Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN
VIDEO INOVASI KUIH TRADISIONAL

GABUNGAN BERSAMA PERSATUAN PANDU PUTERI


DAERAH PETALING PERDANA DAN PETALING UTAMA

Disediakan

Nurul Izzati binti Che’ Man


Hasniza binti Mohamad
Aniza binti Ismail
Chee Pew Ling

Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer


Daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama

1.0 TAJUK
Pertandingan Inovasi Kuih Tempatan Pandu Puteri Renjer Gabungan Daerah Petaling Perdana dan
Petaling Utama

2.0 PENDAHULUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan
generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi yang
dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,
agama dan negara.

Melalui aktiviti ini para peserta diberi peluang untuk memperkembangkan potensi diri masing-
masing dari segi kepimpinan, disiplin, semangat kerjasama, kesediaan berdikari, serta
bertanggungjawab.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan
kefahaman serta perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat
diri dan organisasi.

3.0 OBJEKTIF
Membina pelbagai kemahiran untuk :

3.1 Melahirkan kemahiran bersosial yang dapat membina semangat berpasukan, daya juang dan
kerjasama yang tinggi.

3.2 Menambahkan pengetahuan serta jati diri untuk menginovasikan kuih tempatan yang sering
dianggap sebagai ketinggalan zaman.

3.3 Memberi peluang kepada Pandu Puteri Renjer mengemukakan pendapat, mempelajari sesuatu,
mendapatkan pedoman, menilai dan membuat keputusan.

3.4 Memberi pengalaman merancang dan mengurus belanjawan peribadi dan mengetahui faedah
yang diperoleh daripada skim insuran.

3.5 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4 orang wakil Pandu Puteri Renjer dari setiap Sekolah Menengah dalam Daerah Petaling Perdana
dan Petaling Utama

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN


Tarikh Pelancaran : 05 Mac 2021
Tarikh Penghantaran : 10 Mac 2021
Tempat Penyerahan Video : Muat naik ke link telegram melalui Google Form

6.0 AJK PELAKSANA


Penasihat : YDP Pn Sri Aisha Shamsuddin
Pengerusi I : Pn. Aisah Ibrahim
Pengerusi II : YM Ungku Mariam Ungku Mahmood
Penyelaras I : Pn Nurul Izzati binti Che’ Man
Penyelaras II : Pn. Hasniza binti Mohamad
Pn Aniza binti Ismail
Pn Chee Pew Ling
Setiausaha : Pn. Tuan Noor Hanisah Tuan Ismail /
Pn. Noor Azlin Adenan
Hadiah & Sijil : Pn. Tuan Noor Hanisah Tuan Ismail /
Pn. Noor Azlin Adenan
Hakim : Pn Nurul Izzati binti Che’ Man
Pn Hasniza binti Mohamad
Pn Aniza binti Ismail
Pn Chee Pew Ling

7.0 KEWANGAN & CADANGAN HADIAH


Anggaran Perbelanjaan Pertandingan

BIL HADIAH KUANTITI RM

1. SIJIL PENYERTAAN

70 keping RM 1 X 70 RM 70.00

2. PATCH

70 keping RM 4 X 70 RM 280.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 350.00


8.0 PENUTUP
Semoga semua ahli Pandu Puteri Renjer dapat memanfaatkan ilmu kemahiran dalam aktiviti
kepanduan dan mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seorang remaja khasnya serta dapat
memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat amnya. Adalah diharap aktiviti ini dapat
dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan dan mempunyai input yang baik serta
menyumbang terhadap pembentukkan insan yang berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Disediakan oleh,

………………………………………….
( PN NURUL IZZATI BINTI CHE’ MAN )

Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer


Persian Pandu Putrid Daerah Petaling

PERTANDINGAN VIDEO INOVASI KUIH TRASIONAL

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Peserta mestilah ahli Pandu Puteri Renjer yang telah berdaftar dengan mana-
mana pasukan Pandu Puteri di Daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama.

2. Penyertaan pertandingan adalah dalam bentuk individu. Setiap peserta hanya


menghantar 1 penyertaan sahaja.

3. Peserta wajib mengisi semua butiran LENGKAP yang terdapat dalam Borang
Pendaftaran seperti berikut :
https://forms.gle/tws5RDqzGPTtKXZp6

4. Bayaran penyertaan adalah RM5 untuk satu penyertaan boleh dibayar ke


dalam akaun PANDU PUTERI DAERAH PETALING (CIMB – 8001994 253)
selewat-lewatnya pada 9 Mac 2021. Bukti pembayaran (RESIT) hendaklah
dimuat turun dalam Google Form semasa mendaftar dalam Borang
Pendaftaran.

CARA PENGHANTARAN DAN PENGHASILAN VIDEO

1. Peserta dikehendaki menghantar video proses awal hingga akhir penyediaan


kuih tradisional mengikut kreativiti masing-masing dengan durasi tidak
melebihi 1 minit. Dalam video tersebut mestilah mengandungi nama, nama
sekolah, nama kuih tradisional beserta resepi yang telah diinovasikan.

2. Peserta diwajibkan memakai pakaian rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia


(Uniform Penuh / Tshirt Pandu Puteri) semasa menyediakan kuih tradisional
tersebut.

3. Peserta memuat naik resepi kuih tradisional yang telah diinovasikan dalam
bentuk gambar/ JPEG dalam Borang Pendaftaran.

4. Resepi kuih tradisional yang diinovasikan adalah HASIL CIPTAAN SENDIRI.


Resepi yang diinovasikan adalah dari segi campuran bahan, warna dan
bentuk.

5. Pembahagian markah adalah seperti berikut:


BIL KATEGORI MARKAH

1 Resepi yang diinovasikan 30

2 Kreativiti 30

3 Persembahan Video 30

4 Cara dan Teknik Penyediaan 10

JUMLAH 100
TAMBAHAN

1. INOVASI – Maksud inovasi adalah pengubahsuaian terhadap produk sedia


ada supaya jadi lebih baik, boleh menjimatkan dan bertenaga, bermakna
serta mesra pengguna

2. Contoh kuih tradisional yang diinovasikan


 Kuih Kasturi kacang merah
 Karipap Carbonara

Anda mungkin juga menyukai