Anda di halaman 1dari 13

SIJIL PERNIAGAAN SEMESTER SATU

SESI 2022/2023

SPP 10183 / PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

LAPORAN PERNIAGAAN : FRE.DESSERT

NAMA PENSYARAH :

PN.HANAFEAH BINTI AB RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :

JESSICA ROZEN JEFFRY S06SPP22F504

CLAUDIA EDRYANA SINAU BINTI S06SPP22F505


CHRISTOPHER

ABRAHAM FABIAN SIPAWI S06SPP22F507


1 PENGENALAN

FRE DESSERT mula beroperasi pada 7 Februari 2023 dan telah didaftarkan pada
31 Januari 2023 . Fre desserts ialah perniagaan yang akan menjalankan
pembuatan, menerima tempahan dan juga pengedar produk berasaskan
milo .Tujuan Fre Dessert dibuka adalah untuk mendapatkan keuntungan yang
lumayan serta dapat memberi kepuasan dan pilihan yang terbaik kepada pelanggan
setempat . Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pelanggan .
Selain itu , Media Sosial seperti Facebook dan Instagram serta WhatsApp
diwujudkan bagi memainkan peranan dalam mempromosi kedai ini .

1.1 PENJENAMAAN PRODUK

Fre desserts ialah perniagaan yang menjalankan pembuatan dan penjualan produk
yang berasaskan milo . Fre Dessert memilih milo kerana milo merupakan produk
kegemaran dan pilihan ramai mahupun kanak-kanak dan pelbagai jenis peringkat
usia . Selain itu ,pelbagai jenis resepi yang enak dan mudah untuk dihasilkan
dengan menggunakan milo .

1.2 KELEBIHAN PRODUK

Kami menghasilkan beberapa jenis makanan berasaskan milo seperti Kek milo dan
Cupcake milo . Selain itu , kami juga menyediakan Air milo .
Kek yang dihasilkan oleh Fre Dessert jauh lebih sedap kerana bahan yang
digunakan lebih pelbagai , bebas dari bahan pengawet tiruan dan mutunya juga
lebih baik. Lebih-lebih lagi ,kek dan cupcake yang dihasilkan adalah buatan sendiri
(homemade) .

1.3 SASARAN PELANGGAN

Semestinya ramai orang yang suka akan Kek tidak kiralah peringkat usia dari kanak-
kanak hingga lah orang dewasa . Tetapi memandangkan kedai kami ini terletak di
dalam Kolej Komuniti Penampang , Jadi target pelanggan kami adalah pelajar-
pelajar , pensyarah dan staff kolej tersebut .

1.4 KAWALAN UNTUK MEMBELI PRODUK

Bagi pelanggan yang berminat untuk membeli jualan kami pelanggan bolehlah
datang ke kedai kami untuk membeli . Selain itu, kami juga menyediakan
perkhidmatan COD (cash on delivery ) iaitu satu sistem pembayaran ketika barang
sudah sampai ke tangan pembeli ,Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau jika malas
keluar untuk membeli kerana kami boleh cod sampai depan rumah .
2.0 AKTIVITI PENGIKLANAN DAN PROMOSI

- ONLINE

2.1) INSTAGRAM @ https://instagram.com/fre.dessert?


igshid=MzNlNGNkZWQ4Mg==

kelebihan Instagram

 Selain boleh mengisi masa lapang , Instagram boleh digunakan untuk


memasarkan produk atau berniaga secara atas talian dalam erti kata lain “insta
shop” .
2.2) FACEBOOK

Kelebihan Facebook

 Penggunaan Facebook boleh membantu mencari kenalan -kenalan lama yang


telah lama hilang. Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu
empayer perniagaan maya di seluruh dunia . Selain itu , Facebook FanPage
merupakan satu platform online yang sangat terkenal di kalangan peniaga
Malaysia untuk mempromosikan produk atau servis mereka dengan lebih
berkesan . Sangat digalakkan untuk membina page anda sendiri untuk nampak
lebih profesional di mata pelanggan anda .
2.3 ) WHATAPPS

Kepentingan whatapps

 Penggunaan Whatsapp boleh dikatakan sebagai aplikasi WAJIB yang mesti ada
bagi sesiapa yang memiliki telefon bimbit . Whatsapp merupakan cara paling
mudah dan jimat untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara
menghantar mesej ,video,gambar,audio, dan sebagainya . Malah , Whatsapp
juga ‘meriah’ dengan pelbagai jenis grup bagi memudahkan lagi urusan untuk
berhubung . Sebagai contoh, dengan menggunakan whatsapp kami dapat
mempromosikan jualan kami di grup whatsapp dan melalui “status” whatsapp
bagi menarik lagi minat pembeli di kalangan kenalan dalam telefon .

OFFLINE

POSTER

Kepentingan Poster :

Poster dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat berkaitan


setiap produk.  Poster yang baik adalah poster yang memberi informasi yang jelas
pada pembaca.  Poster direka bagi memudahkan pembaca mendapatkan maklumat
ringkas tapi sangat padat. Sebagai contoh , kami melekatkan poster jualan kami di
setiap kelas dan papan kenyataan kolej bagi memudahkan pelajar-pelajar
mendapat info tentang jualan kami .
GAMBAR PRODUK & LAIN-LAIN

Anda mungkin juga menyukai