Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN LANGKAH PECUTAN KE LANGIT

LAWAN SIKAP MALAS ANDA!!

Analisis Soalan
Bahagian Kertas 1 (Bahagian B)
Tema Pelancongan
Tugasan / Persediaan-persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalm
Fokus sektor pelancongan
Siapa Individu
Format Tiada

Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu merupakan antara destinasi pelancongan yang
tersohor di Malaysia. Saban tahun, berduyun-duyun pelancong seantero dunia masuk ke
Malaysia. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang perdana terhadap sumber
ekonomi negara. Namun begitu, kerjaya ini tidak boleh diceburi secara semberono kerana
memerlukan pelbagai persediaan sebelum melangkah ke bidang pekerjaan tersebut. Kata-kata
mutiara Arab ada menyatakan, “man jadda wa jada,” bermakna jika kita melakukan sesuatu
dengan bersungguh-sungguh pasti akan ada hasilnya. Persoalannya, apakah persediaan awal
yang perlu dilakukan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan?

Bagi meluaskan lensa perbincangan, saya berpendapat bahawa (IDEA 1) persediaan


dalam bidang akademik sangat penting bagi menempuh alam kerjaya dalam industri
pelancongan. Seperti yang kita sedia maklum, (AYAT HURAIAN 1) ilmu serta maklumat yang
bersesuaian perlu dikuasai untuk menjadikan kerjaya dalam sektor pelancongan sebagai pilihan
kerana tahap akademik akan menjadi kayu ukur bagi sesuatu bidang pekerjaan. Tamsilnya,
(AYAT CONTOH 1) seseorang murid perlulah menguasai sekurang-kurangnya kemahiran
membaca, menulis, mengira serta mempunyai bonus kelebihan diri iaitu memiliki taraf
pendidikan seperti diploma, ijazah atau sarjana. Dengan itu, (AYAT KESAN 1) murid seharusnya
mengupayakan potensi diri dengan menyambung pengajian dalam bidang pengurusan hotel dan
pelancongan di kolej mahupun universiti agar kebolehpasaran murid dalam bidang kerjaya dapat
ditingkatkan. Tegasnya,(AYAT PENEGAS 1) persediaan akademik menjadi prasyarat sebelum
kita memasuki sektor pelancongan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang.

Lontaran idea saya yang kedua, saya berpendapat bahawa (IDEA 2) seseorang itu akan
lebih sukses dalam alam kerjaya sekiranya mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Hal ini demikian kerana (AYAT HURAIAN 2) kemahiran komunikasi yang baik membolehkan
setiap individu mempunyai keupayaan untuk petah berbicara, mampu mempengaruhi orang lain
dan mampu menjaga tutur kata. Sebagai contohnya dalam bidang pelancongan, (AYAT CONTOH
2) individu yang mahir berkomunikasi mampu mempengaruhi pelancong tempatan atau
pelancong asing untuk melancong di tempatnya. Impaknya,(AYAT KESAN 2) mereka akan tertarik
dengan layanan yang mesra selain pakej istimewa yang ditawarkan. Kebijaksanaan mengatur
kata-kata dapat memujuk pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dan memberi
impak positif jangka masa panjang kepada sebuah syarikat. Pendek kata, (AYAT PENEGAS 2)
kemahiran komunikasi yang baik merupakan prakasa terbaik bagi seseorang individu sebagai
persediaan menempuh alam kerjaya dan merupakan modal ampuh untuk diterima bekerja dalam
sebuah institusi pelancongan.

Mauduk terakhir, saya berpendapat bahawa dalam dunia pekerjaan yang penuh
pancaroba ini, (IDEA 3) tidak dinafikan yakni persediaan dari segi mental dan fizikal juga amat
vital untuk menempuh alam pekerjaan dalam sektor pelancongan. Umum mengetahui bahawa
(AYAT HURAIAN 3) sesuatu pekerjaan yang mencabar tidak mungkin dapat dilakukan dengan
cemerlang jika seseorang itu tidak dapat mengawal emosi tatkala melayani kerenah pelancong
yang pelbagai ragam. Umpamanya, (AYAT CONTOH 3) persediaan dari segi mental dan fizikal
diperlukan bagi menghadapi senario budaya dan perwatakan amat berbeza dalam kalangan
pelancong timur dan pelancong dari barat. Pelancong timur lebih terkenal dengan budaya sopan
santun manakala pelancong barat lebih bersifat terbuka dan berterus terang. Dengan itu, (AYAT
KESAN 3) individu yang menceburi bidang pelancongan ini haruslah bersedia berhadapan
dengan karaktor sedemikian kerana alah bisa, tegal biasa dan sikap profesionalisme diri dapat
ditingkatkan. Oleh itu, jelaslah bahawa (AYAT PENEGAS 3) persediaan mental dan fizikal yang
kuat merupakan persediaan terbaik bagi menempuh alam pekerjaan terutamanya dalam sektor
pelancongan.

Jika mendaki telah menuju ke puncaknya, kini bicara telah menuju ke rentak noktahnya.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat seribu satu persediaan awal untuk menempuh alam
pekerjaan dalam bidang pelancongan. (AYAT PENYIMPUL 1) Rangkumannya, seseorang individu
perlulah cakna dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap persediaan-persediaan yang
perlu dilakukan sebelum berkecimpung dalam sektor pelancongan. (AYAT PENYIMPUL 2)
Lantaran itu, pihak majikan juga sewajarnya lebih telus dalam memilih pekerja yang benar-benar
telah bersedia dari pelbagai aspek dan kompetan dalam industri pelancongan agar produktiviti
syarikat atau industri lebih cemerlang dan maju dalam jangka masa yang panjang. (AYAT
PENYIMPUL 3)
(571 patah perkataan)
PENULISAN LANGKAH PECUTAN KE LANGIT
LAWAN SIKAP MALAS ANDA!!
Analisis Soalan
Bahagian Kertas 1 (Bahagian B)
Tema Pertanian
Tugasan / Cara menjadikan bidang pertanian sebagai pilihan anak muda
Fokus

Siapa Pelbagai pihak


Format Tiada

Alam pekerjaan merupakan satu fasa yang akan ditempuhi dalam kehidupan manusia
demi meneruskan kehidupan. Bidang pertanian merupakan salah satu bidang pekerjaan yang
menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat bak kata peribahasa di mana ada gula, di
situ ada semut. Justeru, masyarakat Malaysia harus mengambil peluang untuk menceburkan
diri dalam bidang kerjaya ini. Walaupun pahit untuk ditelan, namun realiti sebenar harus
diterima bahawa bidang ini kurang menjadi pilihan kerjaya kepada generasi milenium kerana
faktor minat dan persepsi tersendiri golongan tersebut terhadap bidang pertanian.
Persoalannya, apakah prakarsa yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak untuk
menjadikan bidang pertanian sebagai pilihan anak muda dan generasi futuristik?

Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa bidang pertanian kurang menjadi
pilihan generasi muda. (IDEA 1) Oleh itu, saya berpendapat bahawa pihak kerajaan sewajarnya
terlebih dahulu menyebarkan pengetahuan dan pendedahan yang meluas mengenai
kebolehpasaran bidang pertanian kepada anak muda dalam tempoh dasawarsa ini. Hal ini
demikian kerana (AYAT HURAIAN 1) pihak kerajaan merupakan entiti yang paling berpengaruh
dalam meyakinkan generasi muda mengenai manfaat dan potensi bidang pertanian pada era
globalisasi ini. Tamsilnya, (AYAT CONTOH 1) promosi dan kempen yang lebih giat di media
massa atau media sosial mengenai penggunaan dron, penyelidikan dan pembangunan (R & D)
produk pertanian, kaedah bioteknologi dan pelbagai lagi teknologi dalam pertanian bukan
sahaja dapat memudahkan petani moden, malahan menjanjikan pulangan pendapatan yang
sangat lumayan. Kesannya, (AYAT KESAN 1) bukan sahaja golongan anak muda, golongan
masyarakat juga akan keluar dari konteks katak di bawah tempurung kerana telah menjadi
cakna mengenai potensi bidang pertanian sekiranya dijadikan sebagai pilihan kerjaya. Secara
ringkasnya, (AYAT PENEGAS 1) peranan pihak kerajaan sangat penting dalam menarik minat
golongan muda menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Mauduk seterusnya, saya juga berpendapat bahawa (IDEA 2) inisiatif untuk menarik
minat golongan pemuda menyertai bidang pertanian adalah bermula daripada galakan ibu bapa
di rumah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Umum mengetahui bahawa (AYAT
HURAIAN 2) pembentukan dan pendedahan yang secukupnya kepada anak-anak mengenai
bidang pertanian haruslah dimulakan sejak anak-anak masih kecil. Misalnya, (AYAT CONTOH
2) ibu bapa boleh membimbing anak-anak berkebun, menuai hasil dan menjual hasil pertanian
mereka. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi pameran pertanian
agar anak-anak terdedah kepada semua sektor yang terlibat dalam bidang pertanian. Impaknya,
(AYAT KESAN 2) minat anak-anak dalam bidang pertanian akan dapat dicungkil sekali gus
membantu mereka menanam cita-cita untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pilihan.
Tuntasnya, (AYAT PENEGAS 2) jika anak-anak muda didedahkan kepada bidang pertanian sejak
usia muda, semangat cinta terhadap bidang pertanian pasti akan mekar dan mampu menarik
minat mereka untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan kerjaya.
Lontaran idea yang terakhir, saya berpendapat bahawa (IDEA 3) pihak kerajaan juga
perlu lebih maju ke hadapan terutamanya dalam bab penawaran gaji bidang pertanian. Seperti
yang kita sedia maklum, (AYAT HURAIAN 3) terdapat segelintir generasi muda tidak memilih
bidang ini sebagai pilihan kerjaya kerana faktor penawaran gaji yang kurang lumayan dan tidak
setanding dengan masa serta tenaga yang diperlukan dalam kitaran produktiviti pertanian.
Umpamanya, (AYAT CONTOH 3) pihak kerajaan boleh menaikkan kadar gaji minimum bagi
penggiat bidang ini daripada RM1800 kepada RM 2500 sebulan. Selain itu, pihak kerajaan juga
boleh menyediakan bantuan modal awal dan insentif bonus kepada para petani yang berhasil
dalam aktiviti pertanian mereka. Dengan itu, (AYAT KESAN 3) golongan muda akan lebih
bermotivasi untuk memajukan lebih banyak sumber pertanian di Malaysia sekali gus menarik
minat mereka untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan kerjaya mereka. Oleh itu jelaslah
bahawa (AYAT PENEGAS 3) usaha proaktif kerajaan dalam meningkatkan kadar penawaran gaji
bidang pertanian mampu memecahkan ruyung dan mobiliti minat anak muda untuk menjadikan
bidang pertanian sebagai pilihan utama kerjaya mereka.

Jika mendaki telah menuju ke puncaknya, kini bicara telah menuju ke rentak noktahnya.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat seribu satu langkah yang sewajarnya diambil oleh
pelbagai pihak untuk menjadikan bidang pertanian sebagai pilihan anak muda. (AYAT PENYIMPUL)
Rangkumannya, (AYAT HARAPAN) pihak kerajaan perlu lebih kreatif dalam menarik minat dan
membentuk kemenjadian generasi X, Y dan Z dalam bidang pertanian kerana golongan ini
merupakan pewaris generasi yang akan menguruskan sumber negara pada masa hadapan. Oleh
itu, (AYAT CADANGAN) generasi muda juga perlu cakna dan mempunyai kesedaran yang tinggi
terhadap peluang-peluang dan potensi bidang pertanian pada era globalisasi ini kerana pertanian
bukan lagi suatu bidang tradisional, malahan bidang ini menjanjikan pendapatan yang lumayan
sekiranya diusahakan secara serius dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

(662 patah perkataan)


PENULISAN LANGKAH PECUTAN KE LANGIT
LAWAN SIKAP MALAS ANDA!!
Analisis Soalan
Bahagian Kertas 1 (Bahagian B)
Tema Mata pelajaran RBT
Tugasan / Manfaat mata pelajaran RBT
Fokus

Siapa Individu
Format Tiada

Objektif mata pelajaran RBT diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


adalah untuk melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang
memudahkan kehidupan manusia pada era globalisasi ini. Sehubungan dengan itu, bidang reka
bentuk dan teknologi merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dalam sistem pendidikan
negara bagi membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui
aktiviti reka bentuk dan menghasilkan produk yang berfungsi serta canggih. Dalam merungkai
isu ini, apakah manfaat mata pelajaran RBT kepada murid-murid?

Sebagai lontaran idea pertama , saya berpendapat bahawa RBT dapat mencungkil bakat
murid dalam bidang reka bentuk berasaskan teknologi. Umum mengetahui bahawa, murid yang
mempunyai kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu bersaing
di peringkat global kerana dapat berkarya dalam penciptaan produk yang mudah tetapi
berteknologi. Umpamanya, Karnival Sains dan Teknologi di sekolah-sekolah yang bertujuan
mengetengahkan bakat anak muda dari peringkat bangku sekolah dalam menghasilkan produk
baharu daripada pelbagai barang terpakai. Impaknya, sistem pendidikan dan kemajuan Malaysia
madani akan bergerak seiring mengikut peredaran masa. Tuntasnya, RBT jelas bertujuan
mencungkil bakat dan kebolehan murid dalam bidang reka bentuk teknologi.
Menelusuri idea kedua, saya juga berpendapat bahawa mata pelajaran RBT dapat
menggalakkan murid membina kerjaya dalam bidang reka bentuk teknologi. Seperti yang kita
sedia maklum, negara kita perlu memperbanyak bukan sahaja peluang pekerjaan dalam bidang
ini malahan menyediakan pusat-pusat pengajian tinggi dengan pelbagai kursus dan kemahiran
yang menawarkan bidang reka bentuk teknologi kepada bakal-bakal siswazah nanti. Perkara ini
amat penting kerana murid-murid ini sudah tentunya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang
yang sama dengan aliran yang dipilih semasa di alam persekolahan. Sebagai contohnya,
universiti- universiti awam dan kolej-kolej swasta hendaklah menawarkan kursus-kursus
seperti kejuruteraan, automatif dan fesyen dengan lebih banyak lagi. Impak daripada hal ini,
peluang anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran ke jurusan reka bentuk teknologi di
institusi pengajian tinggi semakin terbuka luas. Oleh itu jelaslah bahawa RBT dapatlah dijadikan
batu loncatan untuk murid membina kerjaya masa depan mereka.
Mauduk terakhir, tidak dapat disangkal lagi bahawa RBT juga dapat memupuk nilai murni
dan sikap positif dengan rakan sebaya.Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti-aktiviti yang
dijalankan semasa PdPc melibatkan aktiviti secara berkumpulan dan individu yang memerlukan
kerjasama bagai aur dengan tebing sesama ahli kumpulan. Tamsilnya, dalam penghasilan
sesuatu produk, mereka perlu menyampaikan idea secara berhemah dan beradab agar
membentuk nilai persefahaman dan kerjasama yang jitu. Kesannya, amalan ini dapat
melahirkan murid yang bersatu hati dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Pendek kata, RBT
dapat melahirkan generasi muda yang kaya dengan nilai-nilai murni dan bersahsiah tinggi.
Sudah terang lagi bersuluh, terdapat seribu satu manfaat mata pelajaran RBT. Ekoran
daripada matlamat tersebut, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing agar murid
dapat memupuk rasa cinta dan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran RBT kerana mata
pelajaran ini sesungguhnya dapat mendorong murid memperoleh ilmu pengetahuan yang luas.
Selain pihak kerajaan, ibu bapa juga perlu sepenuh hati menyokong minat anak mereka dalam
bidang ini agar masa depan mereka dan negara akan bertambah progresif dan maju setaraf
umpama berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.

501 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai