Anda di halaman 1dari 7

Teknik Menulis Perenggan Isi

I = Isi
M = Mengapa
Ba = Bagaimana
K = Kesan
U = Ungkapan
P = Penegasan
Teknik Menulis Penutup Karangan - PCH
Bahagian penutup juga merupakan bahagian yang tidak kurang pentingnya. Penutup
karangan yang baik akan melengkapkan sebuah karangan yang tersusun dan bermakna.
Ayat-ayat yang perlu ada dalam bahagian penutup karangan ialah PCH.
P = Pandangan tentang tema (Kesimpulan secara keseluruhan)
C = Cadangan tentang tema
H = Huraian tentang tema

Latihan 1

Setiap manusia memerlukan rakan dalam kehidupan mereka yang dipenuhi dengan
cabaran dan dugaan.
Sebagai seorang rakan, huraikan usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan
anda yang menghadapi masalah.

Pendahuluan
• Memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka
• Menghilangkan kebosanan yang melanda diri
• Rakan-rakan ada yang terjebak dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah
• Rakan ketawa senang dicari tetapi rakan menangis sukar ditemui
• Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk membantu mereka?
• Saya perlu membantu rakan saya sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna
Isi-isi Penting

I Memberikan nasihat dan teguran secara berhemah

M Memahami hati budi masing-masing - mampu mengubah tingkah laku rakan daripada
melakukan perkara yang sia-sia

Ba Memberi nasihat dalam situasi yang sesuai - memujuk rakan yang bermasalah supaya
kembali ke pangkal jalan - sentiasa membantu tanpa mengira waktu dan ketika

K Berfikir secara rasional sebelum bertindak - melakukan sesuatu yang positif

U Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
terserak

P Benarlah : Tidak malu atau takut untuk memberikan nasihat kepada rakan

I Mengajak rakan mengikuti program-program pembinaan jati diri


M Kekuatan dalaman perlu diberikan keutamaan - benteng ketahanan diri daripada
diancam masalah keyakinan diri

Ba Mengikuti kursus motivasi, program keagamaan dan kursus pemerkasaan jati diri

K Akan sedar daripada kesilapan dan kekhilafan yang pernah dilakukan - tidak
meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua

U Peribahasa kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dapat dielakkan

P Tepatlah : Program jati diri yang disertai dapat mengukuhkan kekuatan dalam diri

I Mengajak rakan mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah

M Leka dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah

Ba Merancang aktiviti melancong, mendaki gunung, memancing ikan dan bersukan

K Ruang melakukan aktiviti tidak berfaedah semakin berkurangan ataupun terhad -


menimbulkan suasana ceria, seronok dan gembira - rakan biasa melakukan sesuatu
perkara baik yang sukar dilakukan sebelum ini

U Alah bisa tegaI biasa

P Betullah : Perancangan aktiviti yang berfaedah dapat mewujudkan suasana hidup


yang ceria

I Memaklumkan kegiatan rakan kita kepada pihak yang sewajarnya

M Ada yang terlibat dengan kes sosial yang berat dan mengaibkan

Ba Ibu bapa, agensi penguat kuasa dan pihak kaunselor harus dimaklumkan -ketekunan
dan kesabaran perlu ada dalam diri untuk tujuan ini

K Dapat memberi nasihat atau mengambil tindakan segera - mengelakkan terjerumus


ke kancah sosial yang lebih buruk - akhlak yang buruk dapat disekat daripada
mempengaruhinya

U Sudah terhantuk baharu hendak tengadah

P Sesungguhnya : Dapat menyekat daripada terus melakukan kegiatan yang tidak sihat
Kesimpulan

P Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan rakan yang
berakhlak mulia

C Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan
dicontohi - janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing - hidup bermuafakat perlu diamalkan seperti kata peribahasa serumpun bagai
serai, selubang bagai tebu

H Melahirkan pelapis negara yang berguna untuk membangunkan agama, bangsa dan
negara

Anda mungkin juga menyukai