Anda di halaman 1dari 6

STPM 2020

1. Malaysia mendapat banyak manfaat hasil daripada menjadi tuan rumah bagi
acara sukan antarabangsa. Huraikan.

Analisis soalan:
Isu: Malaysia sebagai tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa
Fokus: Manfaat hasil daripada menjadi tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa
Format: 5+0
Pendahuluan:
Sukan merupakan satu saluran untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia.
Negara kita sendiri telah berjaya menganjurkan beberapa kejohanan sukan peringkat
antarabangsa seperti Sukan Komanwel, Grand Prix Formula One dan sebagainya.

Bil Idea Huraian


.
1. Pendapatan negara  Meningkatkan ekonomi negara dari segi tukaran
meningkat mata wang asing
 Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara yang mampan
2. Menjadi destinasi  Orang yang tidak tahu akan kewujudan
pelancongan dan peminat Malaysia akan mengenalinya melalui liputan-
acara sukan liputan yang disampaikan
 Industri pelancongan negara dapat dibangunkan
dengan pesat
3. Meningkatkan mutu  Ahli sukan tempatan berpeluang menyaksikan
sukan negara kehebatan ahli sukan dari seluruh dunia
bertanding di negara kita
 Pemain tempatan yang mengambil bahagian
akan mendapat suntikan semangat yang lebih
daripada penyokong-penyokong tempatan
4. Meningkatkan perpaduan  Mengeratkan perpaduan sejagat antara
sejagat masyarakat dari seluruh dunia
 Semangat kesukanan mengatasi sebarang
perselisihan faham dan memupuk kemesraan
5. Kerjasama antara negara  Kerjasama akan terjalin serta bertambah erat
dapat dikukuhkan dengan adanya penglibatan dalam bidang sukan
dalam kalangan negara yang menjadi peserta
 Hubungan diplomatik ini akan meningkatkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial
6. Perkembangan sektor  Pegawai sukan, pelancong atau peminat sukan
perhotelan dari luar negara akan menginap di hotel-hotel
yang berhampiran
 Hal ini seterusnya memperluaskan pasaran hotel
tersebut ke peringkat antarabangsa
7. Peluang pekerjaan dan  Mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan atau
perniagaan perniagaan walaupun bersifat berkala
 Perniagaan makanan, minuman, pengangkutan
awam seperti teksi dan bas, keperluan pemandu
pelancong turut berkembang

Kesimpulan:
Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa membawa banyak keuntungan kepada
ekonomi negara kita. Banyak peluang keemasan yang terbuka untuk meningkatkan
ekonomi negara. Oleh yang demikian negara Malaysia harus sentiasa mengambil
peluang untuk menjadi tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa.
2. Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani perluasan
aktiviti keganasan pada peringkat serantau dan antarabangsa. Huraikan.
Analisis:
Isu soalan: Aktiviti keganasan pada peringkat serantau dan antarabangsa
Fokus: Usaha bagi menangani perluasan aktiviti keganasan pada peringkat serantau
dan antarabangsa
Fokus: 5+0
Pendahuluan:
Keganasan merupakan masalah sejagat yang serius dan mendatangkan pelbagai
ancaman kepada sesebuah negara yang menjadi sasaran pengganas. Keganasan
antarabangsa yang berlaku dalam sesebuah negara menyebabkan negara tersebut
mengalami ancaman dari segi keselamatan penduduk dan negaranya. Langkah segera
perlu diambil untuk mengelakkan jenayah ini berleluasa.
Bil Idea Huraian
.
1. Memperkasakan  Unit Pencegahan Keganasan Cawangan Khas
penguatkuasaan Undang- Polis Diraja Malaysia mempunyai peranan
undang utama dalam penguatkuasaan undang-undang
antikeganasan
 Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-
undang antikeganasan baru dan meminda
undang-undang sebelumnya. Undang-undang
ini membolehkan pihak berkuasa menggunakan
kerangka perundangan yang lebih besar
terhadap pejuang pengganas asing dan
penyokong pengganas yang lain
 Kerajaan menguatkuasakan Akta Pencegahan
Keganasan 2015 bagi memerangi aktiviti
militan seperti Islamic State (IS) dan Daesh
2. Mewujudkan kerjasama  Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen,
antarabangsa untuk dengan bantuan Amerika Syarikat, mengambil
mengatasi keganasan langkah untuk menyediakan akses terus kepada
pangkalan data INTERPOL kepada pihak
berkuasa imigresen
 Malaysia terus menyertai program Bantuan
Pencegahan Keganasan Jabatan Negara
Amerika Syarikat. Program ini memberi
tumpuan kepada pengukuhan keupayaan
penguatkuasaan undang-undang untuk
menjamin sempadan Malaysia selamat daripada
menjadi transit pengganas
 Kerjasama antara negara Malaysia, Indonesia
dan Australia digerakkan khususnya dalam
berkongsi maklumat risikan yang berkaitan
dengan kegiatan keganasan
3. Menjalin kerjasama  Melalui perkongsian maklumat risikan serta
serantau untuk mengatasi perjuangan melalui Suruhanjaya Pencegahan
keganasan Jenayah dan Keadilan Jenayah (CCPCJ) mampu
meredakan aktiviti keganasan
 Malaysia dan negara ASEAN bergerak aktif
dan berjuang di bawah Program Kerja ASEAN
untuk membanteras keganasan
4. Mengamalkan sikap  Pendirian Malaysia diterjemahkan dalam
kesederhanaan dan bentuk kelantangan bersuara di arena
rundingan antarabangsa seperti Komanwel dan PBB
mengutuk keganasan dan kezaliman
 Pemimpin tempatan menjadi orang tengah
dalam rundingan Bangsamoro sehingga
termeterainya perjanjian antara Kerajaan
Filipina dengan MILF
5. Meningkatkan langkah  Memantau kegiatan orang yang menyokong
pencegahan keganasan aktiviti pelampau melalui media sosial
 Sebaran maklumat dan propaganda yang boleh
mempengaruhi pemikiran masyarakat dan
menyokong aktiviti keganasan mesti disekat
6. Meningkatkan kesedaran  Melalui media massa, kempen dilakukan untuk
masyarakat melalui menyedarkan rakyat bahawa aktiviti keganasan
kempen boleh merosakkan keamanan dan kesejahteraan
yang dinikmati kini
 Mengadakan forum dan seminar untuk
memberikan maklumat yang jelas tentang
kewujudan dan perjuangan kumpulan
pengganas kepada masyarakat
7. Mengamalkan  Kerajaan Malaysia menangani perjanjian
pertukaran / ekstradisi pertukaran pengganas yang telah melakukan
pengganas keganasan dalam Malaysia yang melarikan diri
ke luar negara
 Individu yang terlibat dihantar balik ke
Malaysia untuk dibicarakan di mahkamah
Malaysia
 Jika di sabitkan kesalahan akan dipenjarakan di
Malaysia

Kesimpulan:
Malaysia mengamalkan pendekatan menolak keganasan antarabangsa tanpa memihak
kepada sesiapa yang melakukannya. Pendekatan sederhana dilaksanakan dalam
pelbagai perkara supaya keamanan dan keselamatan negara terjamin.
3. Kepesatan pembangunan tanpa mengambil kira alam sekitar telah
menyumbang pemanasan global. Malaysia telah mengambil pelbagai langkah
pada peringkat antarabangsa bagi menangani isu tersebut. Huraikan.
Analisis soalan:
Isu soalan: Pemanasan global
Fokus: Faktor pemanasan global + langkah menangani isu tersebut
Format: 2+3 / 3+2
Pendahuluan:
Alam sekitar pada masa kini sedang mengalami fenomena perubahan cuaca yang
ekstrem dan fenomena ini berlaku akibat pemanasan global. Peningkatan suhu dunia
menimbulkan kebimbangan masyarakat dunia. Malaysia turut terlibat diri dalam
usaha menangani isu ini.
Bil Idea Huraian
.
1. Faktor pemanasan  Pemusnahan habitat semula jadi yang
global seterusnya boleh menyebabkan sebahagian
Pemusnahan hutan sepesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan
musnah dan pupus
 Kenaikan suhu akibat daripada pertambahan gas
karbon dioksida dalam atmosfera, ketiadaan
pokok menyebabkan terbantutnya proses
fotosintesis, gas oksigen semakin berkurang
2. Pembakaran bahan api  Perubahan era daripada pertanian kepada
perindustrian telah membawa perubahan ke atas
cuaca
 Pembakaran bahan api yang terdapat dalam
kilang menghasilkan gas beracun seperti karbon
monoksida dan mengakibatkan peningkatan
haba
3. Pencemaran udara  Pembakaran bahan api dalam industri iaitu
bahan api hidrokarbon seperti petroleum dan
gas serta arang batu tanpa diganti akan memberi
kesan kepada iklim
 Pembakaran bahan api kenderaan bermotor ini
akan menghasilkan suhu panas
4. Peningkatan penggunaan  Pertambahan bilangan kenderaan di seluruh
kenderaan bermotor dunia juga membawa peningkatan ke atas suhu
dunia
 Kenderaan bermotor akan membebaskan gas
karbon monoksida dan sulfur dioksida yang
memerangkap haba matahari
5. Langkah menangani  Untuk menangani isu ini di peringkat global,
peringkat antarabangsa Malaysia telah menghadiri persidangan-
Persidangan persidangan antarabangsa tentang Alam Sekitar
Antarabangsa PBB seperti Persidangan Kyoto pada tahun 1997
(Protokol Kyoto) dan juga Persidangan di
Copenhagen, Denmark pada Disember 2009
(COP15) berhubung isu perubahan iklim dunia
 Protokol Kyoto dimenterai untuk mengawal
pelepasan gas rumah kaca, manakala COP15
pula merangka pelan tindakan untuk menangani
kesan perubahan iklim dunia
6. Penglibatan dalam  Pencairan ais yang drastik di Antartika akan
Kawalan ke atas memberi impak banjir besar serta pelbagai
Antartika bencana yang lain dan membahayakan
 Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan yang
tidak terkawal untuk mengambil bahan mentah
di Antartika perlu dibuat segera
 Malaysia pernah menyuarakan pendapat
bahawa Antartika adalah Warisan Bersama
untuk faedah bersama serta menyatakan
bantahan penerokaan melalui persidangan
antarabangsa PBB yang ke-37 dan juga melalui
persidangan NAM ketika isu Antartika
ditimbulkan pada tahun 1982
7. Menghadiri persidangan  Persidangan Kyoto (1997) anjuran PBB –
antarabangsa berhubung Protokol Kyoto mengawal pelepasan gas rumah
pemanasan global kaca
 Persidangan di Copenhagen (COP15) pada
1995 – merangka pelan tindakan untuk
menangani kesan perubahan iklim dunia
 Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Ketua-
ketua Kerajaan Komanwel berhubung dengan
pemanasan global pada tahun 2009 (CHOGM
2009) di Trinidad & Tobago
 Deklarasi Port-of-Spain Mengenai Perubahan
Iklim telah dikeluarkan untuk menuntut
kesungguhan masyarakat dunia menangani isi
pemanasan global secara mapan
8. Penyelidikan secara  Beberapa buah universiti tempatan mula
global menjalankan kajian ke atas perubahan cuaca
 Malaysia turut bekerjasama dengan pakar dari
luar negara untuk menangani isu pemanasan
global

Kesimpulan:
Semua pihak menyedari kesan buruk dari pemanasan global dan perlu berganding
bahu untuk mengurangkan ancamannya. Tindakan masyarakat antarabangsa untuk
menangani isu oemanasan global amat dihargai kerana hal ini bukan sekadar isu
cuaca, tetapi melibatkan isu ekonomi, politik dan sosial. Malaysia melibatkan diri
secara aktif bagi menangani isu ini seiring dengan tindakan masyarakat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai