bawah menunjukkan analisis bagi status sosioekonomi yang terdapat


di Rumah Panjang Untang, Ulu Yong.

Perkara Kekerapan Peratusan (%)


(Orang)
Saiz Populasi Lelaki 90 64.29
Perempuan 50 35.71
Total 140 100.00
Pekerjaan Swasta 2 7.70
Bekerja sendiri 10 38.50
Tidak bekerja 14 53.80
Total 26 100.00
Jumlah Tiada pendapatan 11 42.30
Pendapatan
RM500-RM1000 11 42.30
RM1100-RM1600 1 3.85
RM1700-RM2200 0 0.00
RM2300-RM2800 3 11.50
Total 26 100.00
Jadual: Analisis Status Sosioekonomi di Rumah Untang, Ulu Yong

Sumber: Kajian Projek SIA 8-12 Mei 2023

2.2.1 Saiz populasi

Penduduk yang tinggal di Rumah Panjang Untang, Nanga Skura, Ulu Yong adalah
seramai 140 orang termasuk kanak-kanak iaitu populasi bagi kaum lelaki seramai 90
orang dan kaum perempuan pula seramai 50 orang. Jumlah sebenar penduduk yang
tinggal di rumah panjang tersebut adalah seramai 225 orang, namun disebabkan faktor
migrasi ke bandar atas urusan pekerjaan yang jauh dari kampung menyebbkan
seramai 140 orang yang tinggal di situ.

2.2.2 Pekerjaan

Responden yang bekerjasama dalam projek SEIA kebanyakkannya tidak memiliki


pekerjaan iaitu seramai 14 orang (53.80%). Hal ini kerana ada sesetengah responden
yang merupakan sudah bersara dari pekerjaan, berhenti kerja kerana faktor kesihatan
dan juga golongan remaja yang menunggu keputusan peperiksaan mereka. Seramai 10
orang (38.50%) yang bekerja sendiri iaitu mereka menjalanakn perniagaan dari hasil
kebun sendiri ke Pekan Kapit, dan ada yang menjual hasil tangan sendiri. Terdapat 2
orang (7.70%) reponden yang bekerja di sektor swasta iaitu bekerja sebagai pekerja di
pasaraya dan sebagai tukang kebersihan.

2.2.3 Jumlah pendapatan

Berdasarkan jadual di atas, seramai 11 orang responden (42.30%) yang tiada memiliki
sebarang pendapatan atas faktor mereka tidak bekerja, diikuti responden yang
berpendapatan sebanyak RM500 hingga RM1000 bersamaan 11 orang responden juga
(42.30%). Hanya seorang sahaja responden yang memiliki pendapatan sebanyak
RM1100 hingga RM1600.

2.3 Pendekatan dan Metodologi

Anda mungkin juga menyukai