Anda di halaman 1dari 15

UNSUR DAN SEKTOR

KESUKARELAWANAN
Mohamad Basri Bin Jamal
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Emmail: basri.jamal@fsk.upsi.edu.my
Tel: 014-2495237
UNSUR DAN SEKTOR
KESUKARELAWANAN
• Terdapat beberapa elemen penting yang perlu
difahamai oleh seseorang sukarelawan agar
kegiatanyg dilakuan benar-benar mencerminkan
semangat kesukarelawan:
i. Niat (nawaitu) yang suci bersih
ii. Altruisme
iii.Komitmen
iv.Kerelaan
v. Keinginan mendalami ilmu
vi.pengorbanan
Niat (Nawaitu)
• Sesuatu perlu dimulakan dengan niatagar apa yang
dilakukan adalah untuk memberikan manfaat kpd orang
lain
• Sesuatu kebaikan yg dilakukan bukan kerana Allah, maka
apa yang dilakukan mungkin sia-sia (tidak mendapat
ganjaran drp Allah s.w.t)
• Cth: melakukan kebaikan tetapi mengungkit – maka
semua jadi sia-sia malah mungkin dapat dosa pula
• Dalam surah al-Baqarah ayat: 261, Allah berfirman
maksudnya “…perumpamaan seseorang yg berbelanja di
jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang
mengeluarkan tujuh tangkai, dan setiap tangkai
mengeluarkan seratus biji benih”.
Altruisme
• Komitmen tanpa kepentingan diri terhadap orang lain dan/
atau untuk kebaikan masyarakat
• Mana-mana aktiviti yg dilakukan untk mendapatkan
imbuhan atau balasan dianggap bukan sebagai
kesukarelaan tulen
• Seseorang sukarelawan selalu mendapat banyak faedah
drp kerja sukarela yg tidak semestinya dlm bentuk material
seperti pelbagai imbuhan yg sama dgn nilai wang; makanan
dan minuman; yuran pendaftaran; penggunaan peralatan;
diskaun pembelian barangan; dll
• Semua imbuhan ini menyediakan peluang utk
pertumbuhan diri dan kerjaya seseorang
• Ini bermakna tidak ada altrusime tulen tetapi altrusime yg
bersifat relatif
Komitmen
• Tidak mungkin kerja sukarel boleh dilakukan dgn
sempurna tanpa komitmen dan kesungguhan yg
tinggi dalam kalangan sukarelawan
• Berdasarkan pemerhatian biasanya sukarelawan
memberi komitmen yang berbeza-beza
• Ada yang komited terhadap tujuan utk memenuhi
keperluan individu manakala yg lain lebih berfokus
kpd keadilan sosial sejagat
• Komitmen dan kesungguhan yg tinggi pd diri
sukarelawan akan memberi impak yg besar dan
bermakna kepada masyarakat dan negara
Kerelaan
• Apa juga tindakan yg dilakukan adalah atas
kemahuan diri sendiri tanpa paksaan dari
orang lain sama ada individu, kumpulan atau
organisasi
• Dlm organisasi formal mungin ada sedikit
elemen suruhan atau gesaan tetapi organisasi
tidak formal, kerelaan sepenuhnya adalah
diperlukan
Keinginan Mendalami Ilmu
• Ilmu sama ada ilmu baharu atau ilmu yg
selama ini telah dilaukan
• Melalui kerja sukarela seseorang sukarelawan
mampu mendapat pengetahuan, kemahiran,
sikap dan kepercayaan melalui cara formal
atau tidak formal
• Oleh itu, seseorang sukarelawan perlu belajar
untuk terus mempertingkatkan ilmu & amal
kebaikan dalam kehidupannya
Pengorbanan
• Seseorang sukarelawn perlu sanggup berkorban bagi
memastikan sumbangan sukarela yang berkesan dan
bermakna dalam kehidupan diri sendiri atau orang
lain
• Pengorbanan penting dan menjadi lebih ketara dlm
keadaan kecemasan dari keadan normal
• Semangat berkorban atau sekurang-kurangnya
memberi adalah perlu bagi mewujudkan keikhlasan
yg lebih mendalam
• Bentuk pengorbanan mungkin dlm bentuk tenaga,
kewangan, masa, dll
SEKTOR KESUKARELAWAN
• Sesebuah masyarakat yang bergerak maju diibaratkan seperti
kereta yang memerlukan 4 roda agar mantap dan berdaya maju
sepenuhnya:
i. Roda pertama adalah sektor kerajaan atau sektor awam
(menyediakan dasar, perkhidmatan dan kewangan untuk
menentukan masyarakat wujud dalam keadaan yg aman dan
teratur agar membolehkan sektor-sektor lain berfungsi untuk
meningkatkan mutu kehidupan masyarakat secara optimum)
ii. Roda kedua sektor swasta (menggunakan sumber-sumber terhad
dalam masyarakat untuk menghasilkan dan memasrkan produk dan
perkhidmatan kepada mereka yang mampu memperolehinya)
iii. Roda ketiga sektor takformal (peranan yang dimainkan oleh
individu, keluarga dan komuniti dalam saling membantu atara satu
sama lain di luar lingkungan keluarga masing-masing secara
takformal)
iv. Roda keempat sektor sukarela (pelbagai pergerakan dan persatuan
ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai erkhidmatan sosial yang
tidak dapat disediakan sepenuhnya oleh sektor kerajaan, swasta
dan tak formal)
Samb…
• Semangat kesukarelawanan perlu diserapkan
di dalam keempat-empat sektor tersebut
• Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu
mempunyai sifat kesukarelawanan, selain
daripada bertugas dan berkhidmat untuk
tujuan mata pencarian
KESUKARELAWANAN DALAM SEKTOR AWAM
• Tanpa sifat kesukarelawanan mutu perkhidmatan awam
tidak dapat mencapai tahap tertinggi kerana setiap
kakitangan hanya menjalankan tugas harian mengikut
arahan dan untuk mendapat ganjaran kewangan dan
kenaikan pangkat
• Kerja diluar waktu pejabat dianggap sebagai satu beban
dan tidak dilakukan dengan keredhaan hati
• Kemesraan terhadap pelanggan hanya dilakukan secara
paksaan dan bila diperhatikan oleh pihak atasan
• Tanpa semangat ini seseorang kakitangan awam tidak
akan menjalankan sesuatu diluar bidang tugas dengan
kerelaan, kesungguhan dan kejjujuran hati
Sambb…
• Seseorang kakitangan awam perlu menganggap
bahawa dia memilih sesuatu pekerjaan secara
sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak untuk
bekerja
• Dia perlu mengambil tindakan utk menukar
pekerjaanya jika dia tidak lagi merasakan dirinya
ikhlas dan rela memberikan sesuatu perkhidmatan
kepada masyarakat
• Kakitangan awam juga perlu memberi khidmat
sukarela secara peribadi ataupun melalui persatuan
kepada masyarakat selain daripada urusan pekerjaan
harian
KESUKARELAWANAN DALAM SEKTOR SWASTA
• Tanpa sifat kesukarelawan di mana-mana badan swasta
merasakan diri mereka bertanggungjawab terhadap
masyarakat pekerja dan masyarakat sekelilinganya, sektor
swasta akan merupakan hanya badan yang
mengeksploitasikan keuntungan yang maksimum
• Setiap badan swasta perlu bertanggungjawab terhadap
aspek-aspek tertentu kebajikan anggota masyarakat dalam
cara yg mampu mereka lakukan
• Sikap peka kepada masalah masyarakat sekeliling juga
dapat meningkatkan imej badan swasta sebagai satu badan
yg perihatin dan bertanggungjawab sosial
• Kakitangan swasta juga perlu digalakkan untuk memberikan
khidmat sukarela secara peribadi melalui persatuan kepada
masyarakat selain urusan pekerjaan harian
KESUKARELAWANAN DALAM SEKTOR TAKFORMAL
• Setiap keluarga, kawasan kejiranan dan komuniti perlu menggalakan
anggotanya utk memberikan perkhidmatan kepada anggota masyarakat
yg memerlukannya
• Bukan hanya memberi tumpuan kepada anggota keluarga atau kawasan
kejiranan masing-masing sahaja
• Paling penting dapat menolong mereka yg bukan ahli keluarga, bukan
seagama, sekaum dan senegara shaja
• Kita hidup dlm masyarakat majmuk dan dunia global yang perlu saling
bantu membantu
• Setiap ahli keluarga dan komuniti perlu merasa bertanggungjawab
terhadap aspek kebajikan anggota masyarakat yg ebih luas dengan cara yg
mampu lakukan
• Setiap ahli keluarga dan ahli komuniti perlu digalakkan utk memberi
khidmat sukarela secara peribadi atau melalui persatuan kepada
masyarakat selain daripada tanggungjawab terhadap keluarga dan jiran
masing-masing
KESUKARELAWANAN DALAM SEKTOR SUKARELA
• Bukan semua badan sukarela memberikan perkhimdtan sosial
kepada masyarakat
• Malah kebanyakan persatuan sukarela hanya memberikan
tumpuan besar kepada kepentingan ahli-ahlinya
• Kegiatan sosial adalah hanya sebagai kegiatan sampingan yg
tidak bertujuan utk membantu anggota masyarakat yang
memerlukian
• Terdapat juga badan sukarela yang hanya memberi tumpuan
kepada kumpulan etknik, agama, ekonomi dan politik tertentu
• Keadaan ini boleh memburukan menyumbangkan kepada
masalah perpecahan dalam masyarakat
• Setiap ahli persatuan sukarela perlu menentukan persatuannya
juga memainkan peranan dalam memberikan khidmat sukarela
kepada bukan ahli sebagai satu tanggungjawab sosial

Anda mungkin juga menyukai