Anda di halaman 1dari 41

HARIZ SHARIF

Penyelesaian Masalah Data Visualization Untuk Pelbagai


Industri Yang Menggunakan Microsoft Excel

WWW.BELAJARPOWERBI.COM
Isi Kandungan

1. Pengenalan ......................................................................... 3
Siapa saya?.............................................................................. 3
2. Pengenalan kepada Power BI dan Data Visualization. ........ 8
Kepentingan Data Visualization .............................................. 8
Power BI: Game Changer untuk dunia Business Intelligence 10
Gambaran Keseluruhan Komponen Power BI ....................... 11
3. Desktop Power BI: Langkah Pertama Anda ....................... 15
Install Desktop Power BI ....................................................... 15
Meneroka paparan Power BI Desktop................................... 17
Menyambung Power BI Desktop ke Sumber Data. ............... 19
4. Data Preparation dan Transformation untuk Beginners. .. 21
Mengimport dan Menyambung Data daripada Excel. .......... 21
Teknik Asas Data Cleansing .................................................. 23
Merging (Menggabungkan) dan Appending (Menambah)
Queries atau data tables. ...................................................... 24
5. Hasilkan Data Models dan Measures yang mudah ........... 27
Memahami Model Data ........................................................ 27
Membina asas Relationships antara Datasets....................... 28
Pengenalan kepada Measures dan Calculated Columns ....... 30
6. Asas Data Visualization ..................................................... 33
Memilih Visual yang Tepat .................................................... 33
Membina Laporan dan Dashboard yang Interaktif. .............. 36

www.belajarpowerbi.com
Menyesuaikan Visual dan Manfaatkan Penggunaan Themes.
.............................................................................................. 37
7. Kelas Live Power BI ........................................................... 40

www.belajarpowerbi.com
1. Pengenalan

Salam!

Selamat datang ke dunia transformasi dan data


visualization menggunakan Power BI! Seiring
dengan permintaan yang sangat tinggi untuk siapa-
siapa sahaja untuk membuat keputusan
berpandukan data, tidak kira berlatar belakangkan
kerjaya apa, individu yang dapat menganalisa,
menginterpretasi dan menyampaikan data secara
efektif sudah pasti akan menjadi semakin bernilai
dalam syarikat.

Ebook ini bertujuan untuk memperkenalkan anda


dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
menguasai Power BI tanpa mengira pengalaman
anda dalam dunia programming atau latar
belakang industri.

Siapa saya?
Nama saya Muhammad Hariz dan saya sangat
gembira untuk berkongsi ilmu mahal dengan anda
dalam meneroka dunia data visualization yang
menarik ini.

www.belajarpowerbi.com
Dulu, masa saya belajar dalam bidang
kejuruteraan, saya memang terpaksa uruskan data
dengan cara lama - uruskan manual. Itu dulu lah,
sebab waktu tu Power BI tak wujud lagi.

Masa tu, saya guna Excel untuk uruskan data. Tapi


bila data semakin banyak dan kompleks, Excel ni
memang tak boleh nak bantu selesaikan masalah
dah. Kadang-kadang saya sampai tertinggal kerja
yang lain sebab nak tunggu Excel proseskan data.
Malah, saya selalu rasa Excel ni kurang menarik dan
tidak mudah difahami. Ada jer formula yang
kompleks yang perlu dibuat! Vlookup, Index, Pivot
table, if else, dan macam-macam formula saya
terpaksa gabungkan sampai jadi makin berat dan
mudah error database saya.

www.belajarpowerbi.com
Jadi ebook ini ditulis khas dalam Bahasa Melayu
untuk individu tanpa pengalaman coding seperti
saya dan tidak kira berlatarbelakangkan apa-apa
industri kerana zaman sekarang semua pekerjaan
memerlukan data untuk siapkan kerja. Sama ada
cepat atau lambat sahaja yang menjadi perbezaan
antara setiap individu untuk menghasilkan laporan.

Saya telah terlibat selama 10 tahun sebagai


pengguna tegar Excel dan Power BI untuk hasilkan
laporan kerja dan 6 tahun pengalaman sebagai
Jurutera dalam industri Utiliti. Juga seorang
pengajar Advance Microsoft Excel dan Power BI
secara sambilan dan telah menghasilkan lebih 50
laporan dashboard yang berimpak tinggi hasil
inisiatif sendiri untuk kegunaan audiens yang perlu
membuat keputusan yang kritikal.

www.belajarpowerbi.com
Saya juga telah dinobatkan sebagai Champion
semasa menyertai Hackaton Power BI yang terdiri
daripada lebih 48 peserta seluruh Malaysia dan
dinilai oleh panel dari Microsoft sendiri. Jadi ada
rahsia penting mengapa dashboard tersebut dikira
sebagai berkualiti.

Kini, saya ingin berkongsi pengetahuan dan


kepakaran saya dengan anda melalui ebook yang
komprehensif ini.

Sama ada anda seorang penganalisa data yang


bercita-cita tinggi, seorang profesional yang ingin
meningkatkan lagi kemahiran anda atau hanya
seorang yang ingin bermula dalam menguasai data
visualization, ebook ini akan membantu anda
langkah demi langkah proses menghasilkan

www.belajarpowerbi.com
dashboard dengan Power BI dan anda akan dapat
belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
data dan menyampaikan pandangan anda dengan
lebih berkesan.

Jadi mari kita mulakan! Ayuh sama-sama kita


mulakan perjalanan yang menarik dalam meneroka
kelebihan data dan dapat tingkatkan lagi kerjaya
anda ke peringkat yang lebih tinggi.

www.belajarpowerbi.com
2. Pengenalan kepada Power BI dan Data
Visualization.

Dalam dunia yang berkembang dengan data hari


ini, keupayaan untuk menganalisa dan
menyampaikan data dengan berkesan adalah
penting untuk membuat keputusan yang tepat.
Data visualization memainkan peranan yang
penting dalam memahami corak data yang
kompleks dan mengenal pasti trend yang boleh
memberi kesan ketara kepada kemajuan mana-
mana organisasi.

Bab ini saya akan memperkenalkan anda kepada


kepentingan data visualization, peranan Power BI
dalam dunia Business Intelligence (BI) dan
gambaran keseluruhan komponennya.

Kepentingan Data Visualization

Data visualization adalah data yang disampaikan


dalam bentuk grafik, yang membolehkan pengguna
memahami pattern, trend dan perhubungan atau

www.belajarpowerbi.com
relationship dalam data tersebut. Beberapa
manfaat utama data visualization termasuk:
• Mempertingkatkan pemahaman:
Memvisualisasikan data boleh membantu
dalam memudahkan set data yang kompleks
ditukarkan menjadi matlumat yang lebih mudah
untuk difahami dan ditafsir.
• Membuat keputusan yang lebih pantas: Data
visualization membolehkan pembuat
keputusan dapat mengenal pasti trend dan
corak data yang kritikal dengan lebih baik dan
pantas.
• Komunikasi yang berkesan: Visualisasi
memudahkan pengguna untuk menyampaikan
hasil analisa tidak kira kepada audiens yang
berlatar belakangkan teknikal atau bukan
teknikal, memudahkan perbincangan dan
mampu membuat keputusan berpandukan
data.
• Mengenal pasti kejanggalan pada data: Data
visualization boleh menunjukkan kejanggalan
pada data yang mungkin memerlukan analisa
dan kajian yang lebih lanjut.

www.belajarpowerbi.com
Power BI: Game Changer untuk dunia Business
Intelligence

Power BI adalah set business analytics tools yang


dibangunkan oleh Microsoft, yang direka untuk
membantu organisasi menganalisa dan visualkan
data mereka. Power BI telah menjadi game
changer dalam dunia business intelligence
berbanding dengan zaman dulu disebabkan
interface yang sangat mesra pengguna, keupayaan
analisa data yang hebat dan integrasi yang sangat
lancar dengan produk Microsoft yang lain.
• Analytic yang bersifat layan diri tanpa perlu
mengupah programmer yang mahal: Power BI
menggalakkan pengguna yang mempunyai latar
belakang teknikal yang sedikit atau pun tiada
langsung untuk mengakses, menganalisa dan
memvisualisasikan data mereka dengan mudah.
Secara tidak langsung dapat mengurangkan
kebergantungan terhadap jabatan IT atau pakar
data di syarikat anda.
• Pemahaman data yang bersifat Real-time:
Power BI menyokong sambungan data secara
real-time yang membolehkan organisasi
membuat keputusan yang tepat berdasarkan
matlumat terkini.

www.belajarpowerbi.com
• Visual yang boleh disesuaikan dalam pelbagai
bentuk dan interaktif: Power BI menawarkan
pelbagai jenis visual yang boleh disesuaikan
untuk memenuhi keperluan tertentu.
• Integrasi yang sangat lancar: Power BI mampu
integrate dengan produk Microsoft lain seperti
Excel, Sharepoint dan Azure dengan lancar,
serta pelbagai aplikasi pihak ketiga,
membuatkan proses menganalisa data dapat
diperkemaskan.
• Mampu digunakan ke peringkat yang lebih
tinggi dan kompleks: Power BI memenuhi
keperluan organisasi dari pelbagai saiz dengan
menyediakan model perlesenan yang fleksibel
dan cloud-based architecture yang menyokong
Data Visualization organisasi dibawa ke
peringkat yang lebih tinggi, kompleks dan
mengikut kesesuaian semasa.

Gambaran Keseluruhan Komponen Power BI

Power BI terdiri daripada pelbagai komponen yang


ada persamaan fungsi untuk membantu pengguna
menganalisa, memvisualkan dan berkongsi hasil
data yang telah dikaji. Komponen utama Power BI
adalah:

www.belajarpowerbi.com
• Power BI Desktop: Aplikasi Windows-Based
yang berfungsi sebagai alat utama untuk
menghasilkan laporan dan dashboards. Ia
termasuk penyediaan data, pemodelan data
dan keupayaan visualisasi data.

• Power BI Service: Platform Cloud-Based yang


membolehkan pengguna berkongsi,
berkolaborasi dan menerbitkan(publish)
laporan serta dashboard secara atas talian yang
dihasilkan menggunakan Power BI Desktop. Ia
juga menyokong sambungan data secara real-
time dan boleh automatic refresh data secara
berjadual.

www.belajarpowerbi.com
• Power BI Mobile: Aplikasi mudah alih yang
boleh dimuat turun dari peranti iOS, Android,
dan Windows, yang membolehkan pengguna
mengakses dan berinteraksi dengan laporan
Power BI dan dashboard walaupun anda sedang
berjalan dan memastikan hasil data analisa
sentiasa tersedia pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja.

www.belajarpowerbi.com
Secara ringkasnya, data visualization adalah alat
penting untuk perniagaan, pekerjaan dan
organisasi untuk menganalisa dan memahami set
data yang kompleks yang membawa kepada
keputusan yang tepat dan komunikasi yang
berkesan. Power BI adalah alat Business
Intelligence yang sangat hebat dan alat data
visualization untuk pengguna daripada pelbagai
tahap kepakaran teknikal. Dengan memahami
komponen utama Power BI dan aplikasinya, anda
boleh teroka potensi data anda dan membawa
organisasi anda ke arah yang lebih maju.

www.belajarpowerbi.com
3. Desktop Power BI: Langkah Pertama Anda

Penting untuk anda membiasakan diri dengan


Power BI Desktop untuk memulakan perjalanan
anda dengan Power BI di mana ia adalah alat utama
untuk kita membuat laporan dalam bentuk data
visualization. Dalam bab ini, saya akan tunjukkan
kepada anda proses memuat turun dan install
Power BI Desktop, meneroka paparan dan cara
untuk sambungkan sumber data seperti Excel
kepada Power BI.
Install Desktop Power BI

Untuk install Power BI Desktop pada komputer


Windows anda, ikuti langkah berikut:
1. Download dan install Power BI Desktop di
i) Microsoft Store
https://go.microsoft.com/fwlink/?linkid=
2135345 (Recommended)

www.belajarpowerbi.com
ii) laman web rasmi
https://powerbi.microsoft.com/
(Disyorkan untuk download versi 64-bit
supaya dapat berikan prestasi yang lebih
baik dan boleh mengendalikan set data
yang lebih besar).
Anda disarankan download dari Microsoft Store
(pilihan 1) terus supaya Power BI Desktop
sentiasa dikemaskini secara automatik setiap
bulan tanpa perlu download dan install semula
berbanding sekiranya anda download di laman
web rasmi.

iii) Setelah installation selesai, lancarkan


Power BI Desktop.

iv) Seterusnya anda boleh log in dengan


akaun Microsoft anda. Jika anda tidak ada
akaun Microsoft, anda boleh sign up
secara percuma di Sign up Power BI Page
dengan menggunakan mana-mana email
business syarikat anda sedang bekerja
seperti hariz@belajarpowerbi.com.
Microsoft tidak benarkan anda sign up
menggunakan email seperti gmail, yahoo
atau hotmail. Sekiranya anda tidak
bekerja atau tiada email syarikat, anda

www.belajarpowerbi.com
boleh hubungi saya untuk cara dapatkan
email syarikat secara percuma khas
digunakan untuk latihan cara
menggunakan Power BI.

v) Sekiranya sudah berjaya, anda boleh log


in Power BI Services dengan
menggunakan mana-mana browser di
https://app.powerbi.com/home
Tahniah! Sekarang anda sudah boleh mula belajar
cara menggunakan Power BI di Desktop dan juga
Power BI Services online secara percuma selepas
dashboard anda telah siap supaya boleh
dikongsikan kepada pengguna yang lain.

Meneroka paparan Power BI Desktop

Apabila anda buka Power BI Desktop buat kali


pertama, anda boleh lihat paparan utama yang
dibahagikan kepada beberapa bahagian:

• Ribbon: Ribbon di bahagian atas Windows


mengandungi pelbagai tools dan commands

www.belajarpowerbi.com
untuk memanipulasi data, hasilkan visual dan
mereka bentuk laporan.
• Report view: Ini adalah ruang tengah di mana
anda akan mereka bentuk laporan dengan
menambah atau menyusun visual-visual yang
perlu.
• Pages tab: Terletak di bahagian bawah. Pages
tab membenarkan anda untuk memilih pages
yang berbeza dalam laporan anda dan juga
boleh menambah pages baru.
• Visualization pane: Terletak di sebelah kanan
Windows. Visualization pane mengandungi
galeri visual yang telah tersedia dan boleh
ditambahkan pada laporan anda.
• Fields pane: Field pane juga terletak di sebelah
kanan Windows, memaparkan data tables dan
semua columns yang anda telah masukkan
dalam Power BI Desktop.

www.belajarpowerbi.com
Menyambung Power BI Desktop ke Sumber Data.

Power BI Desktop menyokong hampir ke semua


jenis sumber data, termasuk fail Excel, databased,
online services, dan banyak lagi. Untuk
menyambungkan sumber data yang anda, boleh
ikuti langkah berikut:
i) Klik pada tab “Home” dalam Ribbon dan pilih
“Get Data”.
ii) Satu window akan dibukan, memaparkan
pelbagai kategori sumber data seperti “File”,
“Database”, “Power Platform”, “Azure”, dan
“Online Services”. Pilih kategori yang
bersesuaian dengan sumber data anda.
iii) Pilih sumber data yang spesifik untuk anda
sambungkan (Eg: Excel, SQL Server,

www.belajarpowerbi.com
Sharepoint, Googlesheet, etc) dan klik
“Connect”.
iv) Ikut arahan pada skrin untuk berikan
matlumat yang diperlukan seperti lokasi fail,
nama server atau butiran pengesahan
bergantung pada sumber data pilihan anda.
v) Setelah disambungkan, anda boleh pilih data
tables atau queries yang anda mahu load ke
dalam Power BI Desktop dan mula membina
model dan visualkan data anda.

Dengan mengikuti langkah mudah ini, anda akan


berjaya install Power BI Desktop, meneroka
paparannya dan sambungkan ke sumber data
pertama anda. Dengan adanya asas ini, kini anda
lebih bersedia untuk pergi lebih jauh dalam dunia
data preparation, transformation dan visualization
dengan Power BI.

www.belajarpowerbi.com
4. Data Preparation dan Transformation
untuk Beginners.

Salah satu langkah penting dalam proses analisa


data adalah dengan menyediakan data (Data
Preparation) dan mengubah data (Data
Transformation) anda untuk memastikan ia tepat,
konsisten dan sedia untuk divisualkan. Dalam bab
ini, kita akan
• Meneroka cara mengimport dan menyambung
data daripada Excel.
• Menggunakan teknik asas Data Cleansing.
• Menggabungkan (merge) atau menambah
(append) queries untuk menghasilkan set data
yang lengkap untuk dianalisa.

Mengimport dan Menyambung Data daripada


Excel.

Untuk mengimport dan menyambung data


daripada fail Excel, ikut langkah berikut:
i) Dalam Power BI Desktop, klik pada tab
“Home” dalam Ribbon dan pilih “Get Data”.
ii) Pilih “File” sebagai kategori sumber data dan
kemudian pilih “Excel”.

www.belajarpowerbi.com
iii) Klik “Connect” dan cari lokasi fail Excel anda.
Pilih fail dan klik “Open”.
iv) Power BI akan memaparkan sheets dan
tables yang ada dalam fail Excel. Pilih yang
mana anda mahu import dan klik “Load”atau
“Transform Data”.

www.belajarpowerbi.com
Data Excel yang dipilih kini akan dimuatkan ke
dalam Power BI Desktop dan muncul di bahagian
“Fields pane”. Sekarang data anda telah sedia
untuk dianalisa dan divisualkan ke peringkat
seterusnya.

Teknik Asas Data Cleansing

Selepas mengimport data anda, penting untuk


anda “bersihkan” dengan teknik Data Cleansing
dan memprosesnya terlebih dahulu untuk
memastikan data yang tepat dan konsisten. Power
BI telah menyediakan beberapa tools untuk
membantu anda laksanakan tugas asas data
cleansing.
• Rename columns: Right-click pada column di
Fields pane dan pilih “Rename” untuk berikan
nama column yang lebih mudah difahami dan
deskriptif.
• Change data types: Untuk mengubah jenis data
sesuatu column, klik pada ikon data type
bersebelahan dengan column name dalam
Fields pane dan pilih jenis data daripada yang
sesuai dari dropdown menu (Eg: Text, Whole
Number, Decimal Number, Date/Time, etc)

www.belajarpowerbi.com
• Remove unwanted columns: Right-click pada
column di Fields pane dan pilih “Remove” untuk
padamkan column yang tidak diperlukan
daripada set data anda.
• Fill or replace missing values: Dalam Power
Query Editor, anda boleh gunakan “Fill” dan
“Replace Values” untuk mengendalikan data
yang hilang atau salah. Untuk mengakses Power
Query Editor, klik pada "Edit Queries” di tab
Home pada Ribbon.

Merging (Menggabungkan) dan Appending


(Menambah) Queries atau data tables.

Apabila mengendalikan pelbagai datasets atau


tables, anda mungkin perlu menggabungkannya
untuk melengkapkan dataset yang lengkap dan
mantap untuk dianalisa. Power BI menyediakan 2
kaedah untuk menggabungkan queries: Merging
dan Appending.
i) Merging Queries: Merging digunakan untuk
menggabungkan dua Table dengan
memadankan rows berdasarkan nama
column (sama seperti konsep JOIN dalam

www.belajarpowerbi.com
SQL). Untuk gabungkan queries, ikut langkah
berikut:

a) Dalam Power Query Editor, klik pada “Home”


dan kemudian pilih “Merge Queries”.
b) Pilih Primary Table dan Table yang anda
mahu gabungkan.
c) Pilih Column yang sepadan dengan kedua-
kedua Tables.
d) Pilih jenis join yang anda mahu lakukan (Eg:
Inner, left outer, right outer, atau full outer)
dan klik “OK”.

ii) Appending Queries: Appending digunakan


untuk menyusun dua atau lebih Tables
dengan columns yang sama di atas satu sama

www.belajarpowerbi.com
lain dan akan menghasilkan satu Table yang
telah digabungkan. Untuk Append queries,
ikut langkah berikut:

a) Dalam Power Query Editor, klik pada “Home”


dan kemudian pilih “Append Queries”.
b) Pilih Tables yang anda mahu tambahkan.
c) Klik “OK” untuk hasilkan satu Table yang
mengandungi semua Rows daripada semua
Tables yang dipilih.

Dengan mengikut langkah-langkah dalam bab ini,


anda akan berjaya mengimport dan
menyambungkan data Excel anda, membersihkan
dan mengubahnya serta menggabungkan
beberapa queries untuk menghasilkan dataset
yang komprehensif untuk dianalisa dalam Power
BI. Asas yang kukuh ini akan membolehkan anda
membina model data dan visual yang mantap dan
tepat.

www.belajarpowerbi.com
5. Hasilkan Data Models dan Measures yang
mudah

Setelah data anda telah siap buat Data Preparation


dan Data Transformation, langkah seterusnya
adalah mencipta Data Modeling (Model data)
untuk menentukan bagaimana Tables dan fields
yang berlainan dapat dikaitkan antara satu sama
lain. Bab ini saya akan mengajar anda fahamkan
konsep Data Modeling, bina asas konsep
relationships, dan memperkenalkan measures dan
calculated columns yang sangat membantu untuk
anda bina dashboard yang berkualiti dan mudah.

Memahami Model Data

Model data adalah struktur, hubung kait dan


kekangan antara tables yang menjadi wakil dalam
dataset anda. Ia berfungsi sebagai asas untuk
mencipta visual dan analisa data yang tepat dan
bermakna. Dalam Power BI, model data terdiri
daripada tables, columns, relationships, dan
measures yang memberi maksud bagaimana data
harus disusun dan diproses.

www.belajarpowerbi.com
Membina asas Relationships antara Datasets.

Relationships dalam model data menentukan


bagaimana tables disambungkan dan berinteraksi
antara satu sama lain. Untuk menghasilkan
relationships antara tables dalam Power BI, ikut
langkah berikut:
i) Dalam Power BI Desktop, klik pada tab
“Model” di left pane to mengakses paparan
data modeling.

ii) Drag dan drop tables ke atas modelling


canvas.
iii) Untuk menghasilkan relationship, klik pada
common field (atau key) dalam satu table
dan drag ke field yang sepadan dengan table
yang lain.

www.belajarpowerbi.com
iv) Satu garisan akan muncul di antara kedua-
kedua tables, menunjukkan bahawa
hubungan (relationship) telah diwujudkan.

v) Anda boleh klik pada garisan untuk melihat


atau mengubah suai sifat perhubungan yang
telah diwujudkan seperti jenis perhubungan
(one-to-one, one-to-many atau many-to-
one) dan cardinality (satu(single) atau
kedua-dua(both) arah).

www.belajarpowerbi.com
Pengenalan kepada Measures dan Calculated
Columns

Measures dan calculated columns merupakan


fungsi yang paling powerful dalam Power BI. 90%
potensi Power BI anda akan kehilangan sekiranya
anda tidak menggunakan fungsi ini. Fungsi ini
membolehkan anda melakukan calculations dan
mencipta data baru berdasarkan model data sedia
ada anda. Walaupun kedua-duanya boleh
digunakan untuk melakukan calculations, namun ia
mempunyai tujuan yang berbeza:

i) Calculated columns: Calculated columns


ialah column baru yang ditambah pada table
dengan nilainya dikira berdasarkan formula.

www.belajarpowerbi.com
Nilai yang dikira akan disimpan dalam model
data dan dikemaskini apabila data di
refreshed semula. Untuk menghasilkan
calculated column, ikut langkah berikut:
a) Dalam paparan report view, pilih table
yang anda ingin tambahkan calculated
column yang baru.
b) Klik pada tab “Modeling” di Ribbon dan
pilih “New Column”.

c) Dalam bar formula, masukkan formula


untuk calculated column dan tekan Enter.

ii) Measures: Measures adalah calculations


bersifat dynamic yang menyatukan data
berdsasarkan konteks di mana ia digunakan
seperti pemilihan filter atau slicers dalam
laporan. Measures tidak disimpan dalam
model data tapi ia akan dikira secara virtual
mengikut keperluan. Untuk menghasilkan
measure, ikut langkah berikut:
a) Dalam paparan data model¸ pilih table
yang anda mahu tambah measure.

www.belajarpowerbi.com
b) Klik pada tab “Modeling” di Ribbon dan
pilih “New Measure”.

c) Dalam bar formula, masukkan expression


atau formula untuk measure, biasanya
anda akan menggunakan aggregation
functions seperti SUM, AVERAGE atau
COUNT dan tekan Enter.

Dengan memahami data models, mewujudkan


relationships dan hasilkan measures dan calculated
columns, anda boleh menghasilkan asas laporan
dan visual yang kukuh di Power BI anda. Tools ini
membolehkan anda mengorak langkah seterusnya
untuk mengkaji lebih dalam nilai yang besar
daripada data anda.

www.belajarpowerbi.com
6. Asas Data Visualization

Memvisualkan data adalah langkah penting dalam


proses menganalisa data kerana ia yang membantu
kita menyampaikan matlumat yang kompleks
dalam bentuk yang mudah difahami. Dalam bab ini,
kita akan membincangkan cara memilih visual yang
betul, menghasilkan laporan dan dashboards yang
interaktif serta menyesuaikan visual serta
menggunakan themes dalam Power BI.

Memilih Visual yang Tepat

Memilih visual yang sesuai untuk data anda adalah


penting untuk menyampaikan hasil analisa anda.
Power BI menawarkan pelbagai jenis visual yang
boleh dipilih dan kunci rahsia untuk memilih yang
betul terletak pada cara anda fahamkan data dan
mesej yang ingin disampaikan. Berikut adalah
beberapa visual yang biasa digunakan dan
penggunaannya:

www.belajarpowerbi.com
i) Bar atau Column Chart: Sesuai untuk
membandingkan nilai antara kategori atau
memaparkan trends dari semasa ke semasa.

ii) Line Chart: Berguna untuk memaparkan


trends atau perubahan dari semasa ke
semasa terutamanya apabilan berurusan
dengan yang berterusan.

iii) Pie atau Donut Chart: Sesuai untuk


memaparkan pengagihan data antara
kategori. Namun harus digunakan dengan
berhati-hati dan digunakan untuk kategori
yang sedikit sahaja supaya pengguna boleh
baca dengan lebih baik.

www.belajarpowerbi.com
iv) Treemap: Berkesan untuk memaparkan data
dalam bentuk hierarki dan menunjukkan saiz
kategori yang berkaitan.

v) Scatter atau Bubble Chart: Sesuai untuk


memaparkan hubungan antara dua atau
lebih pembolehubah (variables) dengan saiz
bubble yang mewakili dimensi tambahan.

www.belajarpowerbi.com
vi) Table atau Matrix: Sesuai untuk
memaparkan data yang lebih terperinci
dalam bentuk jadual.

Membina Laporan dan Dashboard yang Interaktif.

Power BI membolehkan anda membina laporan


dan dashboard yang interaktif supaya
membolehkan pengguna meneroka dan
menganalisa data melalui pelbagai interaksi. Begini
cara untuk anda hasilkan laporan yang interaktif:

i) Dalam Power BI Desktop, pergi ke tab


“Report”.
ii) Daripada visualizations pane, pilih visual
yang diinginkan dan drag ke kanvas laporan
di tengah-tengah.

www.belajarpowerbi.com
iii) Drag fields yang berkaitan daripada fields
pane di bahagian “fields” visual. Di mana ia
akan mengemas kini visual dengan data
secara automatik.

iv) Ulang proses yang sama untuk tambah lebih


banyak lagi visual ke dalam laporan hingga
anda dapat pengalaman yang komprehensif
dan interaktif dalam menghasilkan
dashboard.
v) Tambahkan slicers dan filters untuk
membolehkan pengguna memperhalusi
lebih mendalam data yang dipaparkan
dalam laporan berdasarkan kriteria tertentu.

Menyesuaikan Visual dan Manfaatkan Penggunaan


Themes.

www.belajarpowerbi.com
Menyesuaikan visual dan menggunakan Themes
boleh membantu anda membuat laporan yang
menarik secara visual dan konsisten untuk
menyampaikan hasil analisa data anda dengan
berkesan. Untuk menyesuaikan visual, ikuti
langkah berikut:
i) Pilih visual yang ingin anda sesuaikan.
ii) Dalam visualizations pane, klik pada tab
“format” (ikon paint roller) untuk mengakses
pelbagai pilihan format seperti warna, saiz
teks, label data dan banyak lagi.
iii) Selaraskan pemilihan pemformatan seperti
yang anda mahu untuk menyesuaikan
dengan paparan visual anda.

Untuk menggunakan Themes pada dashboard


anda, ikut langkah berikut:

i) Dalam Desktop Power BI, klik pada tab


“View” pada Ribbon.
ii) Pilih “Themes” untuk mengakses galeri pre-
built themes.

www.belajarpowerbi.com
iii) Pilih Themes yang selari dengan keutamaan
atau keperluan imej anda. Anda boleh
mengimport themes yang sesuai atau cipta
sendiri themes anda sendiri dengan
menggunakan fail JSON.
Dengan mengikut langkah-langkah dalam bab ini,
anda akan dapat memilih visual yang betul,
membina laporan dan dashboard yang interaktif
serta menyesuaikan visual anda untuk
menyampaikan hasil analisa data anda dengan
berkesan dalam Power BI. Dengan asas yang
ukukuh dalam data visualization, anda akan
dilengkapi dengan skil membuat keputusan
berdasarkan data dan berkongsi hasil analisa anda
dengan orang lain.

www.belajarpowerbi.com
7. Kelas Live Power BI

Tertarik dengan kelebihan


menghasilkan Dashboard
dengan Power BI berbanding
Excel?
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kelas
Power BI saya yang akan datang! Daftar masuk
kelas seterusnya atau waiting list untuk dapatkan
tawaran istimewa diskaun sebanyak hampir 40%.
Dengan menyertai kelas Power BI secara live ini,
anda akan dapat peluang untuk belajar secara
langsung dan praktikal bersama saya. Saya akan
kongsikan hidden secret dan best practice yang
anda tidak boleh cukup dapat dalam ebook ini.
Jangan tunggu lagi! Daftar sekarang dan tingkatkan
lagi kemahiran Data Visualization anda dengan
Power BI. Daftar dan bersiap sedia untuk
tingkatkan lagi kerjaya anda ke tahap yang lebih
tinggi.
Klik BUTTON di bawah untuk mendaftar kelas atau
waiting list dan dapatkan tawaran 40% anda
sekarang.

SAYA NAK BELAJAR LIVE


www.belajarpowerbi.com

Anda mungkin juga menyukai