Anda di halaman 1dari 4

2020

PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH PETALING

Kertas Cadangan
Pertandingan Kolaj
Sempena Bulan Kemerdekaan
Gabungan Bersama
PPP Daerah Petaling Perdana &
Petaling Utama

Disediakan oleh ;
Thanalatchimy a/p Sathiahnathan
Pn. Ismaeza Ismail
Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
Daerah Petaling Perdana & Petaling Utama

PANDU PUTERI REMAJA 1


2020
PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH PETALING

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN KOLAJ


SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2020

1. TAJUK
Pertandingan Kolaj Pandu Puteri Remaja Sempena Bulan Kemerdekaan
Gabungan Daerah Petaling Perdana & Utama

2. PENDAHULUAN
Program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan
untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek serta berpotensi. Pertandingan ini bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan nilai patriotisme. Pengalaman ini penting kerana ia
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai
kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan
intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan ahli pandu puteri yang mengetahui tentang seni


sebagai salah satu cabang keusahawanan.
3.2 Memberi peluang kepada ahli untuk melibatkan diri dalam
kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3.3 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual.
3.4 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab,

4. PELAKSANAAN
Tarikh Pelancaran : 10 Ogos 2020
Tarikh Penghantaran : 1 September 2020
Tempat Penyerahan Kolaj : Rumah Pandu Puteri Selangor
Masa Penyerahan : 10am – 12 tgh & 2.30pm – 4.30pm

5. SASARAN
3 orang wakil Pandu Puteri Remaja dari setiap sekolah menengah di
Daerah Petaling Utama & Petaling Perdana

PANDU PUTERI REMAJA 2


2020
PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH PETALING

6. AJK PELAKSANA
Penasihat : YDP Pn Sri Aisha Shamsuddin
Pengerusi I : Pn. Aisah Ibrahim
Pengerusi II : YM Ungku Mariam Ungku Mahmood
Penyelaras I : Pn Thanalatchimy a/p Sathiahnathan
Penyelaras II : Pn. Ismaeza Ismail
Setiausaha : Pn. Tuan Noor Hanisah Tuan Ismail
Hadiah & Sijil: Pn. Jamunesveri & Pn. Nurul Izzati Che’ Man
Hakim : YM Ungku Mariam Ungku Mahmood
Pn. Munirah Abu Bakar
Pn Murniza binti Yunus

7. KEWANGAN & CCADANGAN HADIAH

Anggaran Perbelanjaan Pertandingan


BIL HADIAH KUANTITI RM

HADIAH PIALA
1. Tempat pertama – RM15 RM15 x 1 RM15.00
Tempat kedua – RM15 RM15 x 1 RM15.00
Tempat Ketiga – RM 15 RM 15 x 1 RM15.00

SIJIL PENCAPAIAN & PENYERTAAN


2.
30 pcs RM2.00 x 30 RM60

JUMLAH KESELURUHAN RM105.00

8. Penutup

Adalah diharap aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang


menyeronokkan dan mempunyai input yang baik serta menyumbang
terhadap pembentukkan insan yang berketrampilan dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh,

.......................................................
(THANALATCHIMY SATHIAHNATHAN)
Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
Persatuan Pandu Puteri Daerah Petaling

PANDU PUTERI REMAJA 3


2020
PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH PETALING

PERTANDINGAN KOLAJ (PANDU PUTERI REMAJA)

SYARAT-SYARAT

1. Peserta mestilah ahli Pandu Puteri Remaja yang telah berdaftar dengan
mana- mana pasukan Pandu Puteri Remaja di negeri Selangor.

2. Penyertaan pertandingan adalah dalam bentuk individu. Setiap sekolah


boleh menghantar maksimum 3 penyertaan.

3. Peserta hendaklah menghasilkan 1 kolaj bersaiz kertas lukisan B4


(275 x 375mm) dengan menggunakan bahan yang disediakan sendiri.

4. Peserta hendaklah menghasilkan satu kolaj bermotifkan Tema dan Logo


Hari Kemerdekaan 2020 yang ke-63 mengikut kesesuaian dan kreativiti
masing-masing.

5. Peserta boleh menggunakan pelbagai jenis teknik kolaj dan juga bahan.
Antara jenis bahan, ialah kertas (kertas warna, suratkhabar dll), bahan
jatihan (cth: butang, manik, benang), bijirin & kekacang (cth: biji labu,
beras bali, kacang hijau, jagung dan biji saga), bahan terbuang (cth:
penutup botol, batang aiskrim, lidi sate, tali, plastik sampah) kain, kapas,
tisu dan lain lain.

7. Peserta perlu menulis butiran diri iaitu Nama, No Kad Pengenalan, No ID


Pandu Puteri, Nama Sekolah, No Telefon & email pada kertas kolaj di
muka depan sudut atas belah kanan.

8. Kolaj yang telah siap perlu dihantar ke Rumah Pandu Puteri Selangor
sebelum atau pada 1 September 2020, pada masa yang telah diberikan
Masa Penyerahan sebelah pagi :10am – 12 tgh
Masa Penyerahan sebelah petang : 2.30pm – 4.30pm

9. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada waktu yang telah


ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

10. Keputusan hakim adalah muktamad.

PANDU PUTERI REMAJA 4

Anda mungkin juga menyukai