Anda di halaman 1dari 2

Madrasah Ramadan

Kita bersyukur masih lagi diberi kesempatan dan masa untuk berada di dalam
bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini yang menjadi Madrasah
atau tempat Latihan Kerohanian untuk menjadi insan yang bertakwa kepada
Allah.
Bulan Ramadan sudah pasti bulan yang sangat berbeza dengna bulan yang lain.
Perbezaannya itu bukan sahaja kita dapat rasai secara peribadi dalm diri kita,
malah suasana disekeliling kita juga berbeza kerana semua makhluk yang lain
sama sama turut mendapat kerahmatan dan keberkatan bulan yang mulia.
Sudah tentu apabila ini berlaku , kita sendiri haruslah mengambil peluang ini
untuk
Masih ada berbaki 20 hari lagi , untuk kita menekan gear kelajuan dalam erti
kata semangat dalam melakukan ibadat akan lebih kuat, banyak dan lebih
berkualiti berbanding hari hari sebelumnya. Kesempatan masa terbaik inilah
kita Kembali membuat perhitungan@muhasabah, terhadap ibadah puasa dan
ibadah 2 yang lain yang telah berlalu beberapa hari yang lepas untuk kita
membuat penambahbaikan dengna melihat Kembali sukatan@sillibus
Ramadan yang sepatutnya kita penuhi untuk mendapatkan anugerah
kecemerlangan dan kemenangan berbentuk “Takwa” yang dijanjikan Allah.

Bermula dari niat pada malam hari bukan sekadar kita mengucapkan nawaitu…
Akan tetapi niat kita itu perlu dilengkapi dengan tekad dan azam yang kuat
untuk melaksanakan ibadah puasa esoknya dengan bersungguh sungguh
sehingga mencapai taraf khususul khusus yakni puasa yang bukan hanya
menahan diri dari lapar dan dahaga akan tetapi puasa Zahir dan batin.
Puasa Zahir menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang
membatalkan puasa manakala puasa batin melibatkan sifat kerohaniaan
dalaman yang melahirkan tingkah laku pancaindera seperti pertuturan,
penglihatan , pendengaran, pemikiran dan pergerakan anggota badan yang
lain.

Anda mungkin juga menyukai