Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirahmanirrahim..

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Dihormati,Tn Haji Khuzaimi Bin Hj Mohd Nordin, Pengetua


SMK Seri Kandi. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Siti
Radziah Binti Che Soh.
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Sarina Binti Hassan
Penolong Kanan HEM, En. Ng Choo Hong
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En zamanhuri yaakob..
Rakan-rakan guru dan Pembantu Pengurusan Murid yang
dihormati sekalian..

Untuk makluman hadirin,

Perjumpaan kita pada hari ini adalah untuk menjalankan


mesyuarat pengurusan PPKI kali ke- 2 bersama pentadbir..Oleh
itu, kerjasama dan kehadiran pihak guru adalah amat dihargai.

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan
kelapangan waktu dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama-sama berkumpul secara maya bagi menjalankan
mesyuarat pengurusan PPKI SMK Seri Kandi, kali ke 2 tahun 2021

2. Hadirin Yang Dimuliakan,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pada petang ini,


Dijemput saudara En Aizuddin Bin Aznam untuk memimpin
bacaan doa.
Dengan segala hormatnya, Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Aizuddin Bin
Aznam atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

3. Tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan majlis kepada


Tuan pengetua untuk meneruskan agenda mesyuarat pada hari
ini.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Ucapan alu-aluan)

* Serah pada pengetua terus lina bentangkan minit.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan haji


khuzaimi atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya meminta wakil guru untuk menerima dan


mengesahkan minit mesyuarat.

4. Perkara berbangkit.

5. Seterusnya, majlis mempersilakan Pen Kanan Pend. Khas Pn


siti Radziah Binti Che Soh untuk membentangan laporan
Pengurusuan Pendidikan Khas SMK Seri Kandi tahun 2021.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas pembentangan


bahagian pengurusan oleh pen kanan pend khas, Pn siti radziah.

6. Seterusnya,tanpa melengahkan waktu, majlis mempersilakan


Puan Rohana Binti Mohd Aini untuk membentangkan laporan
Kurikulum Pendidikan Khas tahun 2021.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas pembentangan
bahgian kurikulum itu tadi.

7. Seterusnya, dipersilakan Pn Anisah Binti Umar untuk


membentangkan laporan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas bagi
tahun 2021.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

1. Majlis mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas pembentangan


bahgian hal ehwal murid itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan EN. MOHD ASRAF BIN


SAIDIN untuk membentangkan laporan kokurikulum unit
pendidikan khas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas pembentangan


bahagian kokurikulum itu tadi..

8. Majlis diteruskan dengan laporan berkaitan hal-hal


lain....sekiranya ada maklumat tambahan yang ingin ditambah oleh
barisan pentadbir.. Dipersilakan..

12.Majlis mempersilakan Tuan Haji selaku pengerusi majlis untuk


memberikan ucapan penangguhan..

Mesyuarat ditangguhkan pada jam ……..

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka berakhirlah majlis


kita pada hari ini.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi
Sekian dahulu daripada saya,
Wabillahitaufiq qalhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai