Anda di halaman 1dari 17

Nabi &Rasul

Penulis:
Datu Haji Kipli bin Haji Yassin (Ketua)
Ustaz Mual bin Haji Suaud
Ustaz Haji Syarifuddin bin Abdul Kadir
Ustaz Haji Razalie bin Haji Hussaini
Ustaz Haji Faizal bin Abdullah
Ustazah Radiyah binti Haji Affandi
Ustazah Norsinah binti Tompeng
Ustaz Haji Mohammad Fauzi bin Hairani
Ustaz Haji Ahmad Zambri Shah bin Md. Jeman
Ustaz Abdul Karim bin Drahman
Ustazah Razimah binti Ahmad

Diterbitkan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Sarawak

Dengan Kerjasama
Tabung Baitulmal Sarawak

Cetakan Pertama @ 1441H/ 2020M

i
Perutusan
Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Pertama dan selamanya, puji syukur kepada Allah SWT, yang mentadbir
sekalian alam dan yang menguasai hari pembalasan. Selawat dan salam buat
Rasulullah SAW, Nabi dan Rasul Junjungan, seluruh ahli keluarga, para
sahabat dan para pengikut Baginda yang setia serta para pejuang Islam yang
berusaha menegakkan Islam di muka bumi ini hingga ke hari Kiamat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Mufti Negeri Sarawak
dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak yang telah berjaya menerbitkan
buku berjudul “Mudahnya Islam” ini. Usaha yang dilakukan dengan
kerahan tenaga dan garapan idea bersama secara kolektif, menambah lagi
koleksi penerbitan karya-karya Islam yang akan dapat dijadikan sebagai
panduan dan rujukan umat Islam khususnya di negeri Sarawak ini.
Penghasilan bahan bacaan Islam yang menggunakan konsep hikmah
atau kebijaksanaan yakni dengan penggunaan bahasa yang mudah dan
memaparkan ilustrasi gambar-gambar amat berkesan untuk menarik minat
dan memupuk kecintaan di kalangan umat Islam dalam mempelajari dan
mengamalkan ajaran Islam.
Usaha ini sebagai satu permulaan yang amat baik dan wajar
diteruskan. Ianya harus mendapat sokongan dan dokongan oleh seluruh
lapisan masyarakat. Jabatan Mufti negeri Sarawak sebagai badan yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam diharapkan dapat meningkatkan
usaha dalam menghasilkan karya-karya yang lebih baik dan bermutu serta
lebih mudah difahami di masa akan datang.
Saya mengharapkan buku “Mudahnya Islam” ini akan memberi impak
yang berkesan dan berterusan kepada umat Islam dalam memahami Islam yang
sebenarnya. Secara tidak langsung ianya juga akan dapat menangkis segala
bentuk salah faham terhadap Islam dan menyemarakkan lagi kelangsungan
dakwah di bumi tercinta, negeri Sarawak. Saya juga sentiasa memanjatkan
doa agar usaha ini diberkati oleh Allah SWT dan terus memperolehi kejayaan.
TUAN YANG TERUTAMA
Amin.
YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
S.M.N., S.B.S., D.K. (JOHOR), D.K. (BRUNEI), D.K. (PAHANG),
S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., D.G.S.M., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T.,
KT. W.E. (THAILAND), KEPN (INDONESIA),
(Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud)
K.O.U. (KOREA), AO (AUSTRALIA), P.P.K.
TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ii iii
Kata Pengantar Kandungan
S egala puji-pujian dan syukur dirafakkan
ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam
dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW utusan Allah SWT membawa
rahmat ke seluruh alam.
Pendahuluan 1
Alhamdulillah dengan rahmat, nikmat dan
inayah-Nya, buku yang diterbitkan secara bersiri, “Mudahnya Islam”, Beriman Kepada Rasul 5
berjaya diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak dengan kerjasama
Tabung Baitulmal Sarawak. Hasil terbitan ini merupakan cetusan idea Tun Beriman kepada Rasul-Rasul 6
Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sarawak yang mahu perkara-perkara asas dalam Islam yang berkaitan
dengan aqidah dan syariah disampaikan kepada umat Islam di Sarawak Dalil rasul diutuskan untuk setiap umat 7
melalui penulisan yang mudah, ringkas, jelas dan menarik. Syukur kerana
hasrat dan harapan Tuan Yang Terutama Tun dapat direalisasikan dengan Tujuan para Rasul dan Nabi diturunkan 9
izin Allah SWT. Penghargaan dan terima kasih dijunjungkan kepada Tuan
Yang Terutama Tun atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam
menyiapkan buku ini. Semoga segala usaha bersama ini dirahmati Allah
Kesan beriman kepada para Rasul dan Nabi 10
SWT.
Bilangan Nabi dan Rasul 12
Tahniah dan syabas diucapkan kepada panel penulis yang telah bertungkus
lumus menyiapkan ke semua 11 siri buku ini, semoga usaha murni ini Ulul Azmi 12
dirahmati dan diredhai Allah SWT. Penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada Tabung Baitulmal Sarawak, Majlis Islam Sarawak atas kerjasama
membiayai penerbitan buku ini. Mukjizat Para Nabi dan Rasul 16

Harapan kita semua semoga buku ini dapat dijadikan bahan bacaan dan Nabi Muhammad SAW Seorang Al-Amin 22
rujukan khususnya bagi umat Islam di negeri Sarawak. Sesungguhnya
membaca itu adalah kunci untuk memperolehi ilmu dan ilmu itu adalah asas
kemurnian aqidah dan ketepatan amalan dalam menjunjung syariah.

iv v
Ditambah lagi dengan senario semasa yang berlaku di negara-negara
umat Islam juga mencalarkan lagi imej Islam sebagai agama yang mudah dan
menyenangkan. Penerangan tentang ilmu Islam yang kurang jelas sama ada
dalam bentuk ucapan, syarahan atau penulisan kadang-kadang menambahkan
lagi kecelaruan dalam memahami Islam.

Penghasilan buku dengan tajuk “Mudahnya Islam” susunan Jabatan


Mufti Negeri Sarawak, dibahagikan kepada dua asas utama dalam Islam

Pendahuluan iaitu syariah dan aqidah. Ia merangkumi rukun Iman dan rukun Islam yang
bertujuan menjelaskan kekaburan dan membetulkan kekeliruan tentang
Islam. Pesan Rasulullah SAW, “permudahkanlah sesuatu perkara dan jangan
menyusahkan” menjadi rujukan asas dalam penghasilan penulisan buku ini
ISLAM adalah agama yang mudah. Ajarannya sesuai dan selari dengan matlamat menarik minat umat Islam mempelajari dan mendekati
dengan fitrah kejadian manusia. Allah SWT menuntut supaya umatnya tidak Islam.
menjadikan sesuatu yang menyusahkan di dalam kehidupan beragama.
Mudahnya Islam kerana umat Islam telah dikurniakan kitab suci Al-Quran Dalam bab berkaitan Aqidah,
di mana di dalamnya terkandung dengan lengkap segala peraturan hidup penekanan dan penjelasan terhadap
yang berkaitan hukum fardu ain dan fardu kifayah juga segala ilmu mengenal “Siri buku ‘Mudahnya Islam’
keperluan manusia terhadap
Allah SWT dan mengenal diri. Umat Islam hanya dituntut beriman, yakin susunan Jabatan Mufti Negeri
Penciptanya menjadi topik utama Sarawak yang dibahagikan
dan mempelajarinya. Allah SWT permudahkan lagi umatnya untuk mencari dibicarakan kerana kepentingannya
kebenaran dengan mengutuskan Rasulullah SAW untuk mengajar dan penulisannya berdasarkan dua asas
sebagai punca meneguhkan utama dalam Islam iaitu Syariah dan
membimbing umat Islam menjadi umat yang beriman kepada Allah SWT ke keyakinan dan memantapkan Aqidah merangkumi Rukun Iman
arah menjadi umat pilihan dan terbaik. Ini terbukti melalui hadis Rasulullah keimanan. (Tanpa Iman, manusia dan Rukun Islam adalah bertujuan
SAW yang bermaksud: akan terumbang-ambing seolah- untuk menjelaskan kekaburan dan
Daripada Anas r.a daripada Nabi SAW sabdanya, olah seperti layang-layang membetulkan kekeliruan
terputus tali, tidak fokus dan tidak tentang Islam ”
“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya.
mempunyai hala tuju dan matlamat
Berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu
hidup). Sedang orang yang beriman dan yakin kewujudan dan keEsaan Allah
menyebabkan orang lain menjauhkan diri.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
SWT mempunyai keyakinan dan matlamat hidupnya jelas untuk mendapat
keredhaan Allah dan diabadikan di alam akhirat yang kekal selama-lamanya
dengan mendapat balasan kenikmatan daripada Allah SWT. Kepercayaan
Walau bagaimanapun, atas terhadap para anbiya’ akan mendorong dan memandu manusia mencontohi
“Timbul kekeliruan faktor-faktor tertentu, Islam perilaku para nabi kerana pada diri rasul-rasul itu terdapat suri tauladan yang
apabila melihat dianggap sebagai agama yang terbaik dan sememangnya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
perbezaan ketara antara membeban dan menyusahkan. mulia. Sementara kepercayaan kepada kitab-kitab akan mendorong manusia
ajaran Islam yang Apatah lagi timbul kekeliruan menjadikan kitab sebagai rujukan dan panduan yang tepat supaya tidak
dipelajari dengan amalan apabila melihat perbezaan ketara terpesong daripada landasan dalam beragama kerana Allah swt menjelaskan
masyarakat Islam” antara ajaran Islam yang dipelajari bahawa, “Sesungguhnya kitab (Al-Quran) itu tidak ada keraguan sedikitpun
dengan amalan masyarakat Islam. di dalamnya, petunjuk kepada orang yang bertaqwa”.
1 2
Penjelasan tentang perkara- ini dengan sambil lewa tanpa penghayatan yang mendalam. Tidak hairanlah
perkara ghaib seperti kewujudan dalam masyarakat Islam walaupun tetap melakukan maksiat.
malaikat, hari akhirat, qada’ dan
qadar ditulis dengan gaya tulisan Jadi, permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini bukan
yang mudah untuk umat Islam kepercayaan mengenai kewajipan ibadah itu semata-mata, permasalahan
memahaminya. besar adalah berkisar tentang pemahaman dan bagaimana hendak melakukan
ibadah tersebut. Benarlah sebagaimana diperkatakan, “tak kenal maka tak
Keimanan dan keyakinan cinta”. Memahami cara melaksanakan ibadah dengan tepat dan betul akan
terhadap Pencipta akan terus melahirkan kesempurnaan. Sesungguhnya kesempurnaan itu akan
melonjak naik dan menyedarkan mencetuskan kecintaan.
manusia bahawa mereka adalah
hamba Allah SWT yang amat Menyedari hakikat untuk memberi kefahaman kepada umat Islam, buku
memerlukan kepada Tuhannya. “Kecintaan terhadap “Mudahnya Islam” ini digarap dengan mudah dan memaparkan ilustrasi yang
Allah SWT adalah menarik untuk memudahkan umat
Ia sudah pasti menimbulkan kecintaan yang hakiki , Islam mempelajari cara melakukan
kesedaran dan keinsafan serta terus tidak memadai dengan ibadah dengan sempurna. “Buku ini diyakini dapat
memacu dan memberi motivasi ucapan dan pengakuan membetulkan semula
untuk melakukan kebaikan dan semata-mata tetapi perlu Perkara yang amat dititik berat salah faham terhadap
meninggalkan segala maksiat yang kepada pembuktian ” dalam penulisan buku ini adalah Islam dan menjadi
akan merugikan kehidupan mereka penyusunan dan penekanan ideanya rujukan yang mudah dan
berdasarkan kepada konsep hikmah
di dunia mahupun di akhirat.
atau kebijaksanaan. Konsep ini
senang difahami ”
Keyakinan terhadap berita-berita gembira tentang balasan yang akan diterima
oleh manusia sudah semestinya menjadi pembakar semangat untuk terus berkesan untuk mencetuskan rasa
ghairah melakukan kebaikan untuk menjadi manusia yang berprestasi tinggi minat, memupuk kecintaan terhadap Islam dan menjadi daya tarikan yang
sebagai khalifah Allah SWT. Berita-berita sedih tentang balasan Allah SWT kuat supaya ianya boleh diterima dengan mudah dan redha. Apatah lagi,
terhadap mereka yang ingkar sentiasa menjadi ingatan untuk berwaspada dengan penggunaan bahasa yang mudah, masyarakat Islam tidak bosan dan
daripada melakukan perkara maksiat dan kemungkaran. suka untuk membacanya.

Dalam siri seterusnya berkaitan Syariah, penulisan buku ini adalah Buku ini diyakini dapat membetulkan semula salah faham terhadap
berkisar mengenai rukun Islam seperti syahadatain, solat, puasa, zakat dan Islam dan menjadi rujukan yang mudah dan senang difahami. Umat Islam
ibadah haji. Menyedari kecintaan terhadap Allah SWT adalah kecintaan yang pastinya seronok mengamalkan ajaran Islam dan tidak menganggapnya
hakiki tidak memadai dengan ucapan dan pengakuan semata-mata tetapi perlu sebagai satu bebanan tetapi lebih kepada keperluan dalam hidup sebagai
kepada pembuktian. Ibadah-ibadah utama ini adalah bukti kecintaan dan seorang islam.
keimanan kepada Allah SWT dan lambing kepatuhan dan ketaatan kepada
Pencipta. Penghasilan buku ini amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat
sebagai bahan rujukan. Ia juga sesuai dengan panduan pada pendakwah
Walau kewajipan melaksanakan ibadah tersebut telahpun diyakini oleh dalam usaha menyampaikan dakwah untuk mengajak manusia kembali
umat Islam sejak berzaman, tetapi masih ada umat Islam yang sukar untuk kepada fitrah dan menyahut seruan Allah SWT dengan cara yang berhikmah.
melaksanakannya. Sebahagiannya pula, melaksanakan kewajipan beribadah Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
3 4
Beriman kepada Rasul-Rasul

Beriman kepada rasul-rasul Allah SWT merupakan perkara yang


wajib dan ia adalah salah satu daripada rukun Iman. Beriman kepada
rasul-rasul Allah SWT itu ialah dengan meyakini secara pasti bahawa
Beriman Kepada Rasul
Allah SWT mengutuskan para rasul dan telah memilih mereka untuk
menyampaikan risalah-Nya, bermula dari nabi Adam AS sehinggalah
junjungan agung Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut
kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah “Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan
engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman,
kelilingmu.” semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-
(Ali `Imran:159) kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya, (mereka mengatakan): “Kami tidak
membezakan- bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari
Usaha yang sedikit ini diharap dapat memberi impak yang berterusan rasul-rasul-Nya” dan mereka mengatakan : “Kami dengar dan Kami
dalam memastikan kelangsungan dakwah di bumi tercinta, Negeri Sarawak taat” (mereka berdoa): “Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada
atas sokongan dan dokongan umat Islam semuanya. Engkaulah tempat kembali”.
Amin ya Rabb al- ‘alamin.
(Surah Al-Hadid: 25)

