Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN

SEJARAWAN
TOKOH
PAHLAWAN
@
DATO MAHARAJA
LELA
- ISI KANDUNGAN -
PENGENALAN 2

PERISTIWA
PENENTANGAN 3-4

SEBAB
PENENTANGAN
5-6

KESAN
7
PENENTANGAN

IKHTIBAR 8
PERISTIWA

KESIMPULAN 9
- PENGENALAN -
Dato Maharaja Lela merupakan
seorang penghulu di Pasir Salak dan
juga merupakan seorang pembesar
Berlapan di Perak. Beliau juga
memegang gelaran Orang Kaya-kaya
Maharaja Tun Jana Putra. Beliau
berketurunan Daeng Selili, anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah
III, beliau datang ke Perak dan dilantik
sebagai mufti serta dianugerahkan
gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan
Lela", dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya.

2
- PERISTIWA
PENENTANGAN -
Dato Maharaja Lela bersama-sama orang
Kaya-Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (
Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar
negeri lain telah bermesyuarat di Durian
Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk
merancang perjuangan dan pembunuhan
J.W.W. Birch. Mesyuarat ini telah
dipengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.
Pada 15 Oktober 1875, Gabenor Negeri
Selat William Jervois telah mengishtiharkan
pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato'
Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir
Salak dan bersedia untuk berperang.
J.W.W. Birch dan askar-askar termasuk
jurualih bahasa iaitu Mat Arsyad telah ke
Pasir

3
Salak pada November 1875 untuk
melaksanakan pengishtiharan tersebut.
Mat Arsyad dan pengikutnya telah
diarahkan untuk menampal
pengishtiharan di Pasir Salak bagi
membangkitkan kemarahan penduduk
Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak
Indut telah membunuh Mat Arsyad dan
seterusnya penduduk telah mengamuk
dan menyerang J.W.W Birch dan
askarnya. Melalui serangan tersebut
J.W.W Birch telah ditetak oleh Si Putum.

Berikutan peristiwa tersebut, Dato


Maharaja Lela terlah diburu dan setelah
setahun akhirnya Dato Maharaja Lela
ditangkap dan dijatuhkan hukuman
gantung sampai mati pada 20 Januari
1877 kerana merancang pembunuhan
tersebut.

4
- SEBAB
PENENTANGAN -
1. Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-
pembesar Perak apabila mengharamkan
sistem perhambaan yang menjadi adat
resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan
kemarahan orang Melayu dengan
menyimpan hamba-hamba perempuan di
rumahnya.

2. Memperkenalkan Cukai Baru


Birch bertindak sesuka hati dengan
memperkenalkan cukai baru seperti cukai
padi, perahu atap, senjata dan bayaran
permit untuk membalak. Setiap isi rumah
perlu membayar 2 Dolar sebagai cukai
kelamin.

5
3. Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan Sultan dan pembesar Perak
memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan
Abdullah dipaksa menandatangani surat
penyerahan kuasa kepada British. Kuasa
mentadbir negeri diserahkan kepada
Residen yang berkuasa melantik hakim,
menguruskan cukai dan melantik
penghulu.

4. Mengambil hak mengutip cukai


24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan
Abdullah menandatangani pengisytiharan
yang membolehkan British mengambil hak
mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut
akan diturukan takhta jika enggan
menandatangani pengisytiharan tersebut.
Birch membakar rumah Raja Ngah Orang
Besar Perak kerana meneruskan kutipan
cukai di Bidor.

6
- KESAN
PENENTANGAN
-
Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja
Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut
dan Sepuntum dihukum gantung
sampai mati di Matang, Perak.
Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri ke Pulau Seychelles
di Lautan Hindi. Raja Ismail
dibuang negeri ke Johor.British
tegas menghapuskan kebangkitan
di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah. Dato’ Maharaja Lela
menjadi simbol kepahlawanan
orang Melayu.

7
- IKHTIBAR
PERISTIWA -
1. Kita kena sentiasa perlu
menghormati budaya
tempatan

2. Sultan adalah orang yang


sangat dihormati
dalam budaya Melayu

3. Kita kena sentiasa


bersemangat
mempertahankan negara dari
penjajah asing

8
- KESIMPULAN -
Kedatangan kuasa asing
meneyebabkan berlakunya
penentangan oleh penduduk
tempatan. Ini kerana
penjajah asing datang hanya untuk
mengaut kekayaan
bumi melayu tanpa menghormati
budaya dan sultan
orang-orang Melayu. Kita sebagai
rakyat Malaysia
perlulah mencintai negara dan
perlu mengingati
peristiwa ini untu dijadikan pelajan
supaya bangsa
asing tidak kembali lagi ke negara
kita

9
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai