Anda di halaman 1dari 11

3 TAHUN YANG BERLALU PERGI

Meronda kampung di suatu petang . Kehidupan di semester terakhir sewaktu belajar UiTM Penang adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Setelah 5 semester menjadi penghuni di Kolej Zamrud, akhirnya pada semester terakhir saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyewa di luar kampus. Ketika itulah, saya baru merasai erti kehidupan bersama masyarakat sekeliling yang mana terdapatnya seribu onak dan duri.

Namun, kehidupan bersama masyarakat di Permatang Pauh dan 3 tahun di UiTM Penang sudah beberapa bulan ditinggalkan. Memori yang tidak dapat dilupakan kerana mengajar erti kedewasaan. 3 tahun yang berlalu pergi meninggalkan diri.. MENEROKA BUMI YANG BARU Ya Allah.. Selamat ke kita naik bas ni?, Zurin bertanya kepada semua. Bas yang membawa kami ke Kubang Semang dibawa dengan rakusnya. Kami yang pertama kali menaiki bas seperti itu berasa tidak tenang, penumpang yang lain biasa sahaja keadaannya, mungkin sudah lali dengan situasi bas seperti itu. .

Menaiki bas ke Kubang Semang . Perjalanan ke rumah sahabat sekelas (jamuan raya) menjadi pengalaman pertama bagi yang tidak pernah meneroka bumi daratan Pulau Pinang khususnya di kampung-kampung. Begitulah keadaan di sana sehingga Bas Rapid Penang diperkenalkan, semuanya menjadi mudah. **** Anakanda nak pergi mana? Bolehlah Ayahanda hantarkan, seorang pemandu prebet sapu menawarkan perkhidmatan ke mana-mana lokasi yang mahu ditujui. (AYAHANDA, gelaran yang digunakan oleh seorang pemandu prebet di kalangan penumpangnya) Dengan menggunakan khidmat prebet, saya dan rakan-rakan melawat tempat-tempat yang menarik di Pulau Pinang pada waktu terluang. Memang seronok sampai berhimpit-himpit dalam kereta semata-mata hendak menjimatkan kos! BERSAMA BIDANG MEKANIKAL STATICS, DYNAMIC, STRENGTH OF MATERIALS, THERMODYNAMIC, DESIGN OF MANUFACTURE, OPERATION OF MANAGEMENT. Pelajar-pelajar Mekanikal pastinya tidak akan melupakan subjek-subjek di atas. Ada yang lulus dengan cemerlang dan ada yang tersangkut mengambil mata pelajaran itu! Itulah lumrah menuntut ilmu.

Dalam bengkel mekanikal projek semester 2 .

Bergambar sebelum balik beraya pada tahun 2007 kurus! . Terima kasih kepada para pensyarah yang bersungguh-sungguh mengajar kami tentang ilmu kejuruteraan. Maafkan kami jika ada kenakalan dan kesalahan sepanjang menuntut ilmu di sana. PKI DAN FAR-E-ZEEN Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang dan kumpulan nasyid FarE-ZeeN adalah satu kenangan yang berharga. Melalui persatuan inilah saya mempelajari selok-belok bagaimana menguruskan sesebuah organisasi. Kena marah, maki dan melayan karenah birokrasi sudah sebati sewaktu mula-mula hendak menubuhkan PKI. Tetapi kenangannya sungguh berharga. .

Bersama Far-E-ZeeN di UiTM Puncak Alam .

Sewaktu sesi latihan sempena pertandingan nasyid di UUM . Perihal PKI dan Far-E-ZeeN telah banyak saya tulis di dalam blog ini. Antaranya pertandingan di UiTM Puncak Alam dan tulisan saya di blog PKI sendiri. Silakan meninjau ke sana ya.. Alhamdulillah. Persatuan ini telah menjadi persatuan terbaik dalam kategori Kesenian Dan Kebudayaan pada 30 Julai 2010. JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD Saya juga mula melibatkan diri di dalam Jawantankuasa Perwakilan Kolej Zamrud semenjak 2007 lagi. Jawatan pada tahun 2007 adalah sebagai Sekretariat dan mula berkhidmat selaku Exco pada tahun 2009. .

Bersama JPA, Sekretariat dan Staf Kolej Zamrud semasa Roadshow JPK .

Perjalanan pengalaman JPK ini pernah saya tulis dalam artikel Perwakilan atau Diwakilkan? tahun lalu (2009). Terima kasih rakan-rakan JPK dan staf-staf Kolej Zamrud di sepanjang perkhidmatan kita. Itulah serba sedikit kenangan sepanjang 3 tahun dahulu. Kini.. KONVO PENUTUP KENANGAN DIPLOMA Para Graduan menunggu giliran untuk mengambil sijil Degree dan Diploma masing-masing. Bagi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, gilirannya adalah di bahagian 4 sesi Konvokesyen pada petang itu (4 Disember 2010). Sekitar nombor 700 ke 900. Memang kebas menunggu! Alhamdulillah. Setelah 3 tahun di UiTM Penang, diploma Kejuruteraan Mekanikal saya telah selamat ditauliahkan. Perjalanan di peringkat diploma masih di tahap awal sebelum melangkah di peringat yang lebih jauh.

Bersama Bapak dan Mama selepas Konvo .

Bergambar kenangan bersama keluarga . Konvokesyen ini telah menutup perjuangan di peringkat diploma tetapi telah mewujudkan perjuangan yang baru. Kerana setiap pengakhiran adalah satu permulaaan. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang telah selamat menamatkan pelajaran di peringkat Diploma dahulu. Teruskan perjuangan untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara!

NOTA : Saya masih belum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan perancangannya pada tahun 2011. Insya-Allah.. Doakan saya.. 3 TAHUN YANG BERLALU PERGI!! Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com

Anda mungkin juga menyukai