Anda di halaman 1dari 5

Tan Sri A. Samad Idris.Payung Terkembang.

1990 GELARAN UNDANG Seperti yang kita maklum terutama orang-orang Negeri Sembilan kita amat kenal perkataan Undang iaitu gelaran empat pembesar negeri yang mengetuai Luak masingmasing iaitu Sungai Ujung, Jelebu, Johol dan Rembau. Sebelum itu ia dikenali dengan nama Penghulu yang melahirkan sembilan negeri yang dikenal dengan nama Negeri Sembilan sekarang. Tidak ada juga orang yang mengetahui dengan jelas kenapa dan bila perkataan Undang itu dirasmikan, tarikh dan waktunya, kerana saya amat meminati dalam hal yang berkaitan dengan sejarah yang berkaitan dengannya. Dan di sini dapatlah saya jelaskan bahawa perkataan dan gelaran Undang itu adalah diambil dari Minangkabau juga dan dapat juga diagakkan bahawa perkataan Undang itu adalah berasal dari perkataan Undang-Undang. Saya telah berbincang panjang dengan beberapa orang Datuk Lembaga di Minangkabau dan didapati adalah benar di Minangkabau juga perkataan Undang ini diperkenalkan. Di akhir rencana ini saya perturunkan tulisan Datuk Lubuk Sati mengenai perkataan Undang ini dan saya berkeyakinan bahawa perkataan Undang-Undang itu diambil dari Minangkabau cuma yang menjadi tanda tanya dan belum juga mendapat jawapan hingga sekarang bila dan waktunya perkataan itu ditukar dari Penghulu kepanda Undang tetapi dapat saya yakini bahawa ia mula digunakan setelah Inggeris campur tanagn dalam perjanjian di antara Undang dengan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhammad pada tahun 1898 perkataan Undang sudah digunakan. Meskipun di negeri-negeri beraja yang lain seperti Perak dan Pahang mempunyai Orang Besarnya, tetapi tidaklah bergelar Undang. Perak dan Pahang yang pernah ditakluki oleh Kerajaan Melayu Acheh terdapat gelaran Orang Besar Empat, Orang Besaar Delapan, Orang Besar Enam Belas, dan Orang Besar Tiga Puluh Dua dalam susunan pembesar-pembesarnya sebagai wakil raja di daerah-daerah yang diberi kuasa oleh raja mentadbirkan daerah-daerah berkenaan. Orang Besar Empat pula boleh disamakan dengan anggota kabinet inti bagi raja mengadakan perbincangan dan kerapatan. Biasanya perbincangan atau kerapatan ini diadakan di balai yang dikenali dengan panggilan Balairong Seri (sehingga sekarang nama tersebut masih dikekalkan) Begitu juga Orang-Orang Besar Delapan mungkin juga dapat diibaratkan sebagai anggota kabinet bagi istilah sekarang. Walau bagaimanapun, biasanya raja mempunyai kuasa pemutus. Jarang sekali Datuk-Datuk dan Orang Besar ini menyanggah titah raja. Kerana itu biasa desebut dalam kata-kata bahasa dalam atau bahasa istana: Jika raja bertitah maka Orang-orang Besar akan menjunjungi dengan bertimpuh di hadapan raja sambil menyembah dengan katanya, Titah Tuanku terjunjung di atas batu jemala patik.

Tan Sri A. Samad Idris.Payung Terkembang.1990 Boleh dikatakan tidak ada yang menyanggah titah raja melaikan patuh dan taat setia selalu. Ini ber makna Orang Besar mestilah hormat kepada raja; hormat bererti boleh disuruh arah; kerana itu pemerintahan raja-raja di zaman dulu, malah kita harus mengakui secara jujur, ada waktu-waktunya melakukan kezaliman dan penganiayaan, kurang budi bicara dan kurang teliti sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman, ungkapan kata. Siapa kuat dialah kudrat, siapa gagah dialah gah, menjadi buah mulut di mana-mana waktu itu. Atas sebab-sebab inilah sering terjadi pergaduhan, keris bersilang di dada, dan Orang-orang Besar juga menggunkan kuasa dengan sewenag-wenagnya seperti kata perbilangan Melayu: beraja dihati bersultan di mata. Kerana itu janganlah kita hairankan mengapa penjajah barat begitu mudah mengalahkan Kerajaan Melayu di mana-mana juga di Alam Melayu ini, disebabkan ada di antara Orang-orang Besar ini dan pedagangpedagang India bersikap talam dua mukaseperti yang digambarkan dalam buku Sejarah Melayu di zaman pemerintahan Sultam Mahmud Shah di Melaka. Akibatnya Kerajaan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis dalam tahun 1511. Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam sejarah Temasik dam tahun 1337, apabila Sang Rajuna Tapa, Orang Besar yang bergelar Penghulu Bendahari (atau sekarang ini Menteri Kewangan) kerana sebab membalas dendam tergamak membuka pintu kota bagi memudahkan tentera-tentera musuh dari Majapahit mengalahkan Temasik. Sultan Iskandar yang memerintah Temasik terpaksa berkelana membawa diri, kononnya hingga sampai ke Melaka. Tetapi mengapa gelaran Orang Besar di Negeri Sembilan dipanggil Undang? tidak ada terdapat fakta secara bertulis di man-man buku rujukan pun mengenai gelaran ini, sama ada bertulis dengan berupa teromba atau pun secara lisan dari mulut ke mulut. Saya telah banyak bertanya kepada orang tua-tua dulu mengenai asal-usul gelaran Undang ini, namun tidak ada penjelasan yang tepat mengenainya. Malah di Pagar Ruyung sendiri tempat asal Negeri Sembilan itu dikenali sebagai Orang Besar Empat Balai saja tidak bergelar Undang. Orang Besar Empat Balai ini dipanggil Datuk juga seperti pembesar-pembesar Melayu yang lain. Waktu saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1955 hingga 1969, terutama sekali dalam tahun 1964-1969, saya telah cuba mencari fail-fail lama dan gazet-gazet kerajaan yang diwartakan, sayangnya semua dokumen berkenaan tidak ditemui lagi. Bagaimanapun saya dapat mengagakkan dari kajian dan penelitian di samping andaian-andaian., kemungkinan gelaran Undang itu terbitnya dari perkataan undangundang. Jika andaian ini benar dapatlah kita duga bahawa timbulnya perkataan Undang itu setelah Inggeris campur tangan dalam pemerintahan Negeri Sembilan di ahkir kurun ke-19, dan sewaktu penyatuan semula sembilan luak yang menjadikan sempena nama Negeri Sembilan. Di sinilah beberapa pertanyaan harus dicari jawapannya:

Tan Sri A. Samad Idris.Payung Terkembang.1990 Pertama Kedua : Bila waktunya gelaran ini dirasmikan. : Siapa yang bertanggungjawab menukar gelaran ini dari nama Penghulu.

Ketiga : Biasanya satu-satu gelaran itu dikurniakn oleh Raja, jika benar siapakah Rajanya yang mengurniakan gelaran ini. Keempat : Seperti yang kita ketahui ada tiga orang anak Raja dari Minangkabau yang dijemput seperti yang disebutkan di awal tadi, apakah gelaran Undang ini dibawa bersama oleh salah seorang dari anak-anak raja ini? Inilah jawapan yang perlu dicari bersama.

Sebelumnya Datuk-Datuk yang memegang teraju Luak ini bergelar Penghulu Luak saja. Gelaran ini masih kekal sehingga sekarang kepada lima Luak di Tanah Mengandung di Kuala Pilah selain dari empat Luak yang sudah bergelar Undang. Lima Luak yang mengekalkan gelaran Penghulu Luak itu ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Penghulu Luak Hulu Muar Penghuu Luak Jempol Penghulu Luak Terachi Penghulu Luak Gunung Pasir Penghulu Luak Inas

Manakala empat Luak yang sekarang ini menggunakan gelaran Undang itu merupakan Orang Besar Empat bertaraf Ruler berkuasa penuh di Luak masing-masing ialah: 1. 2. 3. 4. Undang Luak Sungai Ujung Undang Luak Jelebu Undang Luak Johol Undang Luak Rembau

Saya berkeyakinan gelaran undang sebelum kedatangan British ialah Penghulu Luak berdasarkan kepada terombo Jelebu yang menyebut gelaran kepada undangnya yang pertama ialah Penghulu Moyang Salleh, gelaran itu kekal hingga Dato Penghulu Syed Ali yang kemudiannya bergelar Undang Luak. Dato Penghulu Syed Ali inilah yang bertanggungjawab membawa masuk Inggeris ke Luak Jelebu, begitu juga dengan LuakLuak Sunagi Ujung, Johol dan Rembau, malah ada orang-orang tua yang masih lagi memanggil Undang itu Penghulu hingga sekarang (gelaran Datuk Penghulu juga terdapat di Minangkabau). Menurut cerita yang saya dengar dari Datuk-datuk Penghulu Luak yang tua-tua dulu ( sekarang ini sudah pun meninggal dunia), gelaran Penghulu Luak di lima Luak di Tanah Mengandung juga diberi gelaran Undang Luak. Bagaimanapun gelaran tersebut dihapuskan kemudiannya setah dibantah oleh Undang Luak Sungai Ujung sewaktu

Tan Sri A. Samad Idris.Payung Terkembang.1990 disandnag oleh Datuk Kelana Makmur (1889-1945), setelah penyatuan kembali Negeri Sembilan dibuat melalui perjanjian tahun 1898. Alasan Datuk Kelana Makmur ialah, lima Luak Tanah Mengandung terletak dibawah pentadbiran dan kuasa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Seri Menanti, mana kala empat Luak yang hingga sekarang bergelar Undang mentadbir hal ehwal adat dan agama di tangan Undag Luak masing-masing dengan tidak payah merujuk kepada Yang Dipertuan Besar. Mamadailah mereka merujuk kepada Residen British saja mengikut perjanjian tersebut. Dalam erti kata lain kedudukan dan taraf empat Luak yang bergelar Undang itu lebih tinggi dari lima Luak Lingkungan Tanah Mengandung yang bergelar Penghulu. Sedebabkab gelaran asalnya Penghulu Luak maka dikembalikanlah semula gelaran tersebut kepada mereka hingga kekal sekarang ini dikenali Penghulu Luak, untuk membezakan dengan empat Undang Luak yang mempunyai hak dan kuasa lebih dalam Luak masing-masing. Sedangkan Penghulu Luak di Tanah Mengandung terpaksa merujuk terlebih dahulu kepada raja sehubungan dengan masalah adat dan agama. Mereka tidak boleh bertindak seperti Undang Yang Empat di Luak masing-masing. Bagaimanapun di ahkir-akhir ini dalam perbincangan saya dengan Bapak Datuk Bandahara Lubuk Sati dalam menghuraikan perkataan Undang ini sudah agak jelas, cuba ikuti seterusnya tulisan beliau di bawah ini: Undang dan Undang-Undang Istilah Undang-Undang di Minangkabau disebut hanya Undang saja. Umpamanya Undang-Undang Simumbang hanya disebut Undang Simumbang Jatuh. Yang lain ialah Undang Si Gamak-Gamak dan Undang Si Lama, samapai ke Undang Tarek Balas dan Undang Nan XX. Tetapi hanya disebut Undang saja. Selain itu masih ada sebutan Undang Negeri, Undang Dalam Negeri, Undang Luak dan Undang Alam. Bahawa semua itu mengandungi kaidah aturan yang mengatur sesuatu. Pasa peringkat awal yang mengayom aturan-aturan itu ialah pemimpin adat seperti Penghulu dengan semua perangkatnya seperti Manti, Malin dan Dubalang serta Bundo Kandung yang berfungsi pada hakikatnya sebagai Kitab Undang-Undang itu. Sebab Bundo Kandunglah yang selalu menyimpan, memelihara, melaksanakan dengan arif bijaksana, menurunkan sebagai pelajaran kepada anak-anak buahnya, kerananya pula Bundo Kandung disebut IBU SAKO. Erti kata adalah orang yang mempunyai wewenang dan penyimpan pusaka turun temurun. Lama kelamaan Undang sebagai aturan itu beransur berubah arah maknanya kepada subjek undang-undang itu iaitu kepada orang pengayomnya. Diperkuat lagi setelah masuknya pengaruh Barat ke Indonesia yang sekali gus berusaha menitipkan kuasanya terhadap pelaksanaan Undang-Undang Adat Minangkabau. Maka di atas aturan

Tan Sri A. Samad Idris.Payung Terkembang.1990 Adat yang di pegang oleh Penghulu disebutlah Undang Keadilan, iaitu semua ketentuan aturan mengenai pemerintahan umum yang dilahirkan oleh cerdik pandai yang dipimpin oleh kekuasaan orang Barat (Belanda). Maka pada period akhir makna daripada Undang itu difahamkan oleh masyarakat ramai ialah orang cerdik pandai yang memerintah, di mana daripadanya dapat diminta semacam keadilan bilamana terdapat perselisihan faham dalam mengamalkan aturan Adat istiadat yang berlaku antara anak buah mahupun di antara pemimpin adat yang dianggap tidak terselesaikan oleh kaedah aturan adat lama pusaka usang itu. Hal mana pula disebabkan kerana kaedah hukum adat sudah pula dimasuki oleh Hukum Barat menurut kepentingan politik kolonial masa itu, dengan alasan peraturan Hukum Adat tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri. Hal demikian dinyatakan bila ianya telah terlebih dahulu memasukan politik pecah belahnya tehadap masyarakat Adat Minangkabau itu. Semenjak masa itu pula makna sebutan Undang beransur berubah makna daripada semula sebagai objek (batang tubuh Undang-undang) menjadi subjek (pemegang kuasa undang-undang). Dapatlah disimpulkan bahawa sebutan pertama daripada undang-undang itu hanya Undang sahaja dan fahamnya ialah aturan-aturan hukum adat. Kemudia berubah secara beransur dengan sebutan yang sama yang bermakna serta difahamkan sebagai pembuat undang-undang atau pemegang kuasa daripada Undang-undang, iaitu orangorang yang cerdik pandai yang mampu memikir membuat undang-undang dan orang yang mentadbirkan atau menjalankan pemerintahan negeri dan bertindak sebagai pemegang keadilan.

Anda mungkin juga menyukai