Anda di halaman 1dari 8

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK


__ _________________________________________________________

KERTAS KERJA
JERSI BOLA TAMPAR ( LELAKI & PEREMPUAN )
SK TAMAN SEMARAK

1.0 PENDAHULUAN

Permainan bola tampar sememangnya sinonom dengan murid-murid SK Taman Semarak.


Pasukan bola tampar ( Lelaki & perempuan ) sentiasa komited setiap kali menjelang
kejohanan bola tampar sama ada di peringkat Daerah Seremban 1 atau peringkat negeri.
Pasukan bola tampar SK Taman Semarak telah merangkul banyak kejayaan terutamanya
di peringkat Daerah Seremban 1 di mana sering kali menjuarai Kejohanan Bola Tampar
bawah 12 tahun ( Lelaki ). Manakala pasukan bola tampar ( perempuan ) juga antara 3
pasukan terbaik di Daerah Seremban 1. Pasukan bola tampar bawah 11 tahun juga antara
3 pasukan terbaik di peringkat Negeri Sembilan. Beberapa pemain pasukan bola tampar
( lelaki ) juga telah berjaya hingga ke Peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2019, pasukan
bola tampar ( L ) telah menghantar 2 pasukan dan kedua-dua pasukan tersebut layak ke
peringkat akhir. Semarak ( A ) johan Daerah Seremban 1 manakala pasukan Semarak
( B ) mendapat naib johan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi keselesaan kepada semua pemain bola tampar yang mewakili sekolah
sama ada ke peringkat Daerah Seremban 1 atau peringkat Negeri Sembilan.

2.2 Membina keyakinan kerana jersi memainkan peranan secara psikologi kepada
para pemain.

2.3 Membantu pasukan bola tampar SK Taman Semarak menjuarai kejohanan bola
MSSNS.

3.0 SUMBER KEWANGAN

____________
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER

1. Jersi RM 38 x 24 orang

Jumlah besar : RM 912.00

5.0 PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga kertas kerja  ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pemain-pemain yang mewakili pasukan
bola tampar SK Taman Semarak akan terus cemerlang bukan sahaja di bidang
kokurikulum sebaliknya juga dalam bidang pelajaran khususnya serta menjadi
insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan
negara.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

__________________ ___________________

Azizah binti Sanusi En. Hamidi bin Daud


Pengurus bola tampar GPK Kokurikulum
SK Taman Semarak SK Taman Semarak

Diluluskan oleh :

__________________

Pn. Norfiza binti Bulka


Guru Besar
SK Taman Semarak
Selain itu,saya juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelum ini untuk

jangka masa yang lama. Pemasangan awning dapat melindungi kawasan dalam rumah dari
cuaca yang buruk. Apabila cuaca panas, awning dapat mengurangkan suhu rumah saya
sekurang-kurangnya 15 darjah dan melindungi penghuni rumah daripada sinaran UV yang
boleh menyebabkan kanser kulit serta merosakkan bahagian dalam rumah seperti perabot-
perabot. Terdapat juga rongga kecil di awning di mana udara panas boleh meresap keluar dan
meningkatkan pengudaraan yang lebih baik. Secara tidak langsung, ianya juga dapat
mengurangkan pemasangan sistem penyaman udara yang lebih kerap dan mengelakkan
pembayaran bil-bil yang lebih ting

Apabila musim hujan pula, awning juga melindungi rumah daripada kerosakan hujan
kerana ianya mempunyai perlindungan air yang akan mengalirkan air di luar bumbung dan
tidak menyebabkan lopak air yang menyebabkan tingkap serta kawasan rumah menjadi rosak.
Ianya juga dapat melindungi taman kecil atau pokok-pokok bunga yang diletakkan di
hadapan tingkap di luar rumah daripada rosak apabila terkena air hujan yang lebat. Oleh itu,
keluarga saya akan dapat menikmati keindahan bunga-bunga yang kecil dan cantik meskipun
cuaca hujan mahupun panas
Disamping mementingkan kelebihan di dalam rumah, saya juga mementingkan
keadaan di luar rumah iaitu dengan pemasangan awning ini, rumah saya akan kelihatan lebih
bergaya, cantik dan hebat. Hal ini kerana awning juga mempunyai pelbagai rekaan, bentuk
dan warna yang menarik sesuai dengan rumah dan tingkap saya. Pemasangan awning juga
bukan sahaja menjimatkan kos kita dalam jangka masa pendek. Bahkan dengan pemasangan
sesebuah awning , ianya dapat bertahan untuk satu tempoh masa yang panjang kira-kira 10
tahun. Ianya juga adalah satu binaan yang kukuh dan stabil meskipun terhadap perubahan
cuaca yang teruk serta boleh dibuka sekiranya tidak mahu menggunakannya. Terdapat juga
awning yang menggunakan motor elektrik yang dapat dibuka sekiranya hendak menikmati
cuaca panas ataupun mendung serta boleh digunakan sekiranya cuaca hujan lebat. Oleh itu,
saya tidak perlu risau lagi sekiranya berlaku hujan lebat mahupun panas terik.

Pemasangan awning ini juga adalah lebih mudah serta menjimatkan masa. Ianya juga
lebih menjamin keselamatan rumah saya. Hal ini kerana jika saya menukar tingkap, saya
perlu lebih berjaga-jaga di waktu malam sekiranya tingkap tersebut masih belum siap
sepenuhnya. Seperti yang kita ketahui juga pemasangan tingkap memerlukan masa yang lebih
lama untuk menunggu simen dan bahan-bahan yang digunakan berfungsi dengan baik.
Berbeza dengan sekiranya saya memasang awning, keselamatan keluarga saya lebih selamat
kerana tingkap yang kukuh dan sama masih kekal tanpa berubah apa-apa dan pemasangan
awning tidak menjejaskan tingkap tersebut.

Pemasangan awning ini juga haruslah dilakukan oleh kontraktor yang professional
bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul di hari kemudian. Meskipun awning yang
dipasang ini harus diperiksa setiap tahun untuk memastikan keelokannya, namun kos yang
terlibat adalah tidak tinggi jika dibandingkan dengan kos keseluruhan bagi penukaran
tingkap. Bagi mengelakkan kerosakan pada awning, pencegahan dapat dilakukan dengan cara
sentiasa memastikan tiada penakungan air atau kotoran di atas awning dan hendaklah lap ia
sehingga bersih
KEADAAN DEWAN BESTARI SEBELUM DI BAIK PULIH

Keadaan Dewan
Bestari sekarang
kelihatan kurang ceria
dan suram.
Keadaan bilah kipas yang
bengkok membahayakan
warga SKTS terutamanya
ketika angin bertiup.

Anda mungkin juga menyukai