Anda di halaman 1dari 2

Kata Adjektif

 Juga dikenali sebagai kata sifat


 Berfungsi bagi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama (benda, haiwan,
manusia, tempat).

Jenis kata adjektif Contoh


Sifat atau keadaan baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, kasar
Warna merah, putih, ungu, kelabu
Ukuran rendah,panjang, tinggi, besar
Bentuk bulat, bujur, bengkok, lurus
Waktu lampau, segera, lambat, awal
Jarak jauh, dekat, hampir, rapat
Cara cepat, deras, sering, selalu, perlahan
Perasaan rindu, marah, ragu, gembira
Pancainder Rasa sedap, pahit, kelat, masam
a
Pandang cantik, hodoh, comel, molek
Dengar bising, merdu, garau, nyaring
Bau harum, hapak, hanyir
Sentuh Halus, lembut, keras, licin

 Binaan frasa adjektif iaitu terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur
intinya dan bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa, seperti:
Subjek (FN) Predikat (KA)
Murid itu bijak sungguh
Keretanya bersih sekali

Frasa Adjektif (FA)


Sebagai unsur keterangan kedudukannya dalam predikat ayat
adalah selepas kata kerja:
Kanak-kanak itu bercakap sungguh
petah.
Sebagai unsur penerang kedudukan adalah selepas kata nama:
Dia murid paling cerdik
Binaan frasa adjektif bukan sahaja mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti, tetapi
boleh juga
disertai oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya,
sebagai contoh:
FA
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat
(hadapan) (belakang)
belum - tajam
amat cantik sekali

 Penggunaan kata penguat iaitu perkataan yang berfungsi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata atau frasa adjektif.
Jenis kata penguat contoh
Penguat depan agak, begitu, paling, terlalu
Penguat belakang benar, betul, sekali
Penguat bebas amat, sangat, sungguh

*kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekali gus.

 Penggunaan kata sendi iaitu untuk menunjukkan perkaitan antara frasa itu dengan kata-
kata lain dalam ayat. Contohnya:
Kata sendi Contoh ayat
akan/kepada Mereka sangat kasih akan/kepada
Cikgu Faridah
dalam Kita harus fasih bertutur dalam
bahasa kebangsaan kita.

Anda mungkin juga menyukai