Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM

“KEM ANAK SOLEH”

TARIKH & HARI:


7 MAC – 9 MAC 2023 | SELASA - KHAMIS

TEMPAT:
MASJID BATU TIONG

ANJURAN
AMEERAH CAWANGAN BATU TIONG

Dengan Kerjasama
MUSLIMAT CAWANGAN KG. BATU TIONG
AMEERAH DUN RANTAU ABANG
JAWATANKUASA MASJID KG. BATU TIONG
JPKK KG. BATU TIONG
1.0 PENGENALAN
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa kehidupan anak-anak dibaratkan seperti kain putih
dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorak kehidupan anak-anak. Berikutan itu,
Program Kem Anak Soleh merupakan satu usaha untuk memenuhi cuti sekolah anak-anak
dengan aktiviti bermanfaat dan pengisian agama supaya dapat membentuk anak-anak dengan
nilai dan peribadi yang soleh. Melalui program ini, bukan sahaja anak-anak mendapat manfaat
bahkan ibu bapa dan masyarakat turut merasai hasil yang sama kerana anak-anak inilah yang
akan menjadi penyejuk hati buat ibu bapa kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program yang dijalankan adalah untuk memberi kefahaman agama dalam diri anak-
anak sekaligus ingin melahirkan peribadi yang berakhlak mulia. Selain daripada itu, ia bertujuan
untuk mengisi cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang menarik tetapi beriisi dengan input
yang akan memberi manfaat buat mereka. Program ini juga merupakan usaha jangka panjang
untuk menangani permasalah sosial yang wujud dalam masyarakat kita harini. Diharapkan
program ini bakal melahirkan anak-anak yang baik agama dan mengajak masyarakat untuk
berbuat baik dan mendekatkan masyarakat kepada agama.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan kefahaman agama ke dalam diri anak-anak
3.2 Memupuk peribadi yang soleh dalam diri anak-anak
3.3 Mengisi masa anak-anak dan masyarakat dengan aktiviti yang bermanfaat
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

4.0 BUTIRAN PROGRAM


4.1 TARIKH DAN TEMPAT

BIL. TARIKH TEMPAT MASA


7 Mac 2023 – 9 Mac 2023 Masjid Kampung Batu 8.30 pagi -
1.
(Selasa- Khamis) Tiong 2.00 petang

1
4.2 SENARAI PROGRAM

Slot Pengisian Kem Aktiviti Memanah


Slot Latihan Dalam Kumpulan Aktiviti Berkuda

5.0 GOLONGAN SASAR


- 60 orang murid berumur 9 tahun – 15 tahun

6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


- Rujuk Lampiran 1

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN


- Rujuk Lampiran 2

8.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA
PERKARA TINDAKAN

8.45 pagi Pendaftaran Program Unit Pendaftaran

Unit Pengisian dan


Slot 1:
Jemputan
9.00 pagi Tanggungjawab sebagai anak
7 MAC 2023 Unit IT
(Penceramah Jemputan)
(SELASA)
Unit Makanan
10.30 pagi Makan Pagi

LDK 1
11.00 pagi Unit Aktiviti
Modul 1 & Modul 2

1.00 tengahari Solat Zohor & Makan Tengahari Unit Makanan

Slot 2:
Unit Pengisian dan
Auratku Maruahku
9.00 pagi Jemputan
(Penceramah Jemputan)
Unit IT
8 MAC 2023
(RABU) 10.30 pagi Makan Pagi Unit Makanan

2
LDK 2:
11.00 pagi Unit Aktiviti
Modul 3 & Modul 4

1.00 tengahari Solat Zohor & Makan Tengahari Unit Makanan

9.00 pagi Aktiviti Memanah dan Berkuda Unit Aktiviti

11.00 pagi Slot Resolusi Unit Aktiviti


9 MAC 2023
(KHAMIS)
Unit Pengisian dan
11.30 pagi Majlis Penutup
Jemputan

1.30 tengahari Solat Zohor dan bersurai

Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA

JAWATAN NAMA

Penasihat Puan Rohani Binti Drahman


Pengarah Aina’ Nasuha Binti Ahmad Fauzi
Timbalan Pengarah Puan Suwaibatul Aslamiyyah
Setiausaha Puan Wan Nur Fatimah Irfana Binti Wan Ahmad Amli
Bendahari Puan Nor Hazilatul Binti Che Hamzah
Unit IT, Media dan
Encik Kamal
Publisiti
Cik Ain Mashitah

Unit Aktiviti, Pengisian


Cik Aina’ Nasuha Binti Ahmad Fauzi
dan Jemputan

Unit Makanan Puan Maslinda Binti Narodi

3
JAWATAN NAMA

Unit Pendaftaran Azurahida Binti Ahmad


Puan Nurulkarimah Binti Salih
Puan Hasmaliza Binti Othman
Unit Sumbangan
Cik Aisyah
Dan SEMUA AJK
Unit Tempat dan
Cikgu Din
Peralatan
Unit Cenderahati Puan Nor Hazilatul Binti Che Hamzah
Unit Keselamatan &
SEMUA AJK
Kebajikan
Unit Kebersihan SEMUA AJK

Lampiran 2

4
ANGGARAN KEWANGAN

I. Belanjawan Pendapatan
Perkara Kos Harga (RM)
1) Yuran RM 50 X 60 orang RM 3000
2) Penajaan RM 3980 RM 3980
Jumlah Keseluruhan RM 6980

II. Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kuantiti Harga (RM)

1) Penceramah 2 Slot x RM 100 RM 200

3 Hari X 8 Orang X RM 720


2) Saguhati Fasilitator
RM 30

3) Makan Minum RM 5 x 80 Orang


RM 1200
x 3 Hari
- Minum pagi
- Makanan Tengahari
RM10 x 80 Orang
- Air Mineral RM 2400
x 3 Hari
RM10 X 10 katon RM 100

4) Hamper Peserta RM 20 x 8 Kumpulan RM 160


5) Aktiviti Memanah 10 Set RM 1500
6) Aktiviti Berkuda RM 500 RM 500
5) Cenderahati VIP Jemputan RM 50 x 1 RM 50
6) Banner RM 50 RM 50
7) Barang Aktiviti RM 100 RM 100
JUMLAH RM 6980

5
ii. Kaedah Mendapatkan Pendapatan
- Mohon sumbangan dengan YB ADUN, Parlimen, JPKK, Masjid
- Mencari sumbangan secara umum melalui sebaran poster program dan surat tajaan

9.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang akan melahirkan anak-anak yang soleh dan bersemangat
untuk berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selain itu, diharapkan program ini juga
meninggalkan kesan yang mendalam dalam mengangkat nilai agama dalam diri anak-anak di
samping memberi impak yang positif kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya.

Anda mungkin juga menyukai