Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA TINGKATAN 3

 Meninggi diri [m/s 21] → Merasakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain.
 Ayam tambatan [m/s 32] → Orang yang menjadi harapan dalam kumpulan
 Tumbuk rusuk [m/s 72] → Memberi rasuah
 Makan suap [m/s 73] → Menerima rasuah
 Buah tangan [m/s 86] → Sesuatu yang dibawa ketika melawat seseorang
 Bermasam muka [m/s 88] → Tidak bertegur sapa
 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [m/s 3] → Tidak akan berjaya
orang yang suka melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan
 Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung [m/s 3] → Hasil yang sedikit diusahakan
supaya menjadi bertambah banyak
 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran [m/s 3] → Sesuatu yang diharapkan tidak
dapat, yang ada pada diri pula hilang atau terbuang.
 Seikat bak sirih, serumpun bak serai → Hubungan dan Kerjasama yang sangat rapat bagi
membentuk sebuah kumpulan yang kuat
 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi [m/s 42] → Tahap yang sama atau berkedudukan
setaraf
 Alah bisa, tegal biasa [m/s 94] → Perkara yang perlu dilakukan selalu lama-kelamaan akan
menjadi kebiasaan.
 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi [m/s 152] → Bakat yang diwarisi daripada ibu
bapa
 Ke mana ada kemahuan, di situ ada jalan [m/s 152] → Jika ada kehendak untuk melakukan
sesuatu, pasti ada cara untuk mendapatkannya
 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya [m/s 152] → jika tidak berusaha,
sudah tentu tidak akan berjaya
 Belakang parang lagi diasah nescaya tajam [m/s 152] → Seseorang yang tidak pandai jika
dididik dengan baik setiap hari, pasti akan berjaya
 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [m/s 32 & 77] →
Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik setelah meninggal dunia
 Melentur buluh biarlah dari rebungnya [m/s 47] → Pendidikan perlu bermua seawall dari
zaman kanak-kanak lagi
 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri [m/s
134] → Walaupun mewah di negeri orang, tetapi tidak sebaik di negeri sendiri
 Seperti melukut di tepi gantang [m/s 77]→ Seseorang yang merasakan dirinya tidak penting,
sangat hina dan daif. Dia tidak memiliki apa-apa untuk membantu orang lain.
 Bagai isi dengan kuku [m/s 82]→ Hubungan persahabatan yang sangat rapat.
 Bagai helang hendak menerkam tikus [m/s 88]→ Memandang seseorang dengan perasaan
geram dan marah.
 Seperti katak di bawah tempurung [m/s 99]→ Orang yang tidak tahu perkembangan dunia
luar atau sangat cetek pengetahuannya.
 Hangat-hangat tahi ayam [m/s 152]→ Bersemangat membuat sesuatu pekerjaan
 Malas seperti keldai [m/s 152]→ Seseorang yang bersikap malas
 Mahal seperti permata [m/s 152]→ Sesuatu yang sangat bernilai atau mahal harganya
 Cerdik seperti kancil [m/s 152]→ Seseorang yang sangat pandai
 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [m/s 3]→ Tiada hasil yang
didapati daripada sikap malas dan sambil lewa dalam setiap pekerjaan
 Bahasa jiwa bangsa [m/s 95]→ Bahasa merupakan satu identiti atau lambang sesebuah
Negara. Bahasa jiwa bangsa Bahasa menunjukkan bangsa, Bahasa merupakan satu
Pertuturan seseorang membolehkan identiti atau lambing diri mereka dikenal pasti
sesebuah negara keturunannya dan bangsanya
 Ilmu pelita hati - Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada
kehidupan manusia
 Pandu cermat jiwa selamat - Sekiranya memandu dengan berhati-hati, kemalangan dapat
dielakkan dan kita akan selamat
 Masa itu emas – Masa sangat berharga
 Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang - Kata-kata yang tidak dikawal akan
menyinggung perasaan seseorang
 Muafakat membawa berkat - Sesuatu perkara yang dilaksanakan atas persetujuan ramai
akan membawa kebaikan
 Membaca jambatan ilmu - Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan dengan pembacaan
 Kata mesti dikota - Setiap janji hendaklah ditunaikan
 Bersatu teguh bercerai roboh - Kita akan menjadi kuat jika bersatu tetapi akan menjadi
lemah jika bergaduh atau bercerai-berai
 Sabar itu separuh daripada iman - Seseorang yang bersabar mengawal perasaan
menunjukkan separuh daripada keimanan seseorang
 Hidup ini suatu perlumbaan - kita terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam
kehidupan ini

Anda mungkin juga menyukai