Anda di halaman 1dari 49

Program Perkhidmatan Farmasi,

Kementerian Kesihatan Malaysia

INSULIN &
PEMONITORAN
KENDIRI PARAS GULA
DALAM DARAH
Modul Pembelajaran Pesakit
Sesi Kedua
MTAC Diabetes
Pegawai Farmasi

Rawatan Insulin

● Insulin masa kini dihasilkan dengan kaedah bioteknologi, bukan


daripada sumber haiwan.

● Diperlukan oleh semua pesakit diabetes Type 1 & sesetengah


pesakit diabetes Type 2.

● Membantu badan mengekalkan paras glukosa dengan cara


bekerja seperti insulin semulajadi.
Rawatan Insulin
• Insulin masa kini dihasilkan dengan kaedah
bioteknologi, bukan daripada sumber haiwan.

• Membantu badan mengekalkan paras glukosa


dengan cara bekerja seperti insulin semulajadi.
Pegawai Farmasi

Mengapa Insulin Diperlukan?

● Insulin sintetik diberikan kerana insulin yang dihasilkan oleh


badan tidak cukup untuk menampung kehadiran gula dalam
darah.

● Insulin mungkin dihasilkan dengan banyak tetapi tidak dapat


berfungsi dengan baik untuk menukar gula dalam darah.
Mengapa Suntikan Insulin
Diperlukan?
Insulin yang dihasilkan oleh badan tidak mencukupi
atau tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pegawai Farmasi

Jenis-jenis Insulin & Tindakannya


INSULATARD® ACTRAPID® MIXTARD®
JENIS INSULIN
INSUGEN®-N INSUGEN®-R INSUGEN® 30/70
1 – 2 jam
WAKTU MULA 30 – 60 minit 30 minit
(tindakan
BERKESAN (tindakan cepat) (insulin campuran)
sederhana)
JANGKA MASA
8 – 12 jam 6 – 10 jam 18 – 23 jam
TINDAKAN

Goncangkan pen Goncangkan pen


Disuntik setengah
insulin (keruh). insulin (keruh).
LAIN-LAIN 30 minit sebelum
Disuntik pada Disuntik 30 minit
makan.
waktu malam. sebelum makan.
Jenis-jenis Insulin & Tindakannya
JENIS INSULATARD® ACTRAPID® MIXTARD®
INSULIN INSUGEN®-N INSUGEN®-R INSUGEN® 30/70

NOVOPEN®

INSUPEN®

WAKTU MULA 1 – 2 jam 30 – 60 minit 30 minit


BERKESAN (tindakan sederhana) (tindakan cepat) (insulin campuran)

JANGKA MASA
8 – 12 jam 6 – 10 jam 18 – 23 jam
TINDAKAN

Goncangkan pen Goncangkan pen insulin


insulin (keruh). Disuntik 30 minit (keruh).
LAIN-LAIN
Disuntik pada waktu sebelum makan. Disuntik 30 minit sebelum
malam. makan.
Pegawai Farmasi

Insulin Analog: Tindakan Pantas Dan


Tindakan Panjang
ANALOG RAPID
JENIS INSULIN ANALOG LONG ACTING
ACTING
Aspart (Novorapid®) Glargine U100 Glargine
NAMA Detemir Degludec
Glulisine (Apidra®) (Lantus®/ U300
INSULIN (Levemir ) (Tresiba®)
®
Lispro (Humalog®) Basalog®) (Toujeo®)
5 – 15 minit sebelum
MASA makan atau sejurus Hendaklah disuntik pada waktu yang sama setiap hari
SUNTIKAN sebelum/selepas (dos sekali sehari)
makan.

MASA UNTUK Sehingga 6 30 – 90


0 - 20 minit 1.5 – 2 jam 1 - 2 jam
BERTINDAK jam minit

JANGKA
16 – 24
MASA 3 – 5 jam 16 – 24 jam 24 – 36 jam 24 – 40 jam
jam
TINDAKAN
Insulin Analog
ANALOG RAPID
JENIS INSULIN ANALOG LONG ACTING
ACTING
Aspart (Novorapid®) Glargine U100 Glargine
NAMA Detemir Degludec
Glulisine (Apidra®) (Lantus®/ U300
INSULIN (Levemir®) (Tresiba®)
Lispro (Humalog®) Basalog®) (Toujeo®)

PEN INSULIN

5 – 15 minit sebelum
MASA Hendaklah disuntik pada waktu yang sama setiap hari
makan atau sejurus
SUNTIKAN (dos sekali sehari)
sebelum/selepas makan.

MASA UNTUK Sehingga 6 30 – 90


0 - 20 minit 1.5 – 2 jam 1 - 2 jam
BERTINDAK jam minit
JANGKA
MASA 3 – 5 jam 16 – 24 jam 24 – 36 jam 16 – 24 jam 24 – 40 jam
TINDAKAN
Pegawai Farmasi

Insulin Analog: Insulin Analog Pra-


campuran & Ko-formulasi
INSULIN ANALOG
JENIS INSULIN INSULIN ANALOG PRA-CAMPURAN
KO-FORMULASI

NAMA Humalog® Mix Humalog® Mix Ideg-asp 30


Novomix® 30
INSULIN 25/75 50/50 (Ryzodeg®)

MASA
5 – 15 minit sebelum makan
SUNTIKAN

MASA UNTUK
10 – 20 minit 15 minit 10 – 20 minit
BERTINDAK
JANGKA
MASA 18 – 23 jam 16 – 18 jam 24 – 40 jam
TINDAKAN
Insulin Analog
INSULIN ANALOG
JENIS INSULIN INSULIN ANALOG PRA-CAMPURAN
KO-FORMULASI

NAMA Humalog® Mix Humalog® Mix Ideg-asp 30


Novomix® 30
INSULIN 25/75 50/50 (Ryzodeg®)

PEN INSULIN

MASA
5 – 15 minit sebelum makan
SUNTIKAN

MASA UNTUK
10 – 20 minit 15 minit 10 – 20 minit
BERTINDAK
JANGKA
MASA 18 – 23 jam 16 – 18 jam 24 – 40 jam
TINDAKAN
Pegawai Farmasi

Kawasan Suntikan Insulin


● Pastikan menggunakan cara suntikan yang betul: 90° dari lapisan
kulit.
● Pastikan tempat suntikan betul: kawasan berlemak dan sebaik-baik
tempat suntikan adalah di abdomen kerana kadar penyerapan adalah
paling cepat.
● Pastikan insulin disuntik BUKAN pada tempat/ tapak yang sama:
sentiasa membuat penggiliran dan mengelak kawasan yang keras,
lebam atau luka.
● Suntikan di kawasan lemak pada belakang lengan dibenarkan
dengan bantuan penjaga.
● Jarum digalakkan diguna sekali sahaja bagi mengelak risiko
kesakitan dan jangkitan. Jarum yang telah digunakan hendaklah
dibuang di tempat yang betul (dikumpul di dalam bekas keras) dan
secara berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
Kawasan Suntikan Insulin
Pilih zon
Pilih kawasan suntikan
Penyerapan
insulin paling
bagus di
Bergilir pada
abdomen. zon seterusnya
Pilih lokasi

Sentiasa
membuat
penggiliran Bergilir dengan
Gunakan
Suntik 1cm corak
kawasan sistematik
drpd suntikan penggiliran
suntikan terdahulu

insulin.
Kadar Penyerapan Insulin

Cepat Perlahan
Pegawai Farmasi

Penyimpanan Insulin

● Pastikan stok insulin yang belum digunakan disimpan di dalam


peti sejuk (pada suhu 2-8˚C) di tempat yang sesuai seperti
bertanda, dan tidak perlu dibekukan.

● Elakkan menyimpan di pintu peti sejuk kerana perubahan suhu


boleh berlaku apabila membuka dan menutup peti sejuk.

● Insulin yang sedang digunakan hendaklah dikekalkan di dalam


pen dan disimpan pada suhu bilik, jauh daripada cahaya dan
kanak-kanak.
Penyimpanan Insulin
Insulin Yang Belum Diguna:
Disimpan di dalam peti sejuk (suhu: 2-8˚C)

Insulin Yang Sedang Diguna:


Dikekalkan di dalam pen pada suhu bilik, jauh
daripada cahaya dan kanak-kanak
Pegawai Farmasi

Pengangkutan Insulin
● Pengangkutan insulin sebaik-baiknya dilakukan dengan
mengekalkannya pada suhu 2-8˚C SEPANJANG MASA.
● Ini boleh dilakukan dengan menggunakan ais, bekas sejuk, beg
bertebat atau beg penyejuk.
● Pendedahan insulin pada suhu melebihi 32˚C akan
mengurangkan potensinya.
● Jika ingin melancong, sila maklumkan kepada pegawai farmasi
atau doktor kerana penukaran zon masa akan memberi impak
kepada masa suntikan.
● Sila bawa stok insulin yang mencukupi untuk mengelakkan
bekalan insulin terputus semasa melancong.
Pengangkutan Insulin
Farmasi Rumah

2-8°C sepanjang masa


Pegawai Farmasi

Kesan Sampingan Insulin


● Perubahan fizikal kulit pada tempat suntikan (lipodystrophy):
○ Ini boleh berlaku jika suntikan dibuat di tempat yang sama kerana insulin didapati boleh
mengubah pembentukan lapisan lemak di bawah kulit.
○ Ini akan mengurangkan kadar penyerapan insulin dan kesakitan di tempat suntikan.
○ Sentiasa pastikan penggiliran kawasan suntikan dibuat setiap kali suntikan insulin dibuat.
● Penambahan berat badan:
○ Ini boleh berlaku berikutan pemulihan penyimpanan kalori daripada makanan, tabiat
makan yang berubah kerana risau berlakunya hipoglisemia atau perubahan selera makan.
○ Pemonitoran berat badan hendaklah dilakukan secara berkala dan pastikan merawat
hipoglisemia (jika ada) dengan cara yang betul.
○ Amalkan pemakanan yang sihat dan juga melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
● Kesan alahan/ alergi:
○ Berasa gatal dan sakit di tempat suntikan atau gatal seluruh badan.
○ Ini mungkin menunjukkan anda tidak sesuai dengan sesetengah jenis insulin, atau kulit
mempunyai reaksi pada jarum yang digunakan.
○ Anda harus berjumpa dan berbincang dengan doktor atau Pegawai Farmasi anda.
Kesan Sampingan Insulin
Perubahan fizikal kulit Pertambahan Alahan/ Alergi
pada tempat suntukan yang berat badan Hipoglisemia kulit
mengganggu penyerapan
insulin

This Photo by Unknown


Author is licensed under CC
BY-NC
Pegawai Farmasi

Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists


(GLP-1RA): Ubat Injeksi (Selain Insulin)
JENIS GLP-1RA LIRAGLUTIDE

Dos permulaan: 0.6mg OD


DOS SARANAN
Dos biasa:
1.2 - 1.8mg OD

MASA SUNTIKAN Waktu yang sama setiap hari

JIKA TERTINGGAL ≤ 12 jam: Suntik secepat mungkin


DOS ≥ 12 jam: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya
Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists
(GLP-1RA): Ubat Injeksi (Selain Insulin)
LIRAGLUTIDE

JENIS GLP-1RA

Dos permulaan: 0.6mg OD


DOS SARANAN
Dos biasa:
1.2 - 1.8mg OD

MASA SUNTIKAN Waktu yang sama setiap hari

JIKA TERTINGGAL ≤ 12 jam: Suntik secepat mungkin


DOS ≥ 12 jam: Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya
Pegawai Farmasi

Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists


(GLP-1RA): Ubat Injeksi (selain insulin)
JENIS GLP-1RA DULAGLUTIDE SEMAGLUTIDE
Dos monoterapi: Dos permulaan:
0.75mg (sekali seminggu) 0.25mg (sekali seminggu)
DOS SARANAN
Dos terapi tambahan: Dos biasa:
1.5mg (sekali seminggu) 0.5 – 1mg (sekali seminggu)

Waktu yang sama pada hari yang sama setiap Waktu yang sama pada hari yang sama
MASA SUNTIKAN minggu setiap minggu

< 5 hari sehingga dos seterusnya:


< 3 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan dos
Abaikan dos yang tertinggal dan suntik dos
JIKA TERTINGGAL yang tertinggal dan suntik dos seterusnya
seterusnya
DOS
≥ 3 hari:Suntik secepat mungkin
≥ 5 hari: Suntik secepat mungkin
Glucagon-Like Peptide-1 Receptor Agonists
(GLP-1RA): Ubat Injeksi (selain insulin)
DULAGLUTIDE SEMAGLUTIDE

JENIS GLP-1RA

Dos monoterapi: Dos permulaan:


0.75mg (sekali seminggu) 0.25mg (sekali seminggu)
DOS SARANAN
Dos terapi tambahan: Dos biasa:
1.5mg (sekali seminggu) 0.5 – 1mg (sekali seminggu)

MASA Waktu yang sama pada hari yang sama setiap Waktu yang sama pada hari yang sama setiap
SUNTIKAN minggu minggu

JIKA < 3 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan < 5 hari sehingga dos seterusnya: Abaikan dos
dos yang tertinggal dan suntik dos seterusnya yang tertinggal dan suntik dos seterusnya
TERTINGGAL
DOS ≥ 3 hari: Suntik secepat mungkin ≥ 5 hari: Suntik secepat mungkin
Pegawai Farmasi

Hipoglisemia & Hiperglisemia

● Tujuan rawatan diabetes adalah untuk mengekalkan


keseimbangan paras gula/ glukosa dan insulin dalam darah.
● Jika rawatan tidak diikuti dengan betul, paras gula dalam darah
boleh meningkat terlalu tinggi atau menurun terlalu rendah.
● Paras gula tinggi dalam darah disebut ‘hiperglisemia’.
● Paras gula yang rendah dalam darah disebut ‘hipoglisemia’ dan
boleh didefinisikan daripada salah satu ciri-ciri berikut:
○ Paras gula kurang daripada (<) 3.9mmol/L, atau,
○ Ada simptom hipoglisemia sama ada autonomik atau
neuroglikopenik, atau,
○ Simptom pulih dengan pengambilan karbohidrat ringkas.
Hipoglisemia & Hiperglisemia
HIPOGLISEMIA HIPERGLISEMIA
Paras gula rendah Paras gula tinggi
dalam darah dalam darah

EUGLISEMIA
Paras gula normal
dalam darah

https://www.news-medical.net/health/What-is-Hyperglycemia.aspx
Pegawai Farmasi

Hipoglisemia boleh berlaku jika…


• Mengambil terlalu banyak ubat atau terlebih dos ubatan oral atau insulin tanpa mengikut
nasihat doktor/ pegawai farmasi.
• Mengambil ubat-ubatan suplemen yang tidak dipastikan dengan kajian saintifik mengenai
kesan dan keberkesanannya.
• Melakukan senaman yang lebih daripada biasa/ agresif tanpa mengubahsuai pengambilan
makanan dan ubat dengan saranan doktor/ pegawai farmasi.
• Melambatkan makan/ tidak makan: terutama selepas pengambilan ubatan sulfonilurea atau
insulin.
• Minum alkohol: kemungkinan berlaku interaksi dengan ubat-ubatan.
• Faktor-faktor risiko lain yang boleh menyebabkan hipoglisemia:
o Pesakit yang tua
o Pesakit dengan masalah kognitif dan kurang pengetahuan tentang kesihatan
o Diabetes dan kawalan gula yang tidak terkawal/ stabil
o Hypoglycemia Unawareness: keadaan apabila hipoglisemia berlaku tanpa simptom
o Telah mengambil insulin untuk jangka masa yang lama
o Pesakit dengan dos insulin yang tinggi
o Pesakit dengan masalah buah pinggang dan hati
Hipoglisemia boleh berlaku jika…

Pengambilan ubat
berlebihan dan tidak Senaman Pengambilan Tidak makan/
mengikut saranan berlebihan/ terlalu alkohol makan terlalu
doktor/pegawai agresif sedikit
farmasi
Pegawai Farmasi

Tanda-tanda hipoglisemia
● Berpeluh sejuk, berdebar, menggeletar, rasa terlalu lapar, letih/lesu,
pening atau rasa gelisah/terganggu → Ini adalah tanda-tanda gula
rendah dalam darah.
● Tanda-tanda ini tidak semestinya berlaku sekaligus. Walaupun satu
tanda sahaja yang dialami, rawatan perlu dilakukan dengan segera.
● Setiap orang mungkin mengalami tanda-tanda hipoglisemia yang
berbeza antara satu sama lain.
● Penting untuk memahami tanda-tanda hipoglisemia yang dialami
setiap individu dan membuat pemeriksaan gula dalam darah jika
berasa kurang sihat.
● Jika tidak pasti sama ada tanda-tanda yang dialami adalah
hipoglisemia atau hiperglisemia, rawatlah sebagai hipoglisemia.
Tanda-tanda Hipoglisemia

RASA TERLALU
PELUH SEJUK BERDEBAR-DEBAR MENGGELETAR
LAPAR

LETIH/LESU PENING GELISAH/ TERGANGGU


https://www.ttsh.com.sg/Patients-and-Visitors/Pages/Find-Conditions-and-Treatments-Details.aspx?condition=Diabetes-Management-Hypoglycemia
https://www.medtronicdiabetes.com/symptoms/hypoglycemia-unawareness
Pegawai Farmasi

Rawatan hipoglisemia
JIKA SEDAR:
● Periksa paras gula. Jika tidak dapat periksa, tetap rawat sebagai hipoglisemia.
● Gunakan peraturan 15 (Rule of 15):
○ Ambil 15g karbohidrat ringkas (contoh: sesudu besar madu, 150-200mL air kotak, 3 sudu kecil gula
dilarutkan dalam air).
○ Tunggu 15 minit
○ Jika masih rendah, boleh ambil lagi 15g karbohidrat ringkas
○ Periksa semula paras gula selepas 15 minit
○ Teruskan ambil karbohidrat ringkas jika masih belum mencapai sasaran.
● Jika telah pulih daripada hipoglisemia, boleh teruskan dengan rutin makan seperti biasa.
● Pastikan dan bincangkan dengan doktor atau pegawai farmasi sebab-sebab berlakunya hipoglisemia.
● Pengubahsuaian ubat-ubatan mungkin diperlukan, terutamanya insulin, untuk mengelak hipoglisemia berlaku
lagi.
● Langkah-langkah pencegahan hipoglisemia: Amalkan pemakanan yang tetap, ambil ubat mengikut dos yang
disarankan, periksa paras gula sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal dan elakkan pengambilan alkohol.
JIKA TIDAK SEDAR:
● Penjaga perlulah dengan segera:
○ Hubungi ambulan
○ Sementara ambulan sampai, sapukan satu sudu besar madu sedikit demi sedikit di kawasan kaviti mulut
untuk penyerapan gula kadar segera. Lakukan sehingga sedar.
Rawatan Hipoglisemia
JIKA SEDAR JIKA TIDAK
SEDAR

1. PERIKSA PARAS GULA


Jika tidak dapat periksa, tetap rawat
999 PENJAGA PERLULAH DENGAN
SEGERA
tanda-tanda hipoglisemia. ▪ Hubungi ambulans.
▪ Gunakan satu sudu besar madu
2. PERATURAN 15 yang disapu di ruang kaviti mulut
• Ambil 15g karbohidrat ringkas. (bawah lidah atau bahagian
• Tunggu 15 minit. gusi) untuk penyerapan gula
• Periksa paras gula. dengan kadar segera.
• Jika masih rendah, ambil lagi 15g ▪ Lakukan sehingga sedar.
karbohidrat ringkas.
• Periksa semula paras gula selepas 15 minit

Selepas pulih daripada


3. CONTOH KARBOHIDRAT RINGKAS hipoglisemia, boleh
• 1 sudu besar madu teruskan dengan rutin
• 150-200ml (1/2-1 gelas) jus atau air kotak makan sediakala.
• 3 sudu kecil gula (3 kiub gula/dekstros)
Pegawai Farmasi

Pemantauan Kendiri Paras Gula


Dalam Darah
● Pemonitoran kendiri paras gula dalam darah (Self-Monitoring Blood
Glucose, SMBG) adalah sangat disyorkan bagi pesakit untuk
menentukan kawalan diabetes yang baik dan mengelakkan
hipoglisemia.
● Kekerapan dan waktu disyorkan untuk membuat SMBG
bergantung pada status gula anda, ubat-ubatan yang diambil dan
sasaran paras gula anda.
● Sasaran gula mungkin berbeza bergantung kepada amalan
pemakanan dan risiko hipoglisemia tetapi perlu ditetapkan oleh
doktor atau pegawai farmasi anda.
Pemantauan Kendiri Paras Gula
Dalam Darah
Pemantauan kendiri paras
gula dalam darah sangat
Masa disyorkan bagi pesakit untuk
Pengambilan Sasaran Gula menentukan kawalan
diabetes yang baik dan
Paras Gula mengelakkan hipoglisemia.
4.4 – 7.0 Sasaran gula anda mungkin
Sebelum makan
mmol/L berbeza bergantung kepada
amalan pemakanan dan
2 jam selepas 4.4 – 8.5 risiko hipoglisemia tetapi
makan mmol/L perlu ditetapkan oleh
doktor atau pegawai
farmasi anda.
.
Pegawai Farmasi

Rekod Pemantauan Kendiri Paras


Gula Dalam Darah
● Prinsip asas pengubahsuaian dos Insulin mengikut bacaan SMBG:
○ Bacaan gula yang diperiksa menunjukkan sama ada dos insulin yang diambil
sebelumnya adalah mencukupi atau tidak.
● Pemonitoran paras gula perlu dilakukan pada:
○ Waktu pagi apabila anda bangun/ sebelum sarapan (paras ‘berpuasa’).
○ Setiap kali sebelum masa makanan utama iaitu sebelum menyuntik dos insulin (jika
ada) - sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.
○ Sebelum tidur iaitu sebelum menyuntik dos insulin malam (jika ada).
○ Apabila terdapat tanda-tanda berlakunya hipoglisemia.
○ Sebelum dan dua jam selepas melakukan senaman.
○ Dua jam selepas makan bagi pesakit yang menggunakan insulin analog rapid acting
dan insulin analog pra-campuran.
● Catatan tambahan seperti makanan yang diambil digalakkan untuk direkod bagi
memudahkan pengubahsuaian dos insulin berdasarkan jenis makanan yang diambil.
Hari/ Sarapan Pagi Makan Tengah Hari Makan Malam Sebelum Catatan
Tarikh Tidur
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas

Prinsip asas pengubahsuaian dos insulin


mengikut bacaan pemantauan kendiri paras gula:

Bacaan gula yang diperiksa menunjukkan sama ada


dos insulin yang diambil sebelumnya adalah
mencukupi atau tidak.
Pegawai Farmasi

Apa yang perlu dilakukan jika


tidak sihat?
Apabila tidak sihat, contohnya mengalami:
● Batuk, selsema atau sakit tekak
● Sakit perut atau cirit-birit
● Jangkitan pundi kencing atau jangkitan kulit
Perubahan hormon akan berlaku yang mungkin menyebabkan peningkatan paras gula dalam
darah.

Tindakan yang perlu diambil adalah:


● Ambil ubat-ubatan seperti biasa
● Suntik Insulin mengikut jadual biasa
● Periksa paras gula setiap 4 jam dan rekodkan bacaan yang diperolehi
● Minum air untuk mengelakkan dehidrasi dan cuba untuk makan seperti biasa.
● Timbang berat badan setiap hari: Penurunan berat badan yang mendadak dengan rutin
makan seperti biasa menunjukkan paras gula yang tinggi.
● Uji suhu badan setiap pagi dan petang: Suhu > 37.8°c: DEMAM.
Apa yang perlu dilakukan jika
Selsema
tidak sihat?
Ambil ubat &
Sakit perut/ suntik insulin
cirit-birit seperti biasa
Batuk Paras gula
meningkat
Periksa
paras gula
Perubahan setiap 4 jam
hormon dan suhu
pada pagi
dan petang

Sakit tekak Jangkitan Minum air untuk


pundi kencing/ mengelak
Jangkitan kulit dehidrasi
Pegawai Farmasi

Segera ke hospital/ fasiliti kesihatan


jika:
● Demam (suhu>37.8 °C)

● Keliru/ Tidak pasti apa yang perlu dilakukan

● Muntah secara berterusan

● Paras gula kekal tinggi selepas 24 jam

● Terdapat gejala/ simptom diabetic ketoacidosis seperti:


○ Muntah
○ Pernafasan cepat dengan nafas berbau buah
○ Sakit perut berlanjutan
○ Tak sedarkan diri
Demam (Suhu melebihi 37.8°C)
Paras gula tinggi kekal
tinggi selepas 24 jam
Segera ke Muntah secara
berterusan
hospital / fasiliti
kesihatan
jika Keliru / Tidak pasti apa
Sakit perut berlanjutan perlu dibuat
Tidak sedarkan diri
Pegawai Farmasi

Puasa bagi pesakit diabetes


SAHUR:
● Wajib, dan tak boleh diabaikan langsung.
● Terdiri daripada makanan yang seimbang dengan kandungan karbohidrat.
● Hendaklah diambil selewat yang mungkin sebelum masuk waktu imsak (terbit matahari).
● Kurangkan pengambilan makanan bergaram untuk mengelakkan dehidrasi.
BERBUKA (IFTAR):
● Tidak boleh ditunda setelah masuk waktu Maghrib (waktu berbuka/iftar) dan ambil sesegera mungkin.
● Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
● Disyorkan untuk mengambil 1-2 biji kurma dan berbuka dengan makanan utama selepas menunaikan solat
Maghrib.
● Banyakkan minum air kosong bagi menggantikan kekurangan air ketika berpuasa.
SENAMAN:
● Boleh dilakukan, tetapi dengan kadar sederhana dan konsisten setiap hari, sekurang-kurangnya 5 hari
seminggu, sebaik-baiknya 2 jam selepas berbuka.
● Menunaikan solat terawih merupakan salah satu kaedah senaman yang sesuai.
PEMANTAUAN PARAS GULA DALAM DARAH:
● Hendaklah dilakukan 1-2 kali bagi pesakit yang kurang risiko hipoglisemia, tapi lebih kerap bagi mereka yang
tinggi risiko hipoglisemia dan mereka yang menyuntik insulin.
Puasa Bagi Pesakit Diabetes
SAHUR BERBUKA o Tidak boleh ditunda

o Tidak boleh diabaikan o Ambil sesegera mungkin

o Ambil selewat mungkin o Elakkan kandungan gula


yang tinggi
o Kurangkan garam
o Banyakkan minum air

SENAMAN MONITOR PARAS GULA

Lakukan lebih kerap


Lakukan secara jika risiko tinggi
sederhana hipoglisemia dan jika
menyuntik insulin
Pegawai Farmasi

Hendaklah segera berbuka jika:


● Paras gula <3.3mmol/L bila-bila masa ketika berpuasa.
● Paras gula <3.9mmol/L dalam masa beberapa jam pertama
berpuasa, terutamanya selepas mengambil ubat-ubatan jenis
sulfonilurea, metiglinide atau insulin.
● Paras gula >16.7mmol/L dan/ atau ada simptom dehidrasi bila-bila
masa ketika berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi.

Jika tiada pemantauan paras gula dibuat, hendaklah berbuka jika


mengalami simptom hipoglisemia, atau dehidrasi yang teruk seperti
pening, kekeliruan atau berjalan dengan huyung-hayang.
Hendaklah Segera Berbuka Jika:
1. Paras gula kurang 2. Paras gula kurang 3. Paras gula lebih 4. Jika tiada
daripada 3.3 mmol/L daripada 3.9 mmol/L daripada 16.7 mmol/L pemantauan paras
gula dibuat, segera
3.3 16.7 berbuka jika:
mmol / L mmol / L mmol / L

• Mengalami
simptom
hipoglisemia

• Mengalami
simptom
Dalam masa dehidrasi teruk
beberapa jam Bila-bila masa seperti pening,
Bila-bila berpuasa ketika berpuasa kekeliruan atau
masa terutamanya dan/ atau
berjalan dengan
ketika selepas mengalami
simptom huyung-hayang.
berpuasa mengambil ubat
dan insulin dehidrasi
Pegawai Farmasi

Pengubahsuaian ubat oral ketika


berpuasa
Regimen Ubat Oral Sahur Berbuka

Metformin, Acarbose, Vildagliptin Tidak perlu melakukan pengubahsuaian dos


Sulfonilurea:
Ambil pada waktu
Gliclazide (jika diambil sekali sehari)
berbuka
Gliclazide MR
Sulfonilurea: Ambil separuh dos atau Ambil dos malam seperti
Gliclazide (diambil 2 kali sehari) tidak perlu ambil biasa ketika berbuka
DPP4i: Ambil pada waktu
Sitagliptin, Saxagliptin, Linagliptin berbuka
SGLT2i:
Ambil pada waktu
Empaglifozin, Dapaglifozin,
berbuka
Canaglifozin
Pengubahsuaian Ubat Oral Ketika
Berpuasa
Regimen Ubat Oral Sahur Berbuka
Metformin, Acarbose, Vildagliptin
Tidak perlu melakukan pengubahsuaian dos

Gliclazide (jika diambil sekali sehari )


Sulfonilurea

Ambil pada waktu berbuka


Gliclazide MR
Ambil separuh dos atau Ambil dos malam seperti
Gliclazide (2 kali sehari)
tak perlu ambil biasa ketika berbuka
DPP4i:
Sitagliptin, Saxagliptin, Linagliptin Ambil pada waktu berbuka

SGLT2i:
Empaglifozin, Dapaglifozin Ambil pada waktu berbuka
Pegawai Farmasi

Pengubahsuaian insulin ketika berpuasa


Regimen Insulin Sahur Tengah Hari Berbuka

Suntik sebelum tidur atau


Insulin malam sebelum selepas berbuka.
tidur Boleh kurangkan dos jika
ada risiko hipoglisemia.
Insulin pra-campuran
Suntik sebelum berbuka
sekali sehari
Guna dos malam.
Insulin pra-campuran
Boleh kurangkan dos 20-50% Guna dos pagi
2 kali sehari
untuk mengelakkan hipoglisemia.
Suntik sebelum tidur atau
Insulin malam sebelum
Basal Bolus

bila-bila masa selepas


tidur
Insulin

berbuka.
Suntik dos seperti biasa atau
Tidak Perlu Suntik Suntik dos seperti biasa
Insulin sebelum makan kurangkan sedikit berpandukan
Dos Tengah Hari ketika berbuka.
karbohidrat yang diambil.
Pengubahsuaian Insulin Ketika
Berpuasa
Regimen Insulin Sahur Tengah Hari Berbuka

Insugen®-N, Insulatard®, Suntik sebelum tidur


Insulin malam
Basalog®, Toujeo®, atau selepas
sebelum tidur
Levemir® berbuka.
Insulin pra- Insugen®-30/70, Mixtard®,
Suntik sebelum
campuran Novomix®, Humalog® Mix,
berbuka
sekali sehari Ryzodeg®
Insulin pra- Insugen®-30/70, Mixtard®, Guna dos malam.
campuran 2 Novomix®, Humalog® Mix, Boleh kurangkan dos Guna dos pagi
kali sehari Ryzodeg® 20-50%.
Insugen®-N, Insulatard®, Suntik sebelum tidur
Insulin malam
Basal Bolus

Basalog®, Toujeo®, atau bila-bila masa


sebelum tidur
Insulin

Levemir® selepas berbuka.


Insulin Suntik dos seperti Tidak Perlu
Insugen®-R, Actrapid®, Suntik dos seperti
sebelum biasa atau kurangkan Suntik Dos
Apidra®, Novorapid® biasa ketika berbuka.
makan sedikit. Tengah Hari
Rujukan
1. https://casereports.bmj.com/content/2017/bcr-2017-220387
2. https://adc.bmj.com/content/96/1/101
3. https://www.news-medical.net/health/What-is-Hyperglycemia.aspx
4. https://www.ttsh.com.sg/Patients-and-Visitors/Pages/Find-Conditions-and-Treatments-Details.aspx?condition=Diabetes-
Management-Hypoglycemia
5. https://www.medtronicdiabetes.com/symptoms/hypoglycemia-unawareness
6. https://www.ttsh.com.sg/Patients-and-Visitors/Pages/Find-Conditions-and-Treatments-Details.aspx?condition=Diabetes-
Management-Hypoglycemia
7. https://www.medtronicdiabetes.com/symptoms/hypoglycemia-unawareness
8. Clinical Practice Guideline Type 2 Diabetes Mellitus 6th Edition, 2020
9. Ref: International Diabetes Federation Europe: How to manage diabetes during an illness? ‘sick-day rules’. www.idf-
europe.org
10. Diabetes And Ramadhan Practical Guideline 2021
Penghargaan
Jawatankuasa Kerja Farmasi Klinikal
(Pengkhususan Diabetes Mellitus)
Program Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,


including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik
Designed by macrovector / storyset / paulalee/ upklyak/
brgfx/ macrovector_official/ monkik/ vectors market

Anda mungkin juga menyukai