Anda di halaman 1dari 1

D-SIM

Some people are afraid of what they might find if they


try to analyze themselves too much, but you have to
crawl into your wounds to discover where your fears
are. Once the bleeding starts, the cleansing can
begin.

We d n e s d a y, M a y 11 , 2 0 11

Nak jadi juruterbang ( PILOT ) ?


Assalamualaikum.

Mood : Rungsing lepak dengan deme, McD Pengkalan


nih -.-'
Muzik : Iklan kat TV,RADIO McD, haha

Okay, sejurus sahaja aku melawat satu - satunya


Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak atau
dikenali sebagai Lapangan Terbang Ipoh ( nanti aku
post entry pasal Lapangan Terbang Ipoh yea, tengah
kumpul bahan lagi nih :))  ) , aku, Farid, Idzhar, Hazmi
dan Faizal bergerak ke Integrated Aviation Academy
yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang
Ipoh sahaja, tak jauh. Sebenarnya, tujuan aku
bersahaja jea. Nak tahu cara - cara menjadi kadet /
juruterbang / PILOT secara sah dan kalau boleh nak
tolong laa si Faizal, dia beria sangat nak capai impian
dia tue, cuma caranya aku tak tahu. Dah alang - alang
sampai ke kawasan situ, ate.. bergerak lah kite ke
akademik itu :) 

Memang tiada dalam peta lokasi akademik itu, jadi


yang aku tanda MERAH kat peta tue merupakan
lokasinya. Sebelum nak sampai lapangan terbang pun
ada papan tanda BESARRR pasal akademik nih :DD

Setahu aku, Integrated Aviation Academy merupakan


satu - satunya pusat institut latihan penerbangan kat
Ipoh dan seterusnya negeri Perak. Pernah juga aku
mencari bahan dan maklumat mengenai akademik
penerbangan ini dalam internet, namun tak berhasil :(
Kiranya, harapan entry aku kali ini dapat membantu
siapa - siapa kat luar sana yang ingin mengetahui lebih
lanjut pasal akademik ini,  :DD

Ehem, mula - mula teragak - agak juga nak masuk.


Aku pun tak pasti mana pintu masuk utama sebab
tiada papan tanda akademik kat pintu pagar
berhampiran. Kebetulan pula ada beberapa kadet
yang gayanya masih belajar di sini, masuk lalu pagar
kecil di kiri pagar besar, lalui suatu lorong yang
menuju ke sebuah bangunan. Aku dengan Faizal
melangkah kehadapan, meninggalkan yang lain - segan
kowt mereka. Biasalah, kalau orang luar datang, kena
tahan dengan pengawal keselamatan. Jadi, terus -
terang sahajalah apa tujuan korang datang ke tempat
persendirian tue. Alasan aku,

" Kami nak tanya pasal kemasukan kadet baru kat


orang pejabat boleh bang ? "

Bagi kad pengenalan, dah boleh masuk. Tak susah


mana kalau ada usaha kan. Lepas sahaja pondok
pengawal, aku bertukar pandangan dengan Faizal,
mana nak pergi nih ? Tanpa arah yang pasti, kami
jalan perlahan ke bangunan berdekatan, ternampak
seakan pejabat tapi.. macam tiada orang. Haishhh,
jalan lagi.. muka dah tercengang - cengang tak tahu
apa - apa, alah lebih kurang bagai rusa masuk
kampung lah katakan. Dan.. dari jauh makcik
kontraktor kelas F datang kat kitaorang...

" Adek cari apa nie ? "

" Err, kami mencari pejabat, nak tanya pasal


kemasukan kadet baru. Boleh tunjukkan jalan ? "

" Owh, mari sini.. Makcik tunjukkan orangnya terus "

Rupa - rupanya, makcik bawa kami jumpa terus


dengan jurulatih akademik situ di kafeteria dia mana
beliau sedang berbual dengan kadet yang kami baru
jumpa di luar pagar tadi, macam berpangkat Kapten
sahaja encik jurulatih ini, berusia, berbahu mantap
dan perut sedikit hadapan - biasalah kalau dah
berusia. Jangan main  - main pangkat Kapten nih, aku
ada ikut PROGRES masa tahun 2007 di Melaka.
Program itu bawa aku dan rakan - rakan ke Malaysia
Flying Academic ( MFA ) di Batu Berendam, Melaka
masa hari terakhir kem. Kata salah seorang jurulatih
di situ, dapat pangkat kapten dah sah - sah gaji
puluhan ribu. Kalau pencen berpangkat kapten tapi
perkhidmatan diperlukan, gaji minimum RM 50 000 :O

Lalu, kami dibawa ke dalam pejabat dan diberi sedikit


maklumat pasal cara nak masuk akademik. Meh aku
cerita kelayakan, kebaikan dan keburukan nak jadi
seorang juruterbang dalam bentuk isi, saja nak buat
ringkas dan mudah difahami.

KELAYAKAN :
Sebenarnya, minima atau kelayakan nak
jadi seorang juruterbang hanyalah lulus
SPM dengan 5 kredit.
Kalau boleh, tekankan BAHASA INGGERIS,
MATEMATIK dan SAINS masa SPM ( ini bagi
pelajar yang masih di bangku sekolah
bercita - cita jadi juruterbang yea.. )
Kena hantar surat ke.. Department of Civil
Aviation, Malaysia
No 27, Persiaran Perdana
Level 1-4, Block Podium
Precinct 4, 62618 Putrajaya, Malaysia
Telephone: +603 – 8871 4000.
Website: www.dca.gov.my

macam pelik kan ? Sebenarnya, surat kena hantar


dahulu ke Jabatan Penerbangan Awan Malaysia.
Beberapa butiran perlu di isi termasuklah pencapaian
akademik ( SPM ) dan kita hanya perlu menunggu
sahaja surat balasan daripada jabatan tersebut.
Kiranya, dengan surat balasan itu, menjadi sebagai "
surat besar " menandakan korang semua layak
memasuki mana - mana akademik penerbangan di
Malaysia ini. Macam kat gambar bawah warna biru ini,
contoh surat yang hanya perlu isi sedikit maklumat
peribadi dan terus boleh hantar ke jabatan yang
disebut tadi.

Dah lepas semua pendaftaran, kena ambil


medical check-up HANYA di beberapa
hospital/klinik swasta yang disahkan oleh
pihak akademik. Maknanya, tak sah laaa
kalau buat medical check-up di hospital
kerajaan.

KEBAIKAN :

CUMA mengambil masa 2 TAHUN nak


dapatkan lesen penerbangan secara sah :)
Yuran boleh dibayar secara berperingkat
mengikut fasa peperiksaan 
Belajar basic adalah pesawat one wing, nak
advance helikopter, banyak pengalaman
Makin banyak belajar ( maksudnya, belajar
one wing dan helikopter sekali gus ), lagi
cerah peluang nak dapatkan pekerjaan
Ada simulator kat sini ( rasanya, mana -
mana akademik ada simulator kan ? )
Mesti ada tenaga pengajar luar negara
bakal mengajar korang nanti 
GAJI masyukk, bak kata jurulatih - biasalah
8 ke 9 ribu bagi yang baru habis belajar :DD
Kita bakal diajar cara berkomunikasi dalam
BAHASA INGGERIS- kan nak roger sana roger
sini masa nak mendarat dan berlepas
kannnnn~

KEBURUKAN :

Err, bagi one wing - yuran paling murah


adalah dalam RM 200 ribu -.-'
Nak belajar helikopter - yuran paling
murah adalah dalam RM 400 ribu sebab nak
belajar helikopter, kena belajar one wing
dahulu
Kalau gagal exam ( satu paper setiap exam
dan banyak exam sebenarnya ), satu paper
RM600 sebab di import khas daripada
United Kingdom - dia jaga kualiti nih
MARA dah tak bagi pinjaman / loan untuk
course aviation / pilot.  FAMA laa jawabnya
:(
Risiko tiada kerja ada ! Kalau pointer
rendah laa.. JADI BUAT SUNGGUH -
SUNGGUH !

