Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2017

NAMA SEKOLAH : SJK CHUNG HWA LAWAS

NAMA PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA SJK CHUNG HWA LAWAS 2017

TARIKH PELAKSANAAN PROJEK : 13 OKTOBER 2017

Pada 09 Oktober 2017, satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Besar, Puan Chai
Phin Phin bagi memberi taklimat kepada para staf berkenaan pengisian dan perjalanan program
ini. Walaupun masa agak singkat, tetapi para guru tetap dapat membuat persediaan yang rapi.

Sebelum acara Hari Sukan Negara dimulakan, semua murid terlebih dahulu dikumpulkan di
stadium mini sekolah. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Murid-murid menunjukkan
nilai disiplin yang sangat baik kerana mengikut segala arahan yang diberikan oleh para guru.

Acara bermula pada pukul 7:00 pagi. Selepas taklimat ringkas diberikan oleh Guru Besar,
acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Chong Yuan Yuang. Semua
guru, AKP dan murid tahap 2 terlibat bersama dalam menjalankan senamrobik itu. Aktiviti
senamrobik mengambil masa selama 1 jam secara keseluruhannya.

Berikut ialah paparan gambar sepanjang program berlangsung:


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ ______________
(YAP HUI HUI) (CHAI PHIN PHIN)
PKKK GURU BESAR,
SJK CHUNG HWA LAWAS SJK CHUNG HWA LAWAS

Anda mungkin juga menyukai