Sesungguhnya setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini Para rasul telah menyampaikan semua yang telah diperintahkan
memerlukan pembimbing dan petunjuk dalam menjalani kehidupan oleh Allah SWT dengan jelas. Mereka melaksanakan dan menunaikan
dunia ke arah yang lebih sempurna. Kehidupan yang memerlukan segala amanah, iaitu membimbing umat ke jalan yang mentauhidkan
pembimbing ini boleh kita ibaratkan seperti sebuah kapal yang Allah SWT dengan membawa segala bukti-bukti yang nyata,
memerlukan seorang nakhoda sebagai petunjuk jalan.Tanpa nakhoda, memperjuangkan agama Allah SWT dan menyampaikan risalah yang
kebarangkalian kapal yang berlayar di tengah lautan tidak akan tiba ke dikurniakan kepada mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud:
destinasi yang hendak dituju dengan selamat. Walaupun setiap kapal
memiliki pemandu yang mampu mengendalikannya, namun khidmat “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan
seorang nakhoda masih diperlukan untuk menentukan arah dan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama
memastikan kebajikan anak-anak kapal terbela. Jika sebuah kapal itu mereka al-kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat
menggunakan khidmat nakhoda bagi mengetuai pelayaran, demikian melaksanakan keadilan dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat
jugalah dengan keadaan manusia. Sesungguhnya manusia memerlukan kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya
bimbingan daripada para nabi dan rasul dalam menjalani kehidupan mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa
seharian. yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak
dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Maha Perkasa”.
Justeru itu, untuk hidup di alam ini setiap umat perlu berpegang (Surah Al-Hadid: 25)
dan mengamalkan ajaran yang telah disampaikan oleh rasul-rasul Allah
SWT.
5 6
Segala risalah dan ilmu yang disampaikan oleh rasul-rasul Firman Allah yang bermaksud:
merupakan panduan dan rujukan yang seharusnya diamalkan dalam “Orang-orang yang kafir berkata. “Mengapa tidak diturunkan
kehidupan tanpa meragui kebenarannya. Adapun pendustaan yang kepadanya (Muhammad) suatu tanda (kebesaran) dari Tuhannya?”
dilakukan oleh seseorang itu kepada salah seorang rasul beerti dia Sesunguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi
mendustakan Allah SWT yang telah mengutuskan rasul-rasul-Nya, tiap-tiap kamu ada orang yang memberi petunjuk”.
begitu juga dengan mereka yang menderhaka kepada rasul-rasul Allah (Surah ar-Ra’ad: 7)
SWT.
Firman Allah yang bermaksud:
Oleh kerana itu, kita wajib mempelajari, memahami dan
“Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa
mengamalkan segala yang telah disampaikan oleh rasul-rasul Allah
kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
SWT dalam kehidupan sehari-hari yang mana ia kelak akan memberi
manfaat bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT peringatan dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya
yang bermaksud: seorang pemberi peringatan”.
(Surah Al-Fatir: 24)
“Wahai orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah
SWT dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada
Rasul-Nya serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barangsiapa
ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu
telah tersesat sangat jauh”.
(Surah An-Nisa’: 136)

Dalil Rasul Diutuskan Untuk Setiap Umat


Firman Allah yang bermaksud:
“Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul
Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan
umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka
syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab
yang sangat pedih”.
(Surah An-Nahl: 63)

Firman Allah yang bermaksud:


“Tiap-tiap umat mempunyai rasul, maka apabila telah datang
Rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan
mereka (sedikitpun) tidak dianiaya”.
(Surah Yunus: 47)
7 8

Tujuan Para Rasul Dan Nabi Diturunkan Sememangnya sudah jelas bahawa seseorang itu memerlukan
petunjuk dan pembimbing supaya tidak terpesong pegangannya.
Satu hakikat yang perlu diketahui ialah manusia merupakan ciptaan
Allah SWT yang martabatnya lebih mulia dari makhluk yang lain.
Namun, martabat yang mulia ini kadangkala dilupai oleh manusia Kesan Beriman Kepada Para Rasul Dan Nabi
atas kelalaian sendiri. Oleh kerana itu, diutuskan para rasul dan nabi
sebagai pembimbing dan petunjuk kepada manusia. Para rasul ini Al-Tabarani meriwayatkan daripada Ali r.a bahawa Rasulullah
menyampaikan seruan dakwah agar umatnya mentauhidkan Allah SAW bersabda: “Ajarkanlah anak-anak dengan tiga perkara; mencintai
SWT dan berpegang kepada ajaran yang benar. Selain itu, mereka nabi kamu, mencintai keluarganya dan membaca al-Quran”.
berperanan dalam menyelesaikan perselisihan dan permasalahan
agama yang dihadapi oleh umat mereka. Bahkan mereka mengajarkan Sesungguhnya, beruntunglah mereka yang sentiasa menyemai
segala isi risalah yang diturunkan oleh Allah. kecintaan kepada para Rasul dan mengikut ajaran yang disampaikan.
Betapa bertuahnya mereka yang mencintai Rasul dengan sepenuh
Firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl 36 yang bermaksud: hati sepertimana para sahabat yang mencintai Nabi Muhammad
SAW lebih daripada kekayaan dan kenikmatan dunia yang dimiliki
“Dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap mereka. Sekiranya seseorang mencintai sesuatu melebihi cinta kepada
umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Allah SWT dan para Rasul, maka rugilah insan tersebut kerana cinta
Thaghut itu”, Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi yang sedemikian akan pudar dan hilang serta tidak menjamin kepada
petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah kehidupan di akhirat kelak. Adapun cinta kepada Rasul itu mampu
pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan kekal, malah boleh meningkat dan bertambah akan rasa kecintaan
perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu
(rasul-rasul)”.
Ketahuilah, bahawa beriman kepada Nabi dan Rasul adalah
tunjang utama dalam iman. Oleh itu, kita sewajarnya mengetahui cara-
cara untuk beriman kepada Nabi dan Rasul dengan pemahaman yang
benar. Keimanan kepada Rasul mengandungi empat unsur tetapi ini
tidak bermaksud terdapat pembatasan bahawa hanya ada empat unsur
sahaja dalam keimanan kepada Nabi dan Rasul-Nya.

9 10
Pertama : Mengimani bahawa Allah SWT benar-benar mengutus Bilangan Nabi dan Rasul
para Nabi dan Rasul. Barangsiapa yang mengingkari
walaupun seorang Rasul bererti dia mengingkari Terdapat hadis yang menyatakan bahawa Rasul-rasul Allah
seluruh Rasul SWT berjumlah sekitar 313 hingga 330 orang. Hal ini disebut oleh
Rasulullah SAW ketika Baginda ditanya tentang berapa jumlah Rasul.
Kedua : Mengimani semua Nabi dan Rasul. Walaubagaimanapun, jumlah Nabi lebih banyak daripada para rasul
dan kisah para rasul dinyatakan di dalam kitab al-Quran. Firman Allah
Ketiga : Membenarkan berita-berita (risalah) yang disampaikan SWT dalam surah An-Nisa’ 164 yang bermaksud:
daripada para Nabi dan Rasul.
“Dan (kami telah mengutus) Rasul-
Keempat : Mengamalkan syariat Nabi mengikut Nabi yang rasul yang sungguh telah Kami kisahkan
diutuskan kepada kita dan penutup segala Nabi adalah tentang mereka kepadamu dahulu, dan
Nabi Muhammad SAW. Maka dengan ini, wajiblah Rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan
kita tunduk dan berserah diri kepada Islam. tentang mereka kepadamu dan Allah
telah berbicara kepada Musa dengan
Doa Memohon Ditetapkan Keimanan langsung”.

Ulul Azmi

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para Rasul


Maksudnya: “Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan- yang memiliki kedudukan tinggi atau istimewa kerana ketabahan dan
lah hatiku atas agamamu”. (Hadis Riwayat Al-Tirmizi: 3522) kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan dakwah. Di antara
25 Rasul yang dinyatakan di dalam al-Quran hanya lima orang sahaja
Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi ini.
Ganjaran amalan
kerana Allah Buah Firman Allah SWT yang bermaksud:

Amalan yang “Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai


dikerjakan semata- Ranting keteguhan hati dari Rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu
mata kerana Allah
meminta disegerakan (azab) bagi mereka, pada hari mereka melihat
azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak
Pelaksanaan ibadah tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (inilah) suatu
Batang
dengan istiqamah pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang
fasiq”.
(Surah Al-Ahqaf: 35)
Akidah yang disemai Gambaran Akidah
Akar Muslim
secara Zahir
11 12
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Perbezaan Rasul dan Nabi
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi- Rasul Nabi
nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera
Syariat yang diwahyukan Syariat yang diwahyukan
Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang
adalah untuk dirinya, kaum adalah untuk dirinya dan tidak
teguh”.
atau umatnya dan disuruh untuk disampaikan kepada umatnya.
(Surah Al-Ahzab: 7)
menyampaikannya.
Kelima-lima Rasul ini diberi gelaran Ulul Azmi kerana mereka Persamaan
mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT atas ketabahan dan
kesabaran yang dimiliki dalam berdakwah. Walaupun mendapat Dipertangungjawabkan untuk menyeru kepada mentauhidkan
tentangan daripada kaum masing-masing, mereka tetap berdoa Allah
memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka diberi hidayah Menyampai dan menerangkan perkara yang batil dan
dan tidak diturunkan azab. Dengan keazaman yang tinggi semasa menegakkan yang hak
berdakwah inilah yang menyebabkan mereka mendapat gelaran ulul Memimpin umat manusia dalam kehidupan duniawi dan
azmi. kehidupan yang sempurna
Menjelaskan permasalahan agama yang diturunkan oleh Allah

25 Rasul Dan Nabi Rasul Ulul Azmi Pekerjaan Para Rasul


Adam AS Musa AS Nabi Ibrahim AS
Nabi Adam AS Petani
Idris AS Harun AS Nabi Nuh AS
Nuh AS Zulkifli AS Nabi Musa AS
Nabi Idris AS Membuat pakaian dan menenun. Manusia
Hud AS Daud AS Nabi Isa AS
pertama yang membuat fabrik daripada
Soleh AS Sulaiman AS Nabi Muhammad SAW
pokok kapas. Sebelum itu, manusia memakai
Ibrahim AS Ilyas AS
pakaian yang diperbuat daripada kulit
Luth AS Ilyasa’ AS binatang.
Ismail AS Yunus AS
Ishak AS Zakaria AS
Nuh AS Tukang kayu. Orang pertama yang membina
Ya’akup AS Yahya AS kapal daripada kayu.
Yusuf AS Isa AS
Ayub AS Muhammad Daud AS Tukang besi. Baginda merupakan tukang
Shuib AS SAW besi pertama dalam sejarah. Nabi Daud AS
membuat baju besi dan pedang.

13 14
Mukjizat Para Nabi Dan Rasul
Yusuf AS Budak suruhan dan kemudian diangkat
menjadi wazir mesir. Nabi Yusuf juga ada Setiap sesuatu kejadian, Allah SWT telah menjadikannya dengan
ilmu menafsir mimpi dan bijak mengurus pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Begitulah jua halnya dengan
kewangan Mesir sehingga mampu berdepan para Nabi dan Rasul yang dianugerahkan mukjizat dan keistimewaan
dengan kegawatan akibat kemarau. yang tersendiri. Mukjizat inilah yang membezakan manusia dengan
para Rasul.
Musa AS Penternak
Mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada para Rasul
Ibrahim AS Petani dan peternak bukanlah sihir

Ismail AS Pemburu dan penternak. Orang pertama Mukjizat yang dianugerahkan kepada para Nabi dan Rasul tiada
menjinakkan kuda sehingga boleh bandingannya. Banyak ayat al-Quran yang menegaskan dengan jelas
ditunggangi. tentang mukjizat. Antara nukilan kisah-kisah mukjizat para Nabi dan
Rasul ialah:
Ishak AS Penternak
1. Mukjizat Nabi Isa AS
Ya’kub AS Penternak
Nabi Isa AS adalah nabi dari keturunan Bani Israil. Sebelum
Syu’ib AS Penternak menjadi Rasul lagi, nabi Isa sudah menampakkan tanda-tanda yang
membuktikan kenabian dan kerasulannya. Di antara tanda-tanda yang
luar biasa sebelum perlantikan sebagai nabi dan rasul ialah:
Soleh AS Peniaga
Pertama : Kelahiran nabi Isa oleh ibunya yang tiada ayah.
Sulaiman AS Pemimpin dan pentadbir yang mempunyai
Kesucian ibunya dijelaskan dalam al-Quran dan
kerajaan yang besar, meliputi manusia, jin
kejadiannya di perut ibunya melalui tiupan oleh
dan binatang
malaikat Jibril.
Kedua : Ketika bayi lagi Nabi Isa sudah boleh bercakap
Ilyas AS Penenun dengan menjelaskan hakikat dirinya sebagai manusia
dan hamba yang bakal menerima kitab dari Allah.
Muhammad SAW Penternak kambing dan peniaga. Namun
hakikatnya baginda seorang nabi yang 2. Mukjizat Nabi Musa AS
serba boleh; Baginda seorang pemimpin
negara,imam, ketua tentera, pakar rujuk, dan Nabi Musa AS diberikan keistimewaan yang tersendiri oleh Allah
sebagainya. SWT dalam menyeru kaumnya ke jalan yang benar. Hal ini diabdikan
di dalam al-Quran oleh Allah. Antara mukjizat nabi Musa AS ialah:
15 16
Pertama : Allah SWT memberikan anugerah dengan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
menjadikan tongkat nabi Musa AS bertukar menjadi
ular yang telah menelan semua ular-ular sihir yang “Dari Anas bin Malik r.a berkata; sesungguhnya ahli Mekah
diperlihatkan oleh ahli sihir Firaun. meminta kepada Nabi satu bukti kebenaran risalah yang dibawanya,
Kedua : Nabi Musa AS diberikan kehebatan tangannya yang lalu Baginda menunjukkan kepada mereka bulan terbelah sehingga
bersinar dengan cahaya putih selepas dikeluarkan mereka melihat Gua Hira’ berada di antara keduanya”.
dari sakunya. (Sahih Bukhari Dan Muslim: 3868)
Ketiga : Terbelahnya lautan merah yang membentuk sebagai
lorong yang berada di dasar lautan. Ketiga : Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku pada malam
27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi
3. Mukjizat Nabi Muhammad SAW Muhammad SAW. Baginda telah diperjalankan
dalam masa yang singkat dan telah menemui Allah
Allah SWT memberikan mukjizat yang khusus dan berbeza-beza SWT yang mana tiada hamba sebelumnya melainkan
kepada para nabi, termasuklah dengan mukjizat yang dianugerahkan Nabi Muhammad SAW.
kepada Nabi Muhammad SAW. Mukjizat yang Allah SWT anugerahkan
kepada Baginda terlalu agung sehingga sebelum kelahirannya lagi
telah menampakkan tanda-tanda kebesaran dan keagungannya. Isra’ Mi’raj

Pertama : Mukjizat teragung iaitu al-Quran yang membuktikan Perjalanan Nabi SAW dari Perjalanan Nabi SAW dari
kebenaran Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Allah Masjid al-Haram di Mekah Masjid al-Aqsa ke Sidratul
SWT memberi jaminan bahawa al-Quran ini dijaga ke Masjid al-Aqsa di Baitul Muntaha di langit ke tujuh.
kesuciannya dan kekal abadi sepanjang zaman. Muqaddis, Palestin.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, 88 yang bermaksud:


Keempat : Mukjizat dengan menerima bantuan malaikat dalam
“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk peperangan Badar dengan memberikan kemenangan
membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat kepada kaum muslimin dalam mengalahkan musuh-
membuat yang serupa dengan Dia, Sekalipun sebahagian mereka musuh Islam.
menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”.
Kelima : Mukjizat keluarnya air yang memancar dari anak jari
Kedua : Terbelahnya bulan ketika mana kaum musyrikin Rasulullah SAW ketika mana para sahabat berada
Mekah mencabar kewibawaan Nabi Muhammad dalam keadaan yang terlalu dahaga. Lalu Rasulullah
SAW. SAW memasukkan jarinya ke dalam air tersebut,
maka terpancarlah air yang banyak dari celah-celah
jari Baginda sehingga mereka yang memerlukan air
dapat mengambil dan menggunakannya.
17 18
Nabi Muhammad SAW Khatimul Anbiya’ Kesempurnaan beriman kepada Rasulullah SAW dapat dipenuhi
dengan hal-hal seperti berikut:
Allah SWT telah mengutuskan dan memilih seorang nabi dari
kalangan manusia untuk menjadi pembimbing dan petunjuk ke jalan Pertama : Mengenali sirah Nabi Muhammad SAW.
yang benar. Maka lahirlah utusan yang agung dan terpuji dari kalangan Kedua : Membenarkan segala yang disampaikan olehnya dengan
manusia yang telah diberi nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan
Mutalib dari suku Quraish. Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Ketiga : Yakin bahawa Baginda adalah Rasul untuk semua.

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki Keempat : Beriman kepada risalahnya dan baginda merupakan nabi
di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah SAW dan penutup nabi- yang terakhir dan yang terpuji.
nabi dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu”.
Kelima : Beriman bahawa Rasulullah SAW telah menyampaikan
(Surah Al-Ahzab:40)
ajaran Islam dengan amanah dan segala kebaikan dan
larangan telah ditunjukkan kepada umatnya untuk
Beriman kepada kenabian Rasulullah SAW merupakan salah satu
dijadikan panduan.
tunjang keimanan yang sangat penting dan untuk memastikan iman
sentiasa kuat dan sempurna, hendaklah sentiasa tertanam perasaan Keenam : Mencintai baginda melebihi cinta kepada makhluk lain
mencintai Nabi Muhammad SAW dengan sepenuh hati. Sebagaimana kerana mencintai Rasulullah bermaksud kita mencintai
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Allah SWT.
Ketujuh : Memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan
Daripada Anas r.a ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
besar Nabi Muhammad SAW.
“Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kamu hingga
ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya dan
manusia semuanya”. Tarikh Dan Sejarah Nabi Muhammad SAW
(Hadis Riwayat Al-Bukhari: 13)
Tarikh/ Tahun
Sejarah
(Masihi)

571 Kelahiran Baginda

610 Menerima wahyu di Gua Hira’

Orang Islam dizalimi oleh puak Quraish dan hijrah


615
pertama ke Habsyah
19 20
Nabi Muhammad SAW Seorang Al-Amin
Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk is-
616
lam, hijrah kedua ke Habsyah Rasulullah SAW merupakan manusia yang memiliki sifat-sifat
terpuji dan keperibadian yang unggul serta tinggi budi pekertinya,
Siti Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa sehingga digelar “al-Amin”. Pengiktirafan sebagai al-Amin oleh
619 saudara Nabi) meninggal dunia dan peristiwa Isra’ pembesar-pembesar Quraisy ketika rasulullah mendamaikan
Dan Mikraj. perbalahan mereka dalam peletakan hajar aswad di kaabah. Dalam
peristiwa tersebut para pembesar Quraisy telah memutuskan bahawa
621 Perjanjian Aqabah pertama keputusan bagi peletakan batu itu
akan ditentukan oleh orang yang Isnin, 12 Rabiulawal
622 Perjanjian Aqabah kedua dan hijrah ke Madinah pertama masuk ke Masjidil Haram Bersamaan 20 April 571M
pada keesokan harinya.
624 Perang Badar • Tarikh Kelahiran
Apabila tiba keesokan harinya,
Isnin, 12 Rabiulawal Tahun
625 Perang Uhud maka hadirlah seorang pemuda yang
11 Hijrah 633M
terawal memasuki Masjidil Haram.
Pemuda itu adalah Muhammad • Tarikh Kewafatan
627 Perang Ahzab
bin Abdullah. Jesteru itu, Baginda
diminta untuk memberikan
628 Perjanjian Hudaibiah keputusan dalam peletakan hajar aswad. Baginda pun mengambil
sehelai kain lalu meletakkan hajar aswad itu di atasnya, kemudian
Perang Khaibar dan Baginda menghantar tentera meminta para pembesar Quraisy untuk memegang setiap hujung
629
Islam dalam peperangan Mu’tah kain tersebut. Seterusnya mereka mengangkat hajar aswad menuju
ke tempat asalnya lalu batu itu diambil oleh Nabi sendiri sebelum
630 Pembukaan Mekah dan Perang Hunain meletakkan di tempatnya. Dari kebijaksanaan baginda itu, maka para
pembesar quraisy melahirkan rasa amat gembira atas keputusan yang
630 Perang Tabuk diberikan tersebut dan mereka berseru bahawa “ kami rela kepada orang
yang dipercayai ini (al-Amin). Dari peristiwa itulah nabi Muhammad
632 Wafatnya Nabi Muhammad SAW telah mendapat gelaran dan diiktiraf sebagai al-amin iaitu orang yang
dipercayai.

21 22
Antara Sifat-sifat Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);
Sifat-Sifat Rasulullah SAW
Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
Kebenaran tentang wahyu daripada Allah SWT untuk sepenuhnya”.
Sifat
disampaikan kepada umat manusia serta kata-kata
Al-Siddiq
yang diungkapkannya tiada satu pun kesangsian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Penduduk Mekah telah memberi gelaran ‘al-Amin’ “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah
yang bermaksud ‘terpercaya’ dari sebelum Baginda menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali”.
Sifat (Hadis Riwayat Muslim: 384)
diangkat sebagai Rasul kerana jika sesuatu urusan
Al-Amanah
diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa
urusan tersebut akan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Sifat Menyampaikan setiap wahyu dan menerangkan


Al-Tabligh syariat agama dengan syumul kepada umat manusia.

Sifat Memiliki kekuatan akal fikiran yang tinggi dan


Al-Fatanah sempurna serta kecerdikan dan kebijaksanaan.

Kelebihan berselawat kepada Nabi


Kasih Baginda Rasulullah SAW Kepada Semua Makhluk
Berselawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan
merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang
menjadi faktor utama untuk mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya,
kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah
Nabi SAW datang setelah Allah SWT menurunkan ayat dalam surah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib
al-Ahzab sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Ahzab 56 yang saya terbiar dan saya tidak ada baju baru dan lain-lain persediaan untuk
bermaksud: berhari raya”. Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan
nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau
aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah SAW) menjadi

23 24
ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu
apabila mendengar Rasulullah SAW menjadi ayahnya. Baginda pun
membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak
itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makanan.
Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah jua gembiranya
hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

Sifat penyayang Baginda bukan hanya kepada kanak-kanak


malah Rasulullah SAW sangat mengasihi binatang. Baginda melarang
kanak-kanak menyeksa binatang. Bahkan menyembelih binatang pun,
Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar
binatang tersebut segera mati dan tidak terseksa dalam kesakitan. Selain
itu, Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar)
yang digunakan untuk membawa barang-barang agar tidak dibebani
mencintai Allah, ikutilah Aku (Muhammad
dengan muatan yang berlebihan daripada apa yang dapat ditanggung.
SAW), Allah mengasihi dan mengampuni
Kecintaan Baginda kepada semua makhluk Allah SWT jelas dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi
membuktikan bahawa Rasulullah SAW seorang yang bersifat Maha Penyayang
penyayang dan memiliki keperibadian yang agung. Sifat inilah
yang menjadikan baginda selayaknya dicintai dan disanjungi oleh
baunya mampu menarik hati setiap dari mereka yang mendekati dan
sesiapapun, terutamanya kepada umat manusia yang tidak pernah
menyentuhnya.
menemui Rasulullah SAW. Perasaan cinta yang dimiliki dalam diri ini,
selayaknya kita sempurnakan dengan mencintai Rasulullah SAW yang
Demikianlah keindahan yang dapat digambarkan jika keimanan
sudah pasti akan memberikan syafaat kepada umatnya. Keimanan yang
itu ditanam dalam diri. Oleh itu, gunakanlah segala peluang dan masa
tidak diyakini dengan sepenuh hati akan menyebabkan kehidupan yang
yang ada untuk memperoleh rasa cinta dan menambahkan keimanan
dijalani seperti seorang yang patah kaki yang memerlukan tongkat
kepada para Rasul dan Nabi dengan mempelajari, memahami serta
untuk berpaut. Manakala iman yang disemai akan membuahkan hasil,
mengamalkan apa yang telah disampaikan kepada kita. Dengan segala
seterusnya menjadi bekalan apabila tibanya hari pembalasan di akhirat
keazaman untuk mendekati dan mengamalkannya akan membantu diri
kelak.
kita menjalani kehidupan di dunia dan memperoleh kenikmatan di
akhirat kelak.
Justeru itu, tanamkanlah kecintaan dan semaikanlah keimanan
itu kepada para Rasul dan Nabi. Semoga keimanan yang disemai dan
dipahat di dalam hati itu akan sentiasa mekar. Sepertimana bunga
yang ditanam untuk mencantikkan persekitaran dan keharuman

25 26
Catatan

27

Anda mungkin juga menyukai