Bagi aku, nak jadi juruterbang lebih kepada praktikal


daripada teori dan sesiapa yang benar - benar minat,
atau " dilahirkan untuk menjadi seorang juruterbang
" tak susah laa pembelajaran ini, lagipun ia cuma
memakan masa 2 Tahun ( macam ambil asasi jea ! O.o
) Tengok kan, muka - muka kadet yang aku jumpa,
semuanya ceria - tak susah laa nanti kalau nak bergaul
dengan kadet - kadet lain, jurulatih pula sedia
membantu. Setiap kali kadet terserempak dengan
jurulatih, mesti anak murid tue sebut " KAPTEN "
dengan nada hormat. Secara mudahnya, aku buat
konklusi adab hormat menghormati sesama satu sama
lain itu ada laa.. Mungkin kewangan menjadi faktor
penolak utama, tapi cuba lah usaha demi minat. Kan
minat kita ini akan digunakan hampir 40 tahun, takkan
nak buat sesuatu yang kita tak minat selama 40 tahun
kan ? Bayar memang mahal, tapi cuba bayangkan bila
dah kerja balik. Tak mustahil nak bayar balik kalau
mula kerja dah nak masuk RM 10 ribu :))   Antara
akademik yang terbaik pula, di Kota Bharu ada satu.
MFA tidak kurangnya. Kalau beruntung, Air Asia dan
MAS malah Singapore Airlines datang ke tempat
akademik, cari kadet yang boleh mereka taja. Kita
habis belajar terus kerja dengan syarikat besar ini !
Kata akhir aku, usaha tangga kejayaan :)

P/s : aku minat jadi pilot dulu, tapi nak lagi advance.
tuu sekarang aku minat aerospace :)

tepat 2:01 AM

Share

230 comments:

Intan7 May 11, 2011 at 2:21 PM


yayasan perak xde tawar biasiswa utk jd pilot ke??
sebab kalo yayasan terengganu ada..jadi, x perlu la
b'gantung ngn fama..
Reply

chacha January 30, 2012 at 3:33 PM


Salam . Nak tanya bagi pelajar yang ingin jadi PILOT,
kena masuk aliran Sains Tulen saja atau pilih mana
mana asalkan ada subjek BI, MATH dan SAINS ??
Reply

D-SIM January 30, 2012 at 4:29 PM


@intan : terenggau kan kayooo.. boleh lah tanggung
rm200 sorang -,-

@chacha : W'salam, BI dan MATH tu wajib bagi mana-


mana aliran kan ? Cuma..Sains di sini bermaksud
subjek Fizik..Sebab Fizik tu digunakan dalam
simulator.. dalam pembelajaran.. ada kira-kira
mendarat berlepas keberangkalian pun ada.. jadi..
pilihlah Sains yang menjerusmus kepada Fizik

Nak advance, ambil Add Math sekali :D


Reply

Replies

Anonymous April 5, 2013 at 11:52 PM


Yew coz in physic got a topic related with
aerodynamic which is bernoulli principle

Anonymous March 19, 2017 at 11:08 AM


Salam..nak tanya kalau tak ambik fizik tak boleh
masuk ke?kalau ambik sains yg bukan fizik..
Mohon penjelasan tqvm..

Unknown March 27, 2017 at 12:56 PM


wslm, kalau tak ambik fizik, peluang nak masuk
tu sikit la

Reply

chacha January 30, 2012 at 5:50 PM


oh macam tu . faham faham . terima kasih :D
Reply

Kay Sablihan June 30, 2012 at 1:51 PM


bergelora hati ni ingin terbang diangkasa..!!
Reply

tehkopi July 7, 2012 at 10:16 PM


aku suka entry ni...aku pernah apply tahun 2008
dulu..masa tu aku dah habis SPM..aku dapat
masuk..tapi sedih ye lah yuran dah lah cecah ratusan
ribu..parents aku tak mampu..jadi ayah aku x
bagi..sedih jugak lah..nak buat camner..kalau mampu
boleh je masuk..bukan susah pun, janji lepas SPM..
Reply

Replies

Unknown October 27, 2016 at 4:35 PM


Kesian....nak buat camne kan yuran semuanya
mahal kan..

Unknown April 14, 2017 at 6:55 AM


Nakn tanya , awak spm dlu ambil aliran sains ke?

Reply

D-SIM July 9, 2012 at 5:33 AM


@cha cha : sama sama :)

@kay : amboi, haha

@tehkopi : betul tu. tapi, macam biasa, penolak


utama adalah faktor kewangan. Jangan risau, atau
sedih. Kan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya
? :)
Reply

Replies

Muhaziq January 30, 2017 at 9:27 PM


"Beberapa butiran perlu di isi termasuklah
pencapaian akademik ( SPM ) dan kita hanya perlu
menunggu sahaja surat balasan daripada jabatan
tersebut."

Boleh bg thu .... Butiran apa.... ???

Reply

afifi August 3, 2012 at 11:05 AM


tumpang tanya, macam mana nak register untuk
masuk, dengar2 aviation ni tak mengambil pelajar
lagi?
Reply

D-SIM August 22, 2012 at 2:41 AM


cuba melawat dan jumpa terus pejabat tempat ini
Reply

Aishah Asyiqin August 27, 2012 at 2:14 PM


Kalau saya dah ade ijazah Bisnes , ade peluang ke nak
dapat PPL (private pilot license) atau CPL (commercial
pilot license) ?
Reply

D-SIM August 28, 2012 at 2:37 AM


kalau saya jadi macam kak, saya gunakan ijazah
Bisnes untuk kerja terus :P

Rasanya, kelayakan kembali kepada orang umum.


Minimun lulus SPM 5 kredit tu. .
Reply

fatihah September 3, 2012 at 1:06 AM


SPM 7 KREDIT.tp x termasuk fizik,kimia.nak apply
PPL...dah ada diploma tourism.tp rasa nk amek course
PPL pulak.sbb da keja kat airport n timbul minat nk
jadi pilot...cm ner nak apply ya..hihi.any comment?
Reply

D-SIM September 6, 2012 at 7:21 AM


ermm rasanya, kelayakan kembali kepada orang
umum. Minimun lulus SPM 5 kredit tu. .
Reply

NurulRubiah September 6, 2012 at 10:10 PM


Thanks for the info :-)
Reply

Anonymous September 29, 2012 at 1:32 PM


salam..nk tnye..ketinggian yg layak bp??
Reply

Replies

Anonymous April 12, 2013 at 12:02 PM


minima 160 cm (5kaki 4 inci )

Reply

D-SIM September 30, 2012 at 9:12 PM


ketinggian ? aha, entah lah. ada jea kadet yang lebih
rendah daripada aku masa melawat tempat itu. waktu
itu, tinggi aku dalam 165cm
Reply

Replies

Firdaus M April 14, 2017 at 5:26 PM


mk ko ijau

Reply

Anonymous October 1, 2012 at 5:50 PM


klw ketinggian 140???

#ad hati pulak nk jd pilot ^^'


Reply

Replies

D-SIM September 20, 2013 at 10:16 PM


err.. rasanya tak lepas kehendak fizikal

Reply

farhain's story October 16, 2012 at 9:47 PM


if saya ada rabun silau sikit macam mne???x bole jadi
ke??
Reply

Replies

D-SIM April 17, 2017 at 10:39 AM


boleh kalau rabun/silau tak serious sangat

Reply

D-SIM November 3, 2012 at 9:44 AM


anon : err. . rasanya kena tinggi lagi

@farhain : silau boleh lagi, kalau teruk sangat jea


direkemenkan buat pemedahan mata
Reply

pilot wannabe hahaha November 19, 2012 at


10:45 PM
Errr,tanye sikit bro,agak2 butiran ape nak kene hantar
tu eh?
Reply

Anonymous February 26, 2013 at 11:22 AM


kalau nak apply pilot course luar negara , perlu
kelulusan DCA malaysia lagi ?
Reply

D-SIM February 27, 2013 at 4:36 PM


@pilot wannabe : ambil dahulu borang tersebut, kat
situ ada requirements

@anon : err.. maaf, itu tak pasti. cuba tanya pada


kapten pilot di akademik
Reply

Unknown March 4, 2013 at 2:24 PM


Kalau science biasa boleh ke?
Reply

faris March 5, 2013 at 1:53 AM


tumpang tanya...kalau rabun masih boleh sertai ke..?
Reply

Leyna Liyana March 15, 2013 at 3:53 PM


ada borang online?
Reply

D-SIM March 20, 2013 at 6:00 PM


@muhd : maaf, rasanya fizik itu amat diperlukan.

@faris : rabun tu ada had dia. Kalau teruk sangat


rabun, atau rabun yang tak lepas requirement dia,
boleh buat laser operation. Itu pesan kapten.

@leyna : rasanya tiada haha cuba check


Reply

Teddy Meddy March 21, 2013 at 3:24 PM


macam mana nak ambik borang tu??
Reply

Anonymous March 22, 2013 at 5:19 PM


bro, ada fb or twitter x? nak sembang sikit psal kejaya
nihh.. anyway, kalau spm result dapat BI A-,MATH
A+,FIZIK B,ADDMATH B+, boleh x?
Reply

Habibah Zulkifli March 23, 2013 at 5:14 PM


Salam , Nak tanya peluang unutk perempuan jadi pilot
cerah ke tak ? Sebab orang selalu kata perempuan
susah nak jadi pilot sebab dia pentingkan lelaki dari
perempuan .
Reply

D-SIM March 25, 2013 at 3:27 PM


@Teddy : kena ambil di pejabat rasanya

@anon : result boleh lagi kowt, cuba tanya pada mana


mana insitusi penerbangan

@ habibah : w'salam. Ada quota perempuan lelaki


diberitahu dahulu. Tapi, kalau nak belajar piloting,
tiada masalah.
Reply

Unknown April 4, 2013 at 2:39 AM


bestnye nk jd pilot gakkk....tp aku aku nh pompan bdn
tough..HAHAHAHAHA
Reply

Anonymous April 5, 2013 at 11:57 PM


Hopefully 1 day i will and will...
Reply

Anonymous May 14, 2013 at 7:40 PM


kalau stpm saya ambik subject ekonomi,pengajian
peniagaan and geografi dapat tak apply cadet pilot?
Reply

D-SIM May 14, 2013 at 7:52 PM


fatihah : tough pun bolehhh

anon : insyaAllah

anon : gunakan keputusan spm.


Reply

Anonymous May 22, 2013 at 8:16 PM


kn kt atas tlis klau pointer rndh,mybe ta dpt
keja..klau nk amek blik exam tu,cmne?? bleh??
Reply

Replies

D-SIM July 11, 2013 at 5:26 PM


erm, asalkan cukup kredit insyaAllah boleh.

kalau tak cukup kredit, kena resit SPM dulu sebab


kelulusan SPM adalah requirement dia

Reply

Anonymous August 14, 2013 at 2:49 PM


Pas habis spm....terus ambik Borg n Tunggu jawapan
Dari DCA ke?
Reply

Replies

D-SIM September 20, 2013 at 10:16 PM


lebih baik tunggu keputusan SPM dulu :)

Reply

D-SIM September 20, 2013 at 10:15 PM


This comment has been removed by the author.
Reply

Anonymous September 21, 2013 at 9:03 PM


kalau spm pas 5 kredit bi ok sbliknya math x mcm
mana 2 blh join x academy 2? Please get me a
feedback at supiangbinsamsudin@gmail.com
Reply

Replies

D-SIM March 20, 2014 at 7:22 AM


tak boleh rasanya

Reply

Anonymous February 9, 2014 at 4:45 PM


Slm..sye bru form 4..tpi masuk klas akaun.. 1
masalh..sbb xde fizik..nk tanye.. fizik tu susah ke...
sbb.. sye da hantar borang..nk tambah subject fizik
even dlm klas akaun.. harap2 surat permohonan tu
diterima..
Reply

Replies

D-SIM March 20, 2014 at 7:28 AM


w'salam

fizik tu senang, sebab hanya perlu faham konsep


sahaja.
Lakukan latihan berkala, insyaAllah mampu kuasai
subjek tersebut.

Moga apa yang diusahakan tu dapat yea

Unknown August 27, 2015 at 7:08 PM


+D-sim slm..bro kalau masuk kelas akaun then
apply subjek fizik.ade chance ke jadi pilot? harap
dibalas :D

D-SIM November 4, 2017 at 12:31 PM


waalaikasalam, bagi aku boleh asalkan subjek
yang diperlukan tu ada

Reply

nur shamimi March 15, 2014 at 9:24 PM


sye cume nk tnye..mne satu yg kene ambik dlu ppl ke
cpl ???saya tk fhm tlong trgkn...lgi satu skolh pnrbgn
mne lgi yg kite boleh ambik???
Reply

Replies

D-SIM March 20, 2014 at 7:30 AM


PPL ? CPL ?

Maaf, lupa sudah term tersebut. Mungkin carian


google dapat membantu.

Di Melaka ada sekolah penerbangan terkenal

Reply

Anonymous March 23, 2014 at 10:01 PM


Sya nak tanya, hari tu sya terbaca artikel pasal
kelayakan menjadi kadet pilot utk mas tp artikel tu pd

Anda mungkin juga menyukai