Anda di halaman 1dari 3

SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM

KEM SEMENGGO
93677 KUCHING

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN


(BODY MASS INDEX)
SKMJDI 2023

NAMA PROGRAM
PELAKSANAAN STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN (BODY MASS INDEX)

PENGENALAN
Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan [Body Mass Index] (BMI) untuk Murid Sekolah
Malaysia Berumur Lima hingga Sembilan Tahun dikenali sebagai BMI 5-9T. Program BMI 5-9T oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan menangani isu obesiti dalam kalangan murid sekolah
seawal umur lima tahun. Program ini juga untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan
mempunyai komposisi badan yang ideal dan melakukan aktiviti kecergasan secara tekal sertamengamalkan
pemakanan sihat untuk kesejahteraan diri.

BMI ialah petunjuk jumiah lemak badan berbanding ketinggian. BMI dapat menentukan status individu
sama ada kurus, berat badan normal, berlebihan berat badan dan obes. Pelaksanaan program BMI 5-9T
dimulakan dengan ujian mengukur tinggi dan berat murid bagi mendapatkan skor BMI serta diikuti dengan
intervensi aktivit fizikal dan amalan pemakanan shat.

OBJEKTIF

Murid dapat :
1. mengetahui status BMI diri sendiri.
2. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.
3. Melakukan akliviti fizikal secara tekal untuk mencapai tahap kecergasan fizikal.
4. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan harian.

PANITIA PELAKSANA

Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SKMJDI dengan kerjasama PK Ko-Kurikulum,


En. Laverne Anak Estor.
KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pra-sekolah hingga Tahun 3 ( senarai nama dikepilkan )

GURU YANG TERLIBAT

1. En. Laverne Anak Estor – PK KK


2. En.Clarance Casey Anak Marker – KP Panitia PJK
3. Cikgu Alyanie – Guru PJ Tahap 1
4. Cikgu Majidi – Guru PJ Tahap 1
5. Cikgu Teresa – Guru PJ Tahap 1
6. Cikgu Leonard – Guru PJ Tahap 1

PROSEDUR / PELAKSANAAN

Tarikh : Isnin,12Jun 2023 – Jumaat, 16 Jun 2023


Tempoh : 1 minggu
Tempat : Dewan Sri Lara
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
Aturcara : Murid - murid akan dipanggil dan diukur mengikut kelas dan kumpulan
yang akan disediakan.

PERALATAN

Guna pakai peralatan sukan sekolah yang sedia ada (alat penimbang dan peta pengukur).

BELANJAWAN

Tiada kos perbelanjaan diperlukan.

Pelan dan Tindakan Jadual Kerja

Bil Tarikh
1 23.05.2023 Perbincangan dengan PK KK dan mendapat
persetujuan dari Guru Besar
2 25.06.2023 Menyediakan kertas kerja
3 12.06.2023 Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks
Jisim Badan [Body Mass Index] (BMI)
4 26.06.2023 Post Mortem dan penyediaan laporan

JAWATANKUASA PROGRAM UJIAN SEGAK 2023


SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM
KEM SEMENGGO, 93677 KUCHING

Pengerusi : Ustaz Ahmad Mustaffa Bin Hj. Idris ( GB )

Timbalan Pengerusi : 1. Pn. Roseline Anak Rongi ( PK1 )


2. En. Laverne Anak Estor (PK KK )

Penyelaras : En. Clarance Casey Anak Marker ( Ketua Panitia PJJK )


Setiausaha : En. Cecil Cosmas Anak Nohe

AJK : 1. Cikgu Alyanie – Guru PJ Tahap 1


2. Cikgu Majidi – Guru PJ Tahap 1
3. Cikgu Teresa – Guru PJ Tahap 1
4. Cikgu Leonard – Guru PJ Tahap 1

PENUTUP

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan memiliki komposisi
badan yang ideal untuk kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Disediakan Oleh :

__________________________________
( )
Panitia PJK SKMJDI

Disahkan Oleh :

______________________________________
( USTAZ AHMAD MUSTAFFA BIN HJ. IDRIS )
Guru Besar SKMJDI

Anda mungkin juga menyukai