Anda di halaman 1dari 37

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap.

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.


Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.
PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan


Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.
Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan
rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri
dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja


Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,
Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara


Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara,
pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada
hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masa


Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang
memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan
atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang Pengakap


Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan
semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang
pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya
( Dipercayai )

2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja_Raja dan kepada
pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat )

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa
( Berguna )

4.Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara)
5. Pengakap adalah baik dan sempurna budipekertinya dan sentiasa berbudi ( Berbudi )

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang ( Kasihkan Binatang)

7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya,ketua patrolnya
atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah)

8.Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah ( Tabah Hati
)

9. Pengakap adalah jimat dan cermat ( Berjimat )

10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya ( Suci fikiran,
perkataan dan perbuatan ).

Hormat Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan apabila:

 Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan
dan penghormatan.
 Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
 Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
 Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
 Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

Cara Hormat Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu
& manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.
Makna Hormat Pengakap

Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:


 Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
 Menolong orang pada setiap masa
 Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli
pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli
pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap
tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)


apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun
1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). 

      Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu
yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

      Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli
pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di
Penang Free School pada tahun 1915.

      Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama
13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap
bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan
kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

      Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu
ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. 
      Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913
dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963
(penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia. 

      Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C.
Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun
1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM
Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R.
Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

 Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )

4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)

5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap
Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar
nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar
daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan
Malaysia.
Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan
di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941.
Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di
Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T.
Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau
bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell
banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak.
Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi
mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam
tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta
sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu
peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar.
Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan
beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP
dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5.
Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan
satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya
semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India.
Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua
rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu
puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu
sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan
Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang
askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir
dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell
berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar
Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang
Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai
Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak
turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada
pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu
dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak,
memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya
diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-
budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For
Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India
dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-
budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan
Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika
Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941


Sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah pengasas pengakap, Lord Baden Powell
Sejarah Pengakap Di Malaysia

Selepas dua tahun pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka
pengakap dari London bernama F.C. Sands telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu
menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di
Singapura. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff telah menubuhkan
pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang, iaitu di Pekan,
yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow, tetapi apabila beliau meninggal dunia, pergerakan
pengakap di situ turut berkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P.
Hertslet yang kemudiannya diasaskan pula oleh Wheeler dan Frisby dari Pejabat Pelajaran
Pahang.

Di Pulau Pinang, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh seorang ahli pendidk yang
termasyhur, iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah
berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Malaya.

Di Perak, pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsar
oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu, banyak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan
pengakapnya. Di Kedah, pergerakan pengakapnya bermula pada tahun 1922. Peneroka
pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfeild. Di Johor,
pengakap ditubuhkan pada awal tahun 1928, iaitu dengan kedatangan Cheesman dari Pulau
Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu
Bakar) Johor Bahru. Manakala pergerakan pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan bermula
pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Pada tahun 1926, Selangor pula menubuhkan gerakan pengakap dan orang yang
bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akbar. Ini diikuti oleh penubuhan pergerakan
pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracle dan di Kelantan (1927) oleh Y.M.
Tengku Ahmad Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan
pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.

Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakapnya di Sandakan pada tahun 1913. Sementara
di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1915, tetapi terhenti pergerakan pengakapnya
sehinggalah pada tahun 1930 apabila ia bergiat semula.
Sebelum merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri,
dengan tiap-tiap sebuah negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua,
pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan
Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusunan semula, tiap-tiap negeri menjadi satu
persekutuan yang terdiri daripada beberapa daerah pengakap. Tiap-tiap daerah ada dengan
persekutuan pengakapnya.

Apabila Malaya mencapai kemerdakaannya pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak


Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Dunia.
Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963, namanya bertukar menjadi Persekutuan
Pengakap Malaysia dan keahliannya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak and Singapura
menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965,
Persekutuan Pengakap Singapura berhneti menjadi cawangan Persekutuan Pengakap
Malaysia.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan
rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50
Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah
Ketua Pesuruhjaya Negara

Sejarah Pengasas Pengakap: Lord Baden - Powell

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park,
London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden - Powell. Bapanya bernama
Reverend H.G. Baden - Powell, iaitu seorang mahaguru di Universiti Oxford. Ibunya ialah
seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan
ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama
ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan detempatkan
di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.
Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-
pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak-kanak yang tinggal di
bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan
yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah
menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.
Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang
sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak ditangdingi
oleh teman-teman yang sezaman dengannya.Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah
aduanan teratut bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar-dasar asas
seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik
menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya, Lady Baden Powell,
seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan
pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London
menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman, dengan
pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh salji;
di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan kitab untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah
menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia
kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda
mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam
berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai
sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini
perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat
biasa.

Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron' dan telah menjadi Ketua
Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan
usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke
serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur
hidupnya, BP telah berusaha menwujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan
pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap
apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh
kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada
kita semua di dalam pergerakan ini ialah:

1.0 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

PENGAKAP MUDA (JUNIOR SCOUT)

Pakaian seragam Pengakap Muda (Junior Scout)


Pakaian seragam Pengakap Wanita (Girl Scout)

CARA MEMASANG LENCANA PENGAKAP MUDA

Cara memasang lencana Pengakap pada kedua-dua lengan baju

Peringatan : Lencana kepandaian hendaklah dipasang satu per satu mengikut nombor yang
dahulu didahulukan

2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA

Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

Sejarah

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh
Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-
bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di
peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan
Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu
atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-
ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga
sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-
undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan
stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat
boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan
kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian
dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Format Ujian
1. Budak-budak dapat melafazkan dan menulis dengan lengkap Ikrar Rukun Negara.
2. Budak-budak memahami makna-makna Prinsip Rukun Negara dan lulus soalan-soalan
objektif & subjektif yang berkenaan

3.0 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Lambang Pengakap Malaysia

 Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap


iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-
undang Pengakap.
 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
 Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
 Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
 Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
 Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap
Sedunia".
 Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau "Pengakap Muda",
Merah "Pengakap Remaja"

 Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan


lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan

Format Ujian :
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LAMBANG PENGAKAP DUNIA


Lambang Pengakap Dunia

 Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada
Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
 Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
 Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
 Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
 Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
 Warna putih-kesucian dan kebersihan.

5.0 HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA

Hormat Pengakap
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan
sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga
pengertian:

Kaedah memberi hormat


Hormat bertongkat kedudukan berjalan

Hormat bertongkat kedudukan berjalan


Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah

Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap

Salam Persetiaan
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan
hadapan)

Kaedah memberi Persetiaan

Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)


Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama
lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / 随时准备)
Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Pengakap Budika - Berkhidmat
Format Ujian :

 Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal (semasa


menaik bendera dan melafazkan Persetiaan Pengakap).
 Budak-budak dapat menerangkan, secara tulis, hormat dan cogan kata Pengakap dan
kumpulan.

6.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP, LORD


BADEN POWELL

Sejarah Pengakap Di Malaysia

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada
July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham,
England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan
Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands
telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan
Scouting".

Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan
Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan


 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
 1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).
 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield
 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu
Bakar).
 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
 Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet

Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada
pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai
Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran
Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad
Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2.
Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada
Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa)
pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura
kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila
Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia
terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan
rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap
Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua
Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam soalan-solan subjektif &
objektif yang berkenaan.

Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau
ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan
Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia.
Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah
rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert
Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang
profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British
yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell
meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di
luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama
dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama
dan sentiasa taat pada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran.
Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau
telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini,
beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13
serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di
India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum
Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan
bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti
sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau
"Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan
pangkat menjadi Kolonel.

Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga
perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk
menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan
bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar
yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah
bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak
sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan.
Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk
seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan
pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka
rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to
Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada
tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan
Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang
dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu
perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai
hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam
perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong
Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan
mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan
pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada
lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah
memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap
sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat
Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil


bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh
Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak
perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London.
Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori
dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua
puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia,
London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia
atau Chief Scout of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia
penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang
diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu
Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah
yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell
Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari
pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau
Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau
bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap
selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam
lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell,
Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan
pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk
bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP
adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus dalam soalan-soalan
subjektif & objektif yang berkenaan.

7.0 SIMPULAN

Buku Sila (Reef Knot)

 menyambungkan dua tali yang sama besar.


 mengikat bungkusan, mengikat atau mematikan anduh.

Bunga Geti (Sheet bend)

 menyambung dua tali yang tidak sama besar.


 menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali

Tindih Kasih (Bowline)

 menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang


 mengikat atau menarik kayu
Simpul Manuk (Clove Hitch)

 mengikat tali pada batang kayumengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
 mengikat khemah pada tiang kayu
 memulakan ikatan pada kayu.

Lilit Dua Simpul (Round turn and two half hitches)

 mengikat tali pada pancang khemah


Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

 Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak
terbuang

http://keahlianpengakap.blogspot.com/

LAUNG AGUNG

LAUNG AGUNG merupakan


1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan

1. Setiap kali diadakan perjumpaan

2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

Istiadat LAUNG AGUNG

1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)

2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil


menyahut “PEK….”

3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila
bulatan telah sempurna, PKK menjatuhkan tangan.

4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.

5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>


a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK”
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia.

6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata “KAMU BUAT HABIS
BAIK?”
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK”
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

LAUNG AGUNG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia
dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata
penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1. TUJUAN

1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan


2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK
berdiri diam dalam keadaan sedia

2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK
membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela

3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat
bulatan kecil bahu ke bahu.

4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan
mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.

5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK
menjatuhkan tangan mereka.

6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela
merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha
rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke
tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA
BUAT
HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan
sedia.

7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar
"KAMUBUAT HABIS BAIK?"
8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"
9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan
tanganmereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam
Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.

2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang
bendera.

3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk
"memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti
pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan
berkawad.

4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu
Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam
bulatan seperti asal.

5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up"
sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan
pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas
(Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta
menjalankan tugas lain.

7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKK
sebelum membuat pengumuman.

Lagu Pengakap
Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda


Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa


Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita


Pengakap, Pengakap Malaysia
______________________________

Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani

sungguh cantik paras ani


hidung mancung seludang
betis bagai beting padi
tak jemu mata memandang

tidur malam mimpi-mimpi


ani datang ke rumah
tapi sayang ani pergi
hati ani berubah
______________________________

Senaman monyet
satu ekor monyet (2x)
gayut atas pokok (2x)
garu2 pinggang
goyang2 pinggul
______________________________
Pindahkan tempat
Pindahkan tempat
batu kecil ini
pindahkan ia kesana kemari
sibetina betina bertelur
telur tinggal satu
telur-telur-telur-telur
_____________________________
Tarian Gajah
bila bunga kembang berseri
seekor gajah keluar menari
lenggok ke kanan
lenggok kekiri
lalu menjemput seekor gajah lagi
______________________________
Lemak Manis Santan Kelapa
Hai lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi-amboi
Cantik manis ala amboi-amboi
Anak siapa

Dua tiga sikucing berlari


Mana nak sama sikucing belang
Dua lah tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang
_______________________________
DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
__________________________________
KE UNGGUN API
(lelaki)
Ke manakah sayang tujuan kita pergi
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini

(perempuan)
Terserah padamu ke mana engaku mahu
Bilang dulu sama ibu
Bilang dulu sama ibu

(lelaki)
Bagaimana kalau kita ke unggun api
Ramai pengakap berkumpul di sana

(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera

(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun api
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
_______________________________
DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
_______________________________
IBUNG
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ibung o ibung
Tolonglah daku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Oh ibung tinggal gundar
Ke mana abang melayang
Ke mana abang mdelayang
Mama o mama tolong nasibku
Mama o mama tolong nasibku
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
Ke mana badan bergantung
hendak bergantung
______________________________

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
_______________________________

Yei ipoi
Yei poi itai-tai (3X)
Eii yakkk
Yei poi itai-tai (2X)
Yei poi itu-itu
Eii yakkk
_______________________________

Kemuka ke belakang

kemuka ke belakang
ke samping lalu silang
muka belakang
samping lalu samping

Lai Ci Kang

lai chi kang semangkuk dua kupang


lai chi kang semangkuk dua kupang
makan satu tak kenyang
semangkuk dua kupang
_______________________________

APA GUNA KELUH KESAH


Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah
Pengakap tak pernah bersusah
Apa guna keluh kesah
There is no reason to be sad
There is no reason to be sad
We are always happy together
There is no reason to be sad
_____________________________

Lagu KFC
Oh pizza hut Oh pizza hut
Kentaki Fried Chicken Pizza Hut
Oh McDonald Oh Mcdonald
Kentaki Fried Chicken Pizza Hut

Char kuetiaw Char kuetiaw


Roti canai char kuewtiaw
teh tarik teh tarik
Roti canai char kuewtiaw
_____________________________

Mentari dan Bulan


Ho hoi mentari maharaja siang
Hoi hoi rembulan permaisuri malam
Di waktu siang mentari menjelang
Di waktu malam bulan pun mengambang
Di kala itu pengakap berdendang
Demi cita-cita sampai ke bintan
______________________________

Opek-opek
Opek opek opek opekkkkk
Buat sehabis baik
Opek opek opek opekkkkk
kami buat sehabis baik

Anak ayam turunlah lima (opek-opek)


mati seekor tinggallah empat
....
Anak ayam turun lah satu
lari-lari terlanggar batu.....habis
_______________________________

BURUNG BERBUNYI
Dengarlah itu burung berbunyi
Bagai suara orang menyanyi
Riang gembira bercampur sayu
Sambil terbang ke hilir ke hulu
Terbang kerana mencari makan
Selagi ada nyawa di badan
Di waktu petang mencari pokok
Untuk tidur menantikan esok
____________________________
TANYA SAMA POKOK
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Langit nak hujan
Tanya sama langit
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satubatu
Bayangpun hilang
______________________________
BERTEMU DAN BERPISAH
Bertemua dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
________________________________
Apuse
Apuse ko -kon da-oo
ya - rabay  soron do vei-vei
Of  lenso  beni de-mo , beni - fa  - say
Of   lenso  beni  de-mo , beni - fa - say
Ara fa-bay , as-wa rak-wa
Ara fa-bay . as-wa rak wa
Selamat  tinggal  kawan, kita kan berjumpa lagi,
Selamat-ku doakan engkau  pergi,
Selamat-ku doakan engkau pergi,
Selamat jalan......jumpa lagi,
Selamat jalan.......jumpa lagi.
_______________________________

Selamat Jumpa
Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa Kawanku,
Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,
Senang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, Hiro,
Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,
Hura, Hure, Hiro.
_________________________________

Kalau rasa gembira


Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.
___________________________________

Anak itik
Anak itik tok wi mandi dalam kolam
Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang
Ubat aper tok wi, ubat limau lelah
Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang
_________________________________
Mandolo
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!!
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!!
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!!

Yepi, Yey, Yey,Yey,


Yepi, Yey, Yey,Yey,
Yepi, Yey, Yey,Yey.
Saya Pilih Pengakap Saja,
Siang Jadi Kenangan,
Malam Jadi Impian
Cintaku Semakin Mendalam

Lagu Undang-Undang
Dipercayai taat berguna,
Bersahabat berbudi,
Kasihkan binatang menurut perintah,
Tabah hati berjimat, Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan

Selamat Jumpa
Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa Kawanku,
Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,
Senang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, Hiro,
Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,
Hura, Hure, Hiro.

Di sini kita berkumpul


Di sini, di sini kita berkumpul,
Di sini, di sini kita berkumpul,
Salam, salam,salam,salam, salam, hoi..
Here we're, here we're Here we're again,
Here we're, here we're Here we're again,
Hello, hello, hello, hello, hello, hoi..
Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,
Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,
Auma, auma,auma, auma, auma, hoi…
Engapo, engapo, engapo ring ghe
Engapo, engapo, engapo ring ghe
Manikam, manikam, manikam, manikam, manikam, hoi…
Saya dari Malaysia suka hati,
Saya dari Malaysia suka hati,
Suka, suka, suka, suka, suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Suka, suka, suka, suka, suka hati,

Di sini senang, di sana senang


Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Saudara, saudari,
La…la…la….la…la..la…la……,
Saudara, saudari,
La…la…la….la…la..la…la……

Anda mungkin juga menyukai