Anda di halaman 1dari 3

MORFOLOGI 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
adverba. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan
penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Rosel atau asam paya, asam susur, asam kundang, dan sorrel terdapat di Afrika, India, dan
Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih daripada 300 spesies rosel di seantero dunia.
Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 meter dengan dahannya yang tumbuh
menegak dan melentur rebah apabila buahnya lebat. Kaliks atau kelopak buah rosel kaya
dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba
ini dapat mempercepat peredaran darah dan mengurangkan hipertensi
[8 markah]
SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti ayat-ayat pasif dan tukarkannya
kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Roslee : Saya berasa sedih, Manjit…
Manjit : Hai, mengapa pula? Bukankah kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu
Fatimah sudah kita bereskan? Agaknya kamu bersedih kerana kamu tidak mempunyai wang
untuk membayar minuman dan makanan itu nanti!
Roslee : Begini Mnjit… Kolam penternakan ikan talapia merah saya abaikan sehingga
banyak ikan yang mati.
Manjit : Mengapakah ikan-ikan itu kauabaikan?
Roslee : Entahlah….
Manjit : Usahlah sedih,
Roslee. Jom, kita bersama-sama mengusahakannya.
[6 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti satu ayat tanya, satu ayat
penyata dan dua ayat perintah yang terdapat dalam petikan. Anda perlu menyalin
ayat yang berkenaan dengan melabelkan jenis ayat tersebut.

Apakah ciri-ciri pemimpin idaman anda?

“Antara ciri pemimpin idaman saya ialah prihatin dan berjiwa rakyat. Sebagai peniaga
gerai, saya amat bergantung harap pada pemimpin untuk menyelesaikan masalah peniaga
kecil seperti kami. Tolonglah turun padang, berjumpa rakyat jelata seperti kami. Ambil
tahu tentang keperluan kami.”

Puan Nurul Izzati binti Ayob,


Pemilik gerai.

Dipetik dan diubah suai daripada


Buku Teks Tingkatan 4 halaman 222
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[8 markah]

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Adik saya masih belum tidur.

2. Budak-budak itu sedang bermain bola sepak di padang.

3. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.

4. Rakyat harus bekerjasama untuk kejayaan masa depan negara.

5. Kumar belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang


cemerlang.
.

6. Ibu saya pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.

Anda mungkin juga menyukai