Laporan Program Pengurusan Diri 2022

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

SPSK PK 01/2

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA


LAPORAN PENGURUSAN DAN PENAMPILAN DIRI

TAJUK : PROGRAM PENGURUSAN DAN PENAMPILAN DIRI


TARIKH : 28 OKTOBER 2022
TEMPAT : Surau SMK Seskyen 4 Kota Damansara
MASA : 7.30-12.30 tengahari
PENYELARAS : Puan Tanty Enyda bt Ramlee
URUS SETIA : Pn Saripah bt Jaaffar / Puan Syazwanie bt Mohamad
SASARAN/BILANGAN PESERTA : Semua murid PPKI
PENCERAMAH/JURULATIH : Pn. Rosyanti bt Suwardi
KEWANGAN : PCG Wajib Pendidikan Khas
PENGENALAN PROGRAM:

Unit Pendidikan Khas dan Integrasi SMK Seksyen 4 Kota Damansara telah mengambil inisiatif
untuk mengadakan Pengurusan dan Penampilan Diri bagi tahun 2022. Program ini diadakan
dengan tujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang pengurusan dan
penampilan diri yang betul dan sesuai . Penceramah jemputan merupakan tenaga pengajar mahir
yang terkenal dengan kemahiran batik canting. Diharapkan agar murid-murid dapat
mengaplikasikan ilmu yang telah diajar.
Matlamat aktiviti ini ialah untuk membentuk murid yang lebih menghargai diri dan
berpenampilan lebih kemas dan bersih.

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Membimbing murid untuk berpakaian yang lebih sesuai dan kemas.
2. Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti gigi dan kuku.
3. Menggalakkan murid untuk lebih berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:


I. Tayangan video berkaitan dengan penampilan diri yang menarik.
II. Murid berada dalam kumpulan masing-masing bersama guru yang
dipertanggungjawabkan.
III. Bengkel bersama guru.
IV. Soalan melalui liveworksheet.

HASIL/ANALISIS PROGRAM:
1. KEKUATAN:
-Murid dapat mengetahui cara pengurusan diri yang betul.
-Murid dapat menjadi lebih berdisiplin.
2. KELEMAHAN:
-Murid memerlukan tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.
3. CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
-Menyediakan ruang kerja yang lebih selesa dengan meja yang sesuai untuk aktiviti.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

Tanty Enyda bt Ramlee Saripah bt Jaaffar


Penyelaras Program Penyelaras Pendidikan Khas
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai