Anda di halaman 1dari 4

SURAT PERAKUAN VENDOR

Untuk Sime Darby Berhad

Syarikat kami, (Nama Syarikat) dengan


Nombor Pendaftaran (MOR/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB/Lain-lain), (selepas
ini dirujuk sebagai Vendor) dengan ini:

1 MEMPERAKUKAN BAHAWA:

(a) Vendor dan pengarah-pengarahnya, para pegawai dan pekerja mematuhi semua undang-
undang, statut, peraturan dan kod yang berkenaan dengan hal berkaitan anti suapan /
sogokan dan anti rasuah (Undang-undang Berkenaan);

(b) Daripada rekod syarikat Vendor dan maklumat awam yang tersedia, tiada sesiapa antara
Vendor, pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja yang mungkin terlibat dengan
Transaksi Perniagaan pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan berkaitan rasuah atau
korupsi atau penipuan; dan tidak juga, sepanjang pengetahuan Vendor, sesiapa antara
mereka menjadi subjek apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau prosiding undang-undang
oleh mana-mana badan kerajaan, pentadbiran atau undang-undang berkenaan apa-apa
kesalahan atau pertuduhan di bawah Undang-undang Berkenaan; dan

(c) Vendor tidak, sama ada secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau
memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi
kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana perseorangan dalam Sime Darby
Berhad (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan
dan syarikat-syarikat sekutu mereka, tempatan dan juga antarabangsa) (selepas ini
dirujuk sebagai Sime Darby Berhad) atau mana-mana perseorangan lain, yang mewakili
Sime Darby Berhad sebagai dorongan, insentif, ganjaran, hadiah atau bonus kerana
telah dipilih bagi Transaksi Perniagaan ini.

2 BERJANJI BAHAWA:

(a) Vendor tidak akan, secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau
memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi
kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana perseorangan dalam Sime Darby Berhad,
atau mana-mana perseorangan lain, yang mewakili Sime Darby Berhad, sebagai
penggalak, insentif, ganjaran, hadiah atau bonus untuk dipilih dan/atau bagi apa jua tujuan
lain yang berkaitan dengan Transaksi Perniagaan;

(b) Vendor tidak akan, secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau
memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi
kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana pegawai kerajaan atau perseorangan
swasta untuk mendapatkan atau mengekalkan kelebihan perniagaan bagi pihak Sime
Darby Berhad semasa menjalankan Transaksi Perniagaan;

(c) Vendor akan mematuhi peruntukan berkenaan tentang Kod Pengendalian Perniagaan
Sime Darby Berhad (COBC) yang tersedia di laman web www.simedarby.com; dan
dinyatakan dalam Lampiran 1 ("Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC"); dan

(d) Jika kesalahan atau penyiasatan seperti yang diterangkan dalam seksyen 1(b), 2(a) dan
2(b) di atas telah berlaku, Vendor dengan ini akan menyediakan maklumat penuh
berkenaan hal tersebut kepada Sime Darby Berhad.

1
3 BERSETUJU BAHAWA:

(a) Jika Vendor, pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja melanggar mana-mana
daripada seksyen di atas, tindakan berikut boleh diambil oleh Sime Darby Berhad:

(i) Penarikan semula secara serta-merta, kontrak yang telah diberikan bagi Transaksi
Perniagaan tanpa sebarang liabiliti bagi pihak Sime Darby Berhad terhadap Vendor
dan/atau pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja; dan/atau

(ii) Pembatalan serta-merta kontrak bagi Transaksi Perniagaan tanpa sebarang liabiliti
bagi pihak Sime Darby Berhad terhadap Vendor dan/atau pengarah-pengarahnya,
para pegawai atau pekerja,

tanpa prejudis terhadap apa-apa hak atau tanggungjawab lain yang dimiliki oleh Sime
Darby Berhad atau apa jua tindakan lain yang sesuai dimana Sime Darby Berhad boleh
menggunapakai di bawah syarat-syarat tender/ kontrak yang digunapakai atau undang-
undang dan peraturan yang digunapakai.

Sekiranya terdapat mana-mana perseorangan yang cuba untuk meminta merasuah atau mendapatkan
sebarang kelebihan atau faedah (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) daripada Vendor atau
mana-mana perseorangan lain yang berkaitan dengan Vendor sama ada sebagai penggalak atau
insentif untuk dipilih atau sebagai ganjaran, hadiah atau bonus kerana telah dipilih untuk Transaksi
Perniagaan, atau di mana Vendor mempunyai sebab-sebab munasabah untuk mengesyaki terdapat
pelanggaran atau kemungkinan pelanggaran obligasi di dalam surat ini atau Peruntukan yang Berkaitan
dalam COBC, Vendor akan melaporkan tindakan tersebut dengan serta- merta, menurut seksyen aduan
dalam COBC.

Untuk dan bagi pihak Vendor,

(Tandatangan)

Nama Pengarah Syarikat (atau Setaraf):


No. Kad Pengenalan/ No. Pasport:
Jawatan:
Nama Syarikat:
Cop Syarikat:

Diterima & diakui oleh:

Nama dan No. Kad Pengenalan / No. Pasport:


Jawatan:
Syarikat Sime Darby:

Nota: Transaksi Perniagaan didefinisikan sebagai Tender, Sebut Harga, Kontrak dan Pesanan
Pembelian.

2
SURAT PERAKUAN VENDOR
Lampiran 1 – Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC

Merujuk kepada VLOD di bawah Seksyen 2(c), senarai di bawah adalah peruntukan yang berkaitan
dalam COBC Sime Darby (versi Disember 2011) dan penggunaannya kepada Vendor..

Nombor
Seksyen COBC Terpakai Tidak Terpakai
Halaman
 Kata Pengantar 1 √

 Nilai-Nilai Teras 2 √

 Prinsip Perniagaan 2 √

1. Tujuan 6 √

2. Skop 6 √

3. Prinsip Umum Bagi COBC 6 √


4. Tanggungjawab dan Pematuhan
7 √
kepada COBC
5. Bekerja dengan Satu Sama Lain 8

5.1 Hormat 8 √
5.2 Peluang yang sama rata dan tiada
8 √
diskriminasi
5.3 Gangguan dan keganasan 8 √

5.4 Bahan-bahan terlarang 8 √

5.5 Aktiviti jenayah 8 √


5.6 Keselamatan dan kesihatan
8 √
persekitaran dan pekerjaan
6. Mengelakkan Konflik Kepentingan 10

6.1 Panduan umum 10 √


6.2 Berurusan dengan pembekal,
10 √
pelanggan, ejen dan pesaing
6.3 Urusan peribadi dengan pembekal
10 √
dan pelanggan
6.4 Pekerjaan luar dan aktiviti di luar
11 √
kumpulan
6.5 Keahlian lembaga pengarah 11 √
6.6 Ahli keluarga dan hubungan
11 √
peribadi yang rapat
6.7 Aktiviti pelaburan 11 √

3
Nombor
Seksyen COBC Terpakai Tidak Terpakai
Halaman
7. Menangani Gejala Rasuah dan
13 √
Sogokan
7.1 Rasuah dan sogokan 13 √
8. Pemberian Hadiah, Hiburan dan
15 √
Penajaan Perjalanan
8.1 Hadiah 15 √

8.2 Hiburan 15 √

8.3 Penajaan Perjalanan 16 √

9. Pemberian Derma 16 √

10. Melindungi Kumpulan dan Pemegang-


18
Pemegang Saham

10.1 Melindungi aset kumpulan 18 √

10.2 Ketepatan maklumat kewangan 18 √

10.3 Maklumat proprietari dan sulit 18 √


10.4 Maklumat dalaman, urusniaga
19 √
sekuriti dan pendedahan awam
10.5 Teknologi maklumat 19 √

10.6 Pengurusan rekod 19 √

10.7 Komunikasi perniagaan 19 √

11. Berurusan dengan Rakan Sejawat dan


21 √
Rakan Perniagaan

11.1 Rakan sejawat 21 √

11.2 Pelanggan (rakan perniagaan) 21 √


11.3 Rakan usaha sama dan sekutu
22 √
(rakan perniagaan)

Sekiranya Vendor mempunyai Tatakelakuan sendiri (yang Vendor perlu sertakan sebagai Lampiran 2
kepada VLOD), Vendor menjamin bahawa ia mempunyai peruntukan yang sama atau serupa dengan
Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC seperti yang dinyatakan di atas. Oleh yang demikian, Vendor
bersetuju bahawa ia akan mematuhi peruntukan yang sama atau serupa seperti dalam Tatakelakuan
Vendor sendiri bagi mendukung semangat tadbir urus yang baik seperti yang dilandaskani dalam COBC
Sime Darby

Anda mungkin juga menyukai