Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan rakan seperjuangan saya. Tajuk cerita saya pada
pagi yang mulia ini adalah Dato Maharaja Lela.

Dato Maharaja Lela adalah satu gelaran yang cukup tidak asing dalam
lembaran sejarah negeri Perak yang mana ia bukanlah nama kepada individu
tetapi ianya adalah satu gelaran yang menunjukkan kuasanya.

Kisah pembunuhan J.W.W. Birch yang melibatkan Dato Maharaja Lela di


Pasir Salak amat popular dalam lembaran teks sejarah negeri Perak. Ramai
yang berpendapat bahawa peristiwa itulah merupakan detik bermulanya
kebangkitan orang-orang melayu di Tanah Melayu.

Pada zaman tersebut, nama gelaran Dato Maharaja Lela ini ialah untuk
salah seorang pembesar kelapan negeri Perak. Kini, nama gelaran Toh Seri
Maharaja Lela adalah untuk salah seorang orang besar enam belas negeri
Perak.

Dato Maharaja Lela adalah merupakan poisisi yang paling tinggi di kalangan
Orang Besar Lapan. Mengikut tradisi, peranan Dato Maharajalela adalah
untuk melaksanakan hukuman seperti arahan atau atas perintah Sultan
Perak.

Pasir Salak cukup sinonim dengan kisah sejarah kebangkitan orang


Melayu menentang penjajah British yang melampau batas mengikut
peraturan mereka dan tidak menghormati adat budaya orang melayu.

Di Pasir Salak, Pandak Lam Bin Maharaja Lela Maulud adalah nama sebenar
buat individu yang memegang gelaran Dato Maharaja Lela. Beliau dikatakan
berketurunan Daeng Selili (Haji Besar) yang merupakan putera kepada Raja
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk di Sulawesi.

Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Mudzaffar Shah III (Sultan


Perak ke 15), Daeng Selili telah datang ke negeri Perak dalam tahun 1743
dan telah dilantik sebagai mufti dan telah dianugerah dengan gelaran Dato
Maharaja Lela .Seperti Daeng Selili, Pandak Lam juga telah menerima
gelaran yang sama iaitu Dato Maharaja Lela dan beliau punyai peranan yang
amat penting dalam menentang kerajaan British di negeri Perak.

Pandak Lam adalah antara individu yang terlibat dalam merancang


pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan Residen British pertama di
negeri Perak. Selain itu, antara mereka lain yang terlibat adalah Dato Sagor
dan Ngah Kandin.

Selepas pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak pada tarikh 2


November 1875, Pandak Lam kemudian telah menjadi antara sebagai
individu yang paling dikehendaki untuk ditangkap.
Pihak British telah mengeluarkan tawaran hadiah sebanyak $6,000
pada tarikh 13 Januari 1876 untuk sesiapa sahaja yang berjaya menangkap
Dato Maharajalela dan $3,000 untuk sesiapa sahaja yang menangkap Dato
Sagor dan Pandak Indut.

Pandak Lam kemudian telah ditangkap dan dibicarakan di dalam


mahkamah undang-undang yang pada waktu itu telah dipengerusikan oleh
Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) sewaktu baginda belum memegang takhta
Sultan.

Perbicaraan dalam mahkamah telah berjalan sejak tarikh 14 Disember


1876 hingga 22 Disember 1876 dan Pandak Lam didapati bersalah dan telah
dijatuhi hukuman gantung sehingga mati.

Pandak Lam kemudian telah dihukum gantung sehingga mati pada


tarikh 20 Januari 1877 di Taiping bersama-sama dengan Dato Sagor yang
terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch.

Perjuangan beliau telah memberi impak yang kuat kepada masyarakat


masa kini. Perjuangan beliau membakar semangat jiwa bangsa dan rakyat
untuk terus berjuang demi Negara.

Sekian sahaja…. Bangkitlah bersama-sama mempertahankan ibu pertiwi.


Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai