Anda di halaman 1dari 2

tadi ada anak buah poknik tanya camana nak buat supaya kita tak buat kerja sama

berulang ulang , tetapi


hasil tetap juga tak memberansangkan.

poknik bercakap pada konteks sales ni.

sebab ramai rakan2.. asyik restart restart restart... tak habis habis...

dah berbelas tahun buat bisnes tapi macam tak maju maju.

kejap ada duit

tak lama lepas tu lemas cashflow... duit nak bayar gaji pun tak tau nak cekau kat mana.

konsep yang kita kena faham ialah sales yang paling mudah dan sales yang palin rendah kos ialah sales
kepada manusia yang kenal kita, suka kita dan percaya pada kita.

fokus kepada memperbanyakkan golongan ini... iaitu golongan yang kenal kita, suka kepada kita dan
percaya kepada kita.

jika kita ada 1000 orang dalam kategori ini... sangat mudah utk dapat 100-300 sales dari mereka.

kalau kita ada 100,000 orang dari kategori ini... adalah sangat mudah utk dapat 10,000 sales dari mereka.

kalau satu sales untung rm100 - kita dah dapat untung 1 juta dah

so macamana nak buat supaya ada 100k orang yg dalam kategori ini?

step 1: cari mereka dan pancing mereka (ini akan buat mereka kenal kita)

step 2: tolong mereka dengan info info yang bermanfaat kepada mereka. (ini akan buat mereka suka)
step 3: khidmat kepada mereka dengan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka - biasanya
buat ini secara percuma (ini akan buat mereka percaya pada kita)

3 aktiviti ini kalau kita lakukan secara konsisten selama 5 tahun..... adakah kita akan ada 100,000 orang
yang kenal, suka dan percaya kepada kita?

SUDAH TENTU LAH!!

cuma persoalannya ialah... adakah kita buat 3 benda ni. Dan kalau kita buat 3 benda ni... berapa lama
dah kita buat, dan adakah sampai sekarang ia masih berjalan secara konsisten

samada kita untung ataupun rugi

samada kita sihat ataupun sakit

samada kita ada mood ataupun tak ada mood

samada kita tidur atas wang ataupun tidur dalam kandang kuda..

kalau kita dapat buat 3 aktiviti ni secara konsisten selama bertahun tahun.,.. insyaallah kita tak akan ada
masalah duit ataupun masalah sales.

Anda mungkin juga menyukai