Anda di halaman 1dari 2

Judul : Batik Kenyalang

Jenis : Batik Tulis


Media : Kain
Bentuk Objek : Flora & Fauna (Burung kenyalang, daun pokok pisang, bunga raya, daun monstera)
Fungsi : Hiasan / Pakaian

UNSUR SENI
1. Garisan : melukis motif (garisan beralun, garisan tebal, nipis, menegak, titik-titik, berpancar)
2. Rupa : rupa organik (bunga, daun, haiwan) & geometri (bulat, segi empat)
3. Bentuk : Bentuk ilusi kerana ia 2D (tidak dapat dilihat dari bawah, atas)
4. Ruang : Objek yang berada di hadapan lebih jelas berbanding yang berada di belakang.
(dipengaruhi oleh warna, garisan, saiz)
5. Warna : warna asas (biru, merah, kuning) warna sekunder (hijau = biru + kuning) (ungu =
biru + merah)
6. Jalinan sentuh : permukaan batik dapat dikesan melalui penglihatan atau sentuhan.

PRINSIP SENI
1. Penegasan, Kontra : Burung kenyalang terlihat menarik perhatian pemerhati kerana
saiznya yang besar daripada motif lain & warna yang menarik.
2. Kesatuan : semua motif saling melengkapi dengan tema flora & fauna.
3. Harmoni : Penggunaan unsur seni yang menimbulkan kesan aman dan damai (flora yang
berwarna warni)
4. Kepelbagaian : Ada flora & fauna. Tidak membosankan.

PROSES BATIK
1. Kain diregangkan pada pemidang
2. Lilin dipanaskan hingga cair
3. Melukis motif menggunakan pensil pada kain
4. Mencanting batik menggunakan canting yang diisi lilin
5. Mewarnakan batik
6. Mengeringkan batik
FUNGSI & MAKNA MOTIF
1. Motif burung kenyalang : menghasilkan bentuk abstrak pada kain, sebagai motif simbolik
(burung ini sering ditemui di Sarawak-batik borneo), melengkapkan corak batik.
2. Motif bunga raya : bunga kebangsaan Malaysia, 5 kelopak melambangkan 5 Rukun Negara
3. Motif daun pisang : daun yang digunakan secara meluas dalam kebudayaan Melayu
(membungkus makanan - nasi lemak, kuih dsb)
4. Motif daun monstera : Daun yang mempunyai unsur estetika yang tersendiri, dan sering
dijadikan hadiah kepada anggota keluarga yang lebih tua.
5. Unsur rupa geometri (bulat) : untuk hiasan flora

Anda mungkin juga menyukai