Anda di halaman 1dari 29

MENGAPAKAH INDIVIDU/KOMUNITI &

MASYARAKAT/ORGANISASI MENJALANKAN/TERLIBAT
DALAM AKTIVITI / KERJA SUKARELA ?

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 2
3 5

1
1 4
1

6
10
7

6
9
8 7
3
Kesukarelawanan:
Suatu konsep dan amalan berkaitan dengan
sumbangan atau perkongsian masa, sumber,
pengetahuan, kemahiran/kebolehan, pengalaman
dan sebagainya yang dilaksanakan secara sukarela
Azizan (2016:1)
TIGA KOMPONEN UTAMA KESUKARELAWANAN

KERJA SUKARELA SUKARELAWAN SEKTOR SUKARELA

• Tindakan, • Manusia individu • Bentuk2


kegiatan, atau kumpulan pemuafakatan
khidmat yang yang terlibat/ atau organisasi
dilakukan secara melakukan kerja sukarela meliputi
sukarela sukarela kumpulan atau
kelompok,
rangkaian/
jaringan,
pertubuhan,
pergerakan dan
sebagainya yang
terlibat dalam
kerja atau
tindakan sukarela
PERANAN, TUJUAN & MATLAMAT

Kesukarelawanan Peranan/ Tujuan-tujuan Matlamat


Sumbangan

 Keprihatinan
sosial
 Penyertaan/
penglibatan
 Kerjasama
 Patriotisme
 Kasih sayang
 Kerja sukarela  Pembangunan MASYARAKAT YANG
 Kerukunan
 Sukarelawan sosial & SEJAHTERA &
hidup
 Sektor sukarela ekonomi BERTAMADUN
 Persefahaman
 Kelestarian alam
dan kepaduan
 Demokrasi
 Pemerkasaan
rakyat dan
sebagainya
KONSEP DAN TEORI DORONGAN (MOTIVASI)

KESUKARELAWANAN
KESUKARELAWANAN

KULIAH PERTAMA

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 7
Huraian umum tentang dorongan dan kecenderungan melakukan kerja
sukarela:

1. Altruisme, Naluri kebaikan  mendapat kepuasan dalaman


2. Amal jariah, ajaran agama/sistem kepercayaan
3. Rasa sepunya (sense of belonging)
4. Idealisme (cita2 organisasi/gerakan, perjuangan dsb.)
5. Nilai2 budaya, tradisi dlm. masyarakat
6. Nilai2 sejagat (kemanusiaan, keadilan, kebebasan dll.)

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 8
ALTRUISME

 Konsep mula diperkenalkan oleh Aguste Comte (abad ke-19) (Perancis).

 Altruisme = orang lain ( autri) dalam bahasa Perancis.

 Tindakan yang dilakukan bukan untuk kepentingan diri, tetapi pihak lain.
Suatu kepuasaan dalaman.

 Lahir dari dalam diri seseorang itu sendiri.

 Suatu bentuk pengorbanan untuk orang lain.

 Atruisme berbeza dengan kewajipan dan obligasi.


SSWP1033 KESUKARELAWANAN 9
AMAL JARIAH

 Amal jariah dalam agama Islam, atau konsep berbuat baik sesama manusia dalam
agama dan sistem kepercayaan lain.

 Dianggap amalan yang berkekalan dan mendapat pahala/kebaikan

 Dorongan/motivasi bagi sukarelawan ialah seperti pelaburan bagi peningkatan :-


 Ilmu pengetahuan
 Kemahiran.
 Kesihatan (Moore, 1995)

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 10
Rasa sepunya – suatu keperluan manusia untuk bersama2 dengan kumpulan yang
disenangi yang memberikan dorongan dan kegembiraan.

Idealisme – cita2 atau aspirasi ke arah sesuatu yang murni dan memberi makna dalam
kehidupan seperti yang dapat dilakukan melalui organisasi/gerakan, perjuangan dsb.

Nilai2 budaya atau tradisi dlm. masyarakat yang dihargai, dujunjung tinggi.

Nilai2 sejagat (universal) seperti kemanusiaan, keadilan, kebebasan yang diterima luas
sebagai cita2 dan sasaran masyarakat sedunia demi kebaikan-kesejahteraan bersama &
ketamadunan.

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 11
Kini, kita cuba menerangkan “mengapakah seseorang melakukan kerja
sukarela” berdasarkan beberapa teori berikut:
(Baca: Kesukarelawanan (2016), Bab 8,
Teori-teori Dorongan (Motivasi) Sukarelawan

1. Teori-teori dorongan (motivasi) tunggal sukarelawan


2. Pendekatan fungsionalis (functionalism)
3. Teori klasikal Barker tentang faktor-faktor dorongan

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 12
(1) Teori-teori dorongan tunggal (single focus
motivational theories)

a) Teori sosialisasi (socialization)


b) Teori aktiviti
c) Teori utiliti (utility theory)
d) Teori sumber manusia
e) Teori pertukaran (exchange theory)
f) Teori tiga faktor – motif pencapaian, motif afiliasi, motif
kuasa (achievement/affiliation/power motives)

SSWP1033 KESUKARELAWANAN 13
SOSIALISASI

Kanak-kanak menerima nilai daripada ibu bapa dan rakan-rakan (nilai, budaya
etc)

Mempengaruhi, membentuk sikap dan tingkah laku

Ibu bapa yang terlibat dalam kerja sukarela turut mendorong anak-anak menjadi
sukarelawan

SSWP1033 KESUKARELAWANAN
14
TEORI AKTIVITI

Diperkenalkan Havighurst et al, 1963; lebih menumpukan kepada warga tua.

Seseorang menjalani penuaan (ageing) dengan lebih selesa sekiranya terus aktif
melakukan sesuatu, dan berinteraksi (bersosial)

SSWP1033 KESUKARELAWANAN
15
TEORI UTILITI

Dicadangkan seawal tahun 1700-an oleh Daniel Bernoulli

Mengaitkan dorongan (motivasi) dengan usaha memaksimumkan utiliti (penggunaan)


untuk suatu kepuasan (menghasilkan suatu keceriaan, mengurangkan tekanan,
keyakinan diri meningkat, penghargaan pada diri).

Orang mengagihkan sumber dalam sesuatu kegiatan dengan cara yang membolehkan
utiliti terbaik (kepuasan) dicapai.

SSWP1033 KESUKARELAWANAN
16
TEORI SUMBER
MANUSIA

Teori sumber manusia (human resource theory) melihat dorongan (motivasi)


sebagai pelaburan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kesihatan dsb.
(Moore, 1985).

Keputusan melakukan kerja sukarela (menurut para penyelidik) didasarkan pada


pertimbangan kos-faedah dan oleh yang demikian, kemampuan
melakukan/terlibat dalam sesuatu kegiatan ditentukan oleh sumber-sumber
yang ada (Wilson, 2000).

SSWP1033 KESUKARELAWANAN
17
TEORI PERTUKARAN

Teori pertukaran (exchange theory) melihat seseorang melakukan kerja sukarela


kerana didorong oleh keuntungan sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan
kewangan (Moore, 1985).

Teori pertukaran menekankan idea pulangan (rewards) melebihi kos.

SSWP1033 KESUKARELAWANAN
18
TEORI PERTUKARAN

Teori pertukaran (exchange theory) melihat seseorang melakukan kerja


sukarela kerana didorong oleh keuntungan sama ada dalam bentuk kewangan
atau bukan kewangan (Moore, 1985).

Teori pertukaran menekankan idea pulangan (rewards) melebihi kos.

SSWP1033 KESUKARELAWANAN
19
TEORI TIGA FAKTOR

Dorongan disebabkan tiga faktor, iaitu: motif pencapaian, motif afiliasi (penggabungan), dan
motif kuasa.

PENCAPAIAN
Untuk kejayaan. Sukarelawan gemar mengambil tanggungjawab, berinovasi dan
mementingkan kecemerlangan.
AFILIASI
Lebih mementingkan perhubungan dan persahabatan (ingin bersama orang)
KUASA
Fokus kepada dampak dan pengaruh , mementingkan status dan reputasi, suka
memberi nasihat dan memenangi hujah.

20
(2) Pendekatan fungsionalis (functionalism)

Teori2 dorongan tunggal dikatakan tidak memadai – mungkin terdapat beberapa faktor (bukan
tunggal/satu) yang mendorong sesuatu tindakan; individu2 yang melakukan sesuatu
tindakan yang sama tidak semestinya didorong oleh faktor yang sama – oleh yang demikian
diperlukan teori yg lebih holistik bagi menerangkan dorongan…

Pendekatan fungsionalis (sosiologi) menghuraikan fenomena sosial daripada segi fungsi atau
tujuan yang dipenuhi dalam sesuatu sistem sosial (Ting Chew Peh, 1985).

Didasarkan pada analogi dengan organisme biologi.. Masyarakat manusia terbentuk drp bahagian-
bahagian yang saling berkaitan dan memerlukan bagi kelangsungan hidupnya (survival).

Teori ini digunakan ahli psikologi untuk memahami sahsiah individu yang dikaitkan dengan tingkah
laku sosial (kerana tingkah laku individu merupakan fungsi atau dipengaruhi oleh nilai2 dan
norma masyarakatnya).

21
… pendekatan fungsionalis

Mengenal pasti beberapa sifat (traits) yang dianggap penting bagi individu dalam
usaha mencapai ikatan dan kebahagian sosial, berusaha mempromosi
sifat/ciri khas diri, mengiktiraf atribut yang dihargai orang etc.

Beberapa jenis fungsi atau keperluan psikologi telah dikenal pasti (Katz, 1960,
Smith et al, 1956, dipetik Jiampao, 2009) ialah:

a) Fungsi ilmu
b) Fungsi ekspresi
c) Fungsi pertahanan ego
d) Fungsi utilitarian
e) Fungsi penyesuaian sosial
(lihat Azizan, 2016:55-57)

22
(3) Teori Klasikal Barker

Barker (awal 1990-an) mengemukakan tiga pembezaan klasik tentang motif (tujuan) dorongan
dalam kerja sukarela. Tiga motif dorongan tersebut ialah: Motif altruisme, Motif
instrumental, dan Motif Obligasi.

a) Motif altruisme (altruistic motive)


Motif ini meliputi idea kesetiakawanan bersama2 golongan miskin, perasaan belas
kasihan terhadap mereka yang memerlukan, mengidentifikasikan diri dengan golongan
menderita, dan harapan dan maruah diri kepada yang terpinggir.

b) Motif instrumental (instrumental motive)


Motif instrumental termasuk mencari pengalaman dan kemahiran baharu, melakukan
sesuatu yang berfaedah pada masa lapang, kepuasan peribadi.

c) Motif obligasi (obligation motive).


Meliputi tanggungjawab moral dan agama, sumbangan kpd komuniti setempat,
membalas budi kpd masyarakat, dan tugas politik untuk perubahan.

23
Kegiatan/kerja sukarela juga dilakukan oleh pihak swasta/korporat, agensi atau
perbadanan awam, serta kumpulan dan pertubuhan sukarela yang didorong
oleh pelbagai faktor faedah (manfaat) dan kepentingan masyarakat.

Bagi pihak swasta/korporat dan perbadanan awam usaha sukarela ini lebih
dikenali dengan istilah “tanggungjawab sosial korporat” atau corporate
social responsibility (CSR).

Pertubuhan sukarela turut bergiat dalam pelbagai bidang kegiatan sukarela yang
melibatkan ahli-ahli serta masyarakat umum.

24
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

• CSR (corporate social responsibility) suatu bentuk tanggungjawab sosial atau


sumbangan sosial yang dilaksanakan oleh syarikat dan perbadanan tertentu.

• Antara tujuannya: membina kepercayaan dan keyakinan orang awam/ramai


terhadap syarikat/organisasi/agensi melalui kegiatan/program komuniti,
termasuk melibatkan penyertaan staf organisasi dan anggota komuniti.

• Contoh: pendidikan, sukan dan rekreasi, perlindungan alam sekitar, khidmat


komuniti..

25
26
https://www.youtube.com/watch?v=IKMtbEezezg
Samsung Corporate Social Responsibility: Introducing the Internet to Disadvantaged
African Youth

https://www.youtube.com/watch?v=YgFMD7fwInM
Tesco Malaysia CSR - Helping Children with Leukemia (2012)

https://www.youtube.com/watch?v=uBQsIdE4da0
ASTRO Kasih Beautiful Malaysia 2013

27
SOALAN PERBINCANGAN

• Adakah kerja sukarela dilakukan secara spontan atau terancang?


• Adakah kerja sukarela hanya boleh dilakukan oleh mereka yang
mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh?

28
SILA BACA KESUKARELAWANAN, BAB 1 & BAB 2

Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai