Anda di halaman 1dari 1

Saipudin Bin Jusoh,

Kampung Lalang Tok Che Dol,

17500 Tanah Merah,

Kelantan.

Kepada,

Badan Dakwah Sekolah,

Maahad Ahmadi Tanah Merah,

Padang Siam, Kelantan. 4 Ogos 2022

Tuan,

Surat Ketidakhadiran Ke Qiamullail Yang Dianjur Oleh Sekolah

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Saipudin Bin Jusoh ayah kepada Amirul Bin Saipudin dari Tingkatan 4 Sains, ingin memohon
maaf atas ketidakhadiran anak saya ke program qiamullail pada tarikh 4 Ogos 2022.

3. Untuk pengetahuan pihak puan, ketidakhadiran anak saya pada hari ini adalah kerana kami
mengadakan majlis solat hajat di rumah pada malam ini. Hal ini menyebabkan anak saya tidak dapat
memberi komitmen untuk menghadiri program tersebut. Sehubungan dengan itu, saya memohon
kemaafan atas ketidakhadiran anak saya.

4. Akhir kata, segala kerjasama pihak puan, saya mendahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

..........................................

(SAIPUDIN BIN JUSOH)

Anda mungkin juga menyukai