Anda di halaman 1dari 1

Matius 6:25-27

25
Karena itu Aku berkata kepadamu: Janganlah kuatir akan hidupmu akan apa yang hendak kamu makan
atau minum dan janganlah kuatir pula akan tubuhmu akan apa yang hendak kamu pakai. Bukankah hidup itu
lebih penting daripada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pakaian. 26Pandanglah burung-burung
dilangit yang tidak menabur dan tidak menuai dan tidak mengumpulkan bekal dalam lumbung, namun diberi
makanan oleh Bapamu yang disurga. Bukankah kamu jauh melebihi burung-burung itu? 27Siapakah diantara
kamu yang kerana kekuatirannya dapat menambahkan sehasta saja pada jalan hidupnya?

*Janganlah kita kuatir tentang apa yang kita akan makan, apa yang kita minum, apa yang kita pakai.
Semua itu dicari banga-bangsa yang tidak mengenal Allah. Tetapi, Bapa yang ada disurga tahu bahawa kita
memerlukan semua itu.
Percaya dengan iman dan bersandar pada Tuhan bahawa Dia akan menyediakan semua yang kita
perlukan.
Janganlah kita kuatir akan hari esok kerana hari esok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan
sehari cukuplah untuk sehari.
Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenaran. Maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.
Kita tanam dalam hati kita perintah-perintah dan firman Tuhan ini agar kepercayaan kita kepada
Tuhan dan Yesus Kristusbertambah-tambah.

“Cariah dahalu kerajaan Allah dan kebenarannya ………


Hakikatnya ialah kita setiap hari ada Bible Study, setiap hari Tuhan menyatukan kita untuk mengajar
kita tentang firman-Nya.
Tuhan mengajar firman-Nya dengan cuma-cuma, dengan penerangan yang nyata, disampaikan
dengan menggunakan perkataan yang jelas, bukan menggunakan perumpamaan. Tuhan memimpin kita
supaya kita hidup dalam kebenaran.
Kita yang diberi peluang/kesempatan untuk menyampaikan firman-Nya, bersyukur. Tuhan tidak
bertujuan untuk menguji kita, tetapi kitalah yang menguji diri kita sendiri, sejauh mana kita mengenal Tuhan.
Sejauh mana kita memahami, mengetahui firman Tuhan.
Kita tidak tahan semua pekerjaan-pekerjaan Tuhan tetapi yang pasti Allah itu baik dan melakukan
kebaikan kepada orang yang mengasihi Dia. Tuhan mahu kita melakukan kehendak-Nya iaitu kita harus saling
mengasihi. Tuhan mengasihi kita, oleh itu kita juga harus mengasihi saudara-saudara kita termasuk musuh
kita, kerana Tuhan itu adalah KASIH.
Tuhan mahu beri kita keinsafan. Tuhanlah jalan, kebenaran dan hidup. Tuhan Yesus sendiri
mengatakan tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Dia.
Tuhan mahu kita mentaati firman-Nya dan Tuhan mahu jiwa kita makan firman-Nya setiap hari
kerana firman yang diajarkan kepada kita setiap hari adalah firman hidup. Sebab makanan duniawi bersifat
sementara saja tetapi makanan rohani iaitu firman Tuhan adalah selama-lamanya dan kekal.
Tuhan mahu melatih kita sebagai penerus karya-Nya di dunia ini.

Keluaran 16: 4 - 5
Lalu berfirmanlah Tuhan kepada Musa: ‘Sesungguhnya Aku akan menurunkan dari langit hujan roti bagimu,
maka bangsa itu akan keluar dan memungut tiap-tiap hari sebanyak yang perlu untuk sehari, supaya mereka
kucoba, apakah mereka hidup menurut hukum-Ku atau tidak. Dan pada hari yang keenam, apabila mereka
memasak yang dibawa mereka pulang, maka yang dibawa itu akan terdapat dua kali lipat banyaknya dari apa
yang dipungut mereka sehari-hari.

Dengan menruti perintah-perintah dan hukum-hukum-Nya, Allah tidak membiarkan keperluan-


keperluan kita sebagai manusia, Dia memenuhi segala keperluan kita.
Semakin tahun kita mempelajari firman Tuhan, semakin bertambah pengetahuan kita perolehi.

Mazmur 119:2
Berbahagialah orang-orang yang memegang peringatan-peringatan-Nya yang mencari Dia dengan segenap
hati.

Anda mungkin juga menyukai