Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PERAYAAN KHAS IPGKTB 2020


IPG KAMPUS TUANKU BAINUN.

1. TUJUAN

Perayaan khas IPGKTB 2020 merangkumi dua program, iaitu Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari
Kebangsaan. Tujuan sambutan Hari Guru bukan sahaja untuk menghargai jasa para pendidik bahkan
menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan termasuk perpaduan dan integrasi,
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Sementara sambutan Hari
Kemerdekaan dapat memupuk semangat patriotik dan mengukuhkan jati diri Malaysia. Di samping
itu, sambutan Hari Kemerdekaan juga mendidik para guru pelatih yang bakal menjadi guru untuk
memahami proses dan erti kemerdekaan. Selain itu, kedua-dua sambutan tersebut juga dapat
memupuk perpaduan kaum.

Kertas cadangan ini bertujuan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pentadbiran
IPGM untuk meluluskan perbelanjaan mengurus program-program tersebut.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
pendidik dalam mendidik anak bangsa. Pengorbanan yang tidak berbelah bagi dan tidak
mengerti erti penat-lelah bukan sahaja dapat melahirkan warga negara yang berjaya dalam
hidup bahkan dapat membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Bagi meraikan dan
membalas jasa para pendidik, IPG Kampus Tuanku Bainun turut tidak ketinggalan untuk
mengadakan sambutan Hari Guru 2020.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun sangat bermakna kepada
masyarakat dan negara. Sambutan ini menjelaskan bahawa kita memiliki sebuah negara
berdaulat. Sambutan ini diadakan agar rasa cinta akan negara dalam kalangan generasi
baharu terutama siswa siswi pendidik dapat terus disemai. Rasa cinta akan negara dalam
kalangan rakyat pelbagai ras dapat menangkis bibit perpecahan dan ancaman terhadap
kestabilan negara.

3. ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Meraikan warga pendidik dan mengeratkan hubungan

3.2 Mengenang dan menghargai jasa guru-guru/ pendidik mencurahkan bakti

3.3 Memupuk perpaduan kaum , semangat setiakawan dan saling bekerjasama

3.4 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dalam jiwa para pendidik

3.5 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan

3.6 Mewujudkan semangat kekitaan dan kerja berpasukan serta mengeratkan perpaduan di
semua peringkat.
4. Anggaran Kos – RM2,135.00

Anggaran
Bil Senarai Barang Unit Jumlah
Harga (Rm)
1 Papan Pameran Bercermin 2 500 1000
2 Kotak Pameran Bercermin 1 300 300
3 Kain Tudung Meja 5 30 150
4 Langsir 3 50 150
5 Alatan Untuk Kemasan Karya Seni 100
6 Alatan Kebersihan 50
7 Banner 1 65 65
8 Flyer 2 35 70
9 Bahan Untuk Perasmian 100 100
10 Jamuan Hi-Tea 50 Orang 3 150
JUMLAH 2,135.00

5. CADANGAN

4.1 Menjadikan kedua-dua perayaan ini sebagai suatu program tahunan yang sangat penting.

6. IMPLIKASI

6.1 Menjadi lambang penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan pendidik
(pensyarah) atas jasa dan bakti yang dicurahkan.

6.2 Pelajar tahu untuk menghargai dan berterima kasih kepada guru (pensyarah)

6.3 Dapat menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan
dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis
sambutan tersebut secara langsung.

7. SYOR

7.1 Permohonan ini dapat diberi pertimbangan dan kelulusan oleh Pentadbiran IPGM kerana
sambutan Hari Guru merupakan suatu tanda ingatan terhadap jasa dan pengorbanan guru
sepanjang hayat. Sementara, sambutan Hari Kemerdekaan merupakan simbol perpaduan
dan penyatuan negara.
PENUTUP

Kedua-dua sambutan Hari Guru dan Hari Kemerdekaan memberi peluang kepada siswa –siswi
pendidik untuk mengeratkan silaturrahim dan mempertingkatkan lagi semangat patriotik serta
cinta akan Malaysia.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai