Anda di halaman 1dari 1

** Baca Pembuka Doa

Ya Allah Ya Tuhan Kami..


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana dengan izinMu, Kami dapat
menghadiri dan berkumpul pada hari ini sempena Program Pintar Antara
Management And Science University (MSU) Dan Kolej Vokasional Gombak
Dalam Program Cegah Kebutaan Dan Kualiti Pendidikan Melalui United Nation
Sustainability Development Goals (UNSDG) pada pagi yang indah ini.

Ya Allah, Engkau berkatilah majlis kami pada pagi ini dengan limpahan rahmat dan
ehsan-Mu Ya Allah, semoga program pintar antara MSU dan KVG ini, berjalan lancer
dan dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang serta beroleh ganjaran
pahala di sisi Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid


Ya Allah, Jadikanlah kami semua, pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu
pengetahuan untuk meningkatkan prestasi akademik dan kemahiran kendiri. Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik, kokurikulum mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami mohon kepada-Mu Ya Allah, kurniakanlah kepada kami hidayah untuk menjadi
hamba-hamba Mu yang bertakwa dan beramal soleh serta berusaha menghindari dosa2
dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah , yang mengundang
kemurkaan-Mu Ya Allah. Limpahkanlah kepada kami sekalian yang hadir ini nikmat
kesihatan yang berpanjangan, ketenangan serta kesejahteraan rohani dan jasmani,
kekuatan mental dan fizikal yang sentiasa menjana ke arah penerokaan ilmu
pengetahuan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

***Baca Penutup Doa


- Robbanaghfir lana zunubana…..
- Robbana aatina fid dunya hasana….
- selawat

Anda mungkin juga menyukai