Anda di halaman 1dari 11

BICARA BUKU

ASSALAMUALAIKUM dan salam

sejahtera saya ucapkan kepada para juri

dan penonton yang menonton Bicara

Buku.

Saya

_________________________________

______________________

berumur

____________________________ dan

bersekolah di ……….
Saya memilih buku cerita bertajuk “ Pak

Belalang Menjawab Teka Teki”

Buku ini merupakan siri teladan kisah

jenaka daripada himpunan cerita –cerita

lama yang terdapat dalam masyarakat

Melayu di negara kita.

Cerita ini telah dikarang dan diolah

semula oleh Zaihanim Zainal Abidin.

Buku cerita ini telah diterbitkan oleh

Pustaka Seri Idaman pada tahun 2015

dan dicetak oleh World Line Marketing &


Services. Buku ini mempunyai 29

halaman muka yang bercetak.

Buku ini mempunyai banyak

keistimewaan.

Antaranya jalan cerita yang mudah

untuk difahami, tidak terlalu tebal dan

mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Penggunaan bahasa dalam buku ini juga

sangat sesuai untuk sekolah rendah.

Buku ini juga disertakan dengan ilustrasi

yang sangat menarik oleh Abdullah Fahim


dan sesuai mengikut kronologi cerita di

dalam buku ini

SINOPSIS

Dalam buku ini, Pak Belalang telah

dilantik menjadi ahli nujum diraja yang

semakin terkenal. Seorang raja dari

negeri yang berdekatan telah menghantar

juragan negerinya untuk mengadap raja di

negeri Pak Belalang. Tujuannya adalah

untuk menguji kebijaksanaan Pak

Belalang.
Juragan datang mengadap raja

dengan membawa dua teka teki untuk

dijawab oleh ahli nujum diraja iaitu Pak

Belalang. Juragan tersebut menetapkan

syarat untuk Pak Belalang menjawab teka

teki tersebut. Syaratnya Pak Belalang

mesti menjawab dua teka teki dalam

masa tiga hari sahaja. Sekiranya Pak

Belalang gagal, separuh daripada negeri

raja tersebut menjadi kepunyaan raja

juragan itu. Namun, jika sebaliknya,

ketujuh-tujuh kapal berserta muatan akan


menjadi hak milik raja Pak Belalang. Raja

menerima cabaran dengan senang hati.

Sejurus selepas itu, raja telah

memanggil Pak Belalang datang

mengadap raja dan menceritakan hajat

juragan itu tadi untuk menjawab teka teki

pada keesokkan harinya. Raja

menyatakan syarat yang ditetapkan oleh

juragan tersebut.

Pak Belalang berasa terkejut dan

bimbang akan rahsia dirinya yang bakal

terbongkar jika dia gagal untuk menjawab


dua teka teki yang diberikan oleh juragan

itu. Dia pulang ke rumah dengan hati yang

sangat gelisah.

Belalang sangat bersimpati melihat

bapanya dan dia juga turut mengetahui

kesan jika gagal menjawab teka teki

tersebut.

Setelah dua hari mencari jawapan,

Pak Belalang masih belum menemui

jawapan teka teki itu. Belalang masih

tidak putus harapan membantu bapanya.

Sewaktu mencari jawapan di kawasan


pantai, tiba-tiba dia ternampak kapal milik

juragan berlabuh di kawasan pantai

berdekatan. Belalang mendapat satu akal

untuk memanjat kapal tersebut dan

mencari tempat penginapan juragan itu

pada waktu malam.

Ketika itu, isteri juragan sempat

bertanyakan jawapan bagi teka teki

tersebut. Namun , juragan itu tidak mahu

membocorkan jawapan teka teki itu.

Setelah dipujuk isterinya, juragan akhirnya

memberikan jawapan teka teki itu tanpa


menyedari Belalang turut dengar jawapan

itu.

Tanpa berlengah masa, Belalang turun

dari kapal dan mengejutkan Pak Belalang

daripada tidur lalu menceritakan jawapan

yang telah Belalang dengari daripada

juragan itu. Pak Belalang berasa sungguh

gembira kerana beliau telah menjumpai

jawapan bagi teka teki itu.

Hari yang dinantikan telah tiba. Pak

Belalang menjawab dua soalan teka teki

dengan penuh teliti. Juragan mengakui


kebenaran jawapan teka teki itu dan

menerima kenyataan bahawa mereka

telah kalah. Raja berasa gembira kerana

juragan itu menepati janjinya dan Pak

Belalang juga turut merasai perasaan

yang sama seperti raja kerana dapat

berbakti kepada raja.

PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI

ialah janganlah kita memperjudikan nasib

sehingga menggadaikan harta demi

kepuasan menguji kemampuan orang


lain. Kita juga tidak boleh memandang

rendah kemampuan orang lain.

SECARA KESELURUHANNYA, buku ini

sangat menarik untuk dibaca kerana jalan

cerita yang mudah difahami, plot cerita

yang tersusun, penggunaan bahasa yang

sangat mudah bagi peringkat sekolah

rendah dan karekter yang dibawa mudah

difahami.

Anda mungkin juga menyukai