Anda di halaman 1dari 10

DATO MAHARAJA

LELA PANDAK LAM


PENGENALAN
12 Oktober 1875 – Pada tahun 1875, Sultan Abdullah Sultan Perak di dalam keadaan serba salah
dan dengan desakan J.W.W. Birch terpaksa menandatangani surat persetujuan menyerah kuasa
pentadbiran Negeri Perak kepada Inggeris. Dengan ini bermulalah pentadbiran Inggeris secara
langsung keatas Negeri Perak.

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari , 1874 tidak dapat menyelesaikan
persengketaan politik malah telah merumitkan lagi keadaan politik Negeri Perak. Dalam beberapa
perundingan yang menghasilkan Perjanjian Pangkor, hanya Raja Abdullah dan penyokong-
penyokongnya sahaja yang hadir, sementara Sultan Ismail dan Raja Yusuf iaitu pembesar-pembesar
yang harus terlibat tidak hadir di dalam perjumpaan tanpa dirancang itu. Ini menggambarkan
bahawa Sir Andrew Clark hanya berminat untuk melantik Sultan yang sesuai dengan kehendak-
kehendaknya.

2
Ini menimbulkan kemarahan kepada Sultan Ismail dan Raja Yusuf lalu menyatakan penentangan mereka
terhadap perjanjian itu. Pembesar-pembesar Negeri Perak menyatakan mereka masih belum menyerahkan
kuasa pentadbiran Perak kepada Inggeris. Ini dapat dibuktikan bahawa Sultan Abdullah bukan merupakan
Sultan yang sah kerana Baginda tidak memiliki Regalia (Alat kebesaran) Negeri Perak.

Sementara Sultan Ismail, yang mendapat sara hidup seperti tercatit di dalam Perjanjian Pangkor
menganggap Baginda berhak mewarisi takhta kerana memiliki (Alat Kebesaran). Baginda Sultan Ismail
yang mendapat sokongan dari setengah-setengah pembesar Perak terus menjadi Sultan di Hulu Perak.
Dengan keadaan begini terdapat dua Sultan yang memerintah di Negeri Perak di dalam suatu masa. Raja
Yusuf yang diketepikan oleh perjanjian itu juga menyuarakan Baginda berhak mewarisi takhta.

ADD A FOOTER 3
Inggeris ketika itu yang baru mula melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran Negeri Perak merasa
tidak senang dengan persengketaan itu yang akan menjejaskan dasar kolonialisme dan
Imperialismenya. Bimbang dengan keadaan itu, William Jervois, Gabenor Negeri-Negeri Selat lalu
mengadakan lawatan ke Negeri Perak pada bulan September 1875. Beliau telah menemui Sultan Ismail
dan Raja Yusuf.

Dalam menghadapi masalah itu pihak Inggeris bermain politik kayu tiga. Ini dapat dibuktikan di dalam
pertemuan antara William Jervois dengan Sultan Ismail dimana Sultan Ismail diberi pengakuan akan
dilantik menjadi Sultan Perak kerana persetujuan baginda menerima pentadbiran Inggeris. manakala
Raja Yusuf pula bersetuju Inggeris mengambil alih pentadbiran di Perak kiranya beliau tidak diganggu
dan diberi pendapatan yang lumayan.

4
LATAR BELAKANG
Dato' Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya. Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis
yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan
Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Dato Maharajalela bersama-sama dato Bahaman sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain
seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin,
beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.
Birch) [1] Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh
Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau
didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh
mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau
dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping Perak

5
HASIL KAJIAN
Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama
dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai
Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller
Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian
Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai
1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir
Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak.
Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya
daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang
gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak. Bersama
dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada
ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan
agen British JWW Birch.

6
BIBIBLIOGRAFI

1. Sumber: wajayu.blogspot.com
siangmalam46.blogspot.com
wajayu.blogspot.com
http://www.scribd.com/doc/20392397/Zaman-Penjajahan-PNBM#scribd
Pengajian Malaysia,Edisi Kelima.Oxford Fajar Sdn.Bhd

2. Rujukan: Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development, Pages displayed by permission of
Areca Books. Copyright. By Salma Nasution Khoo, Abdur -Razzaq Lubis
Laman web Perpustakaan Negara Malaysia Diarkibkan 2009-03-21 di Wayback Machine
Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine

7
KESIMPULAN

Kekayaan sumber alam telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita.
Ketiadaan persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan mudah
berjaya menjajah apabila mereka telah cuba untuk campur tangan dengan memihak kepada pihak yang
mereka rasakan berkuasa, dan mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka.

ADD A FOOTER 8
LAMPIRAN

DATO MAHARAJA LELA PANDAK J.W.W Birch


LAM

9
SEKIAN TERIMA
KASIH!

Anda mungkin juga menyukai