Anda di halaman 1dari 3

Smasher Madness Zone

Lot 2634, Ground Floor, Block A, Gala City,


Jalan Lapangan Terbang, 93250 Kuching,
Sarawak.

Nama Calon:
No K/P:
Angka Giliran:
Sekolah:
Ringkasan Eksekutif
Smasher Madness Zone (SMZ) merupakan sebuah perniagaan peralatan
badminton jenis milikan tunggal yang telah didaftarkan pada 13 Disember 2022.
Perniagaan ini menjual aneka jenis peralatan badminton seperti raket, bulu tangkis,
kasut dan jersi.
Tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan ini adalah untuk memohon
Pembiayaan daripada institusi kewangan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk
menambah keperluan modal sedia ada. Modal awal perniagaan ini berjumlah
RM80,000.00 yang telah digunakan untuk membeli kelengkapan dan operasi
perniagaan sejak Januari 2023 yang lalu. Pembiayaan tambahan ini akan digunakan
untuk membayar sewa, gaji pekerja, membeli kenderaaan dan lain-lain keperluan.
Smasher Madness Zone (SMZ) memilih BSN kerana yakin dengan
keupayaan dan kreatibiliti bank ini dalam membantu usahawan muda. Pinjaman
BSN juga pada kadar faedah yang berpatutan dan mampu dibayar oleh usahawan
dalam tempoh yang ditetapkan.
Smasher Madness Zone (SMZ) ditadbir urus oleh seorang pengurus besar
dengan dibantu oleh 2 orang pengurus dan 2 orang staf sokongan.untuk
memastikan perniagaan ini dijalankan secara sistematik.
Aktiviti pemasaran dilaksanakan mengikut campuran pemasaran (4P) dimana
harga yang ditetapkan atas produk yang ditawar adalah berpatutan dan mampu
berdaya saing juga mampu dibayar oleh pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan
juga berkualiti serta memenuhi citarasa pelanggan pada masa kini. Tempat yang
dipilih juga strategik, mempunyai syer pasaran yang menjamin perniagaan ini
mencatat peningkatan dalam jualan dan keuntungan dari masa ke semasa. Promosi
juga dijalankan dengan agresif dan rancak untuk memastikan kesetiaan pelanggan
sedia ada dan untuk menarik pelanggan baharu.
Smasher Madness Zone (SMZ) akan memastikan operasi perniagaan dapat
berjalan dengan lancar dengan mengambil kira waktu operasi yang sesuai serta
memudahkan pelanggan berurusan. Pembelian stok juga sangat dititikberatkan
supaya tidak berlaku kekurangan bekalan kerana ini akan mengganggu operasi
perniagaan untuk berjalan dengan lancar.
Dari aspek Rancangan kewangan, penyata-penyata kewangan akan
disediakan untuk mengukur prestasi perniagaan dari semasa ke semasa.
Smasher Madness Zone (SMZ) ini mempunyai prospek masa depan yang
baik kerana masyarakat semakin mementingkan kesihatan dengan bersukan. Saya
berharap boleh mengembangkan perniagaan ini ke seluruh Sarawak dalam tempoh
lima tahun.

Anda mungkin juga menyukai