Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

KONSEP
KESUKARELAWANAN
Dr. Nurzaimah binti Asalal
Jabatan Pengajian Malaysia
Fakulti Sains Kemanusiaan
Email: nurzaimah@fsk.upsi.edu.my
PENGENALAN
• Pelajar perlu fahami terma:
i. Sukarela
ii. Sukarelawan
iii. Kesukarelawanan
• Kesukarelawanan berasal daripada perkataan voluns
bermaksud pilih atau velle yang bermaksud kehendak
dan kemahuan untuk menghulurkan bantuan kepada
orang lain
DEFINISI KESUKARELAWANAN

• Terdapat pelbagai definisi berkenaan dengan kesukarelawan, antaranya:


i. Bezruchka (2000), mendefinisikan kesukarelawanan atau dikenali
volunteerism adalah berasal daripada kata kerja volunteer iaitu kata
kerja ini sering digunakan dalam konteks perkhidmatan tentera
disebabkan oleh keperluan kepada khidmat negara terhadap seseorang
warganegara.

ii. Beliau juga mendefinisikan sukarelawan sebagai kerja-kerja amal dan


kebajikan yang dihulurkan adalah tanpa mengharapkan apa-apa balasan
sama ada berbentuk upah, bayaran atau pertukaran barangan.
iii. Azizan Bahari (2018) mendefinisikan kesukarelawanan sebagai khidmat
secara sukarela iaitu suatu kegiatan menolong yang dilakukan dengan
ikhlas dan rela hati, tanpa paksaan tanpa mengharapkan balasan, serta
bertujuan memberi manfaat kepada pihak-pihak terlibat.
iv. Bermaksud sesuatu tingkahlaku atau sumbangan yang dilakukan dengan
disedari dengan pilihan diri seseorang tanpa didorong, dipaksa atau
didesak oleh mana-mana pihak.
v. Kerja sukarelawan juga suatu kerja atau khidmat atau tindakan yang
seharusnya dilakukan secara sedar, terancang dan bersungguh-sungguh.
CIRI-CIRI KESUKARELAWANAN
FALSAFAH SUKARELAWAN

• Falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian yang dianggap


sebagai ilmu yang tertinggi berdasarkan ilmu-ilmu lain. Selalunya falsafah
idea daripada golongan bijaksana dan berbicara tentang manusia dan
kemanusiaan.
• Falsafah Plato dan Socrates ini sering digunapakai dalam amalan
kesukarelawanan kerana falsafah ini menekankan aspek hidup
bermasyarakat dan saling membantu sesama manusia.
• Membantu anggota masyarakat yang memerlukannya di dalam apa jua
bidang dan dengan apa jua cara yang tidak bercanggah dengan undang-
undang dan batasan moral masyarakat.
• Ajaran Plato tentang etika kurang lebih mengatakan bahawa manusia dalam hidupnya
mempunyai tujuan hidup yang baik, dan hidup yang baik ini dapat dicapai dalam
masyarakat. Begitu juga Yunani Kuno iaitu hidup sebagai manusia yang mampu
mendatangkan kebaikan dalam masyarakat, mereka berpandangan bahawa negara hanya
berdasarkan nomos atau adat kebiasaan saja dan bukan physis atau kudrat.
• Plato menganggap bahawa manusia menurut kudratnya merupakan makhluk sosial,
dengan demikian manusia perlu hidup dalam masyarakat atau Negara.
• Falsafah ini dapat memberi kefahaman dalam hidup bermasyarakat ini, sukarelawan
adalah penting iaitu sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan.
KESUKARELAWANAN DARI
PERSPEKTIF AGAMA
• Dari sudut pandangan agama islam:
i. Islam sangat mengambil berat dalam urusan bantu
membantu dan tolong menolong dalam membuat
kebajikan.
ii. Setiap amal sosial yang mempunyai manfaat adalah
termasuk di dalam kategori ibadah yang utama.
iii. Niat untuk melakukan kebaikan dan bukan untuk
mendapatkan pujian atau pujaan
• Dari sudut agama lain:
i. Dalam tradisi Buddhisme, Buddha telah
memberikan doktrin serta nasihat tentang
empat perkara asas. Satu daripada asasnya
adalah Syaga iaitu mengamalkan kebajikan
serta kemurahan tanpa penumpuan dan
kegilaan kepada kekayaan material semata-
mata.
KERJA SUKARELA PERINGKAT
LOKAL DAN GLOBAL
• Kegiatan sukarela dalam kalangan masyarakat Malaysia telah
lama berakar umbi.

• Istilah gotong royong – dimana masyarakat berganding bahu


menjalankan aktiviti untuk kebaikan bersama.

• Hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan


budaya menyayangi menjelang 2020.

• Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak.


• Zaman dunia global, kesukarelawanan perlu memainkan peranan
yang lebih besar

• Cabaran ekonomi global lebih kompetitif

• Setiap individu perlu memainkan peranan yang lebih optimal


tanpa mengharapkan bantuan kerajaan dan pihak swasta untuk
membangunkan masyarakat
• Sektor sukarelawan perlu memainkan peranan yang lebih menonjol dalam
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sebagai sokongan
perkhidmatan awam dan swasta yang tidak mungkin dapat memikul
tanggungjawab yang akan bertambah mencabar dalam masyarakat.

• Oleh sebab itu, kini banyak NGO, Persatuan, golongan artis serta individu
yang berkemampuan sedia menyediakan khidmat ini dan bertindak
sebagai sukarelawan.

Anda mungkin juga menyukai