Anda di halaman 1dari 1

namakucella

Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan &


peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah.
Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....

Monday, 22 March 2021

BEBOLA KELEDEK GORENG


MEMORI CAMERON HIGLANDS

Bebola keledek gorwng ala Cameron Higlands..


Hihihi...sekadar mengenang kali terakhir bercuti di
Pangkor & balik tu Achik belanja pula sambung cuti
kat Cameron Higlands bulan Disember 2019.
Mac 2020 start PKP sampai la sekarang dah
setahun dah tak kemana-mana kecuali sempat balik
kampung 2 kali..Raya Haji & awal tahun hari tu
sebelum PKP 2.0
Sempat la jenjalan sekejap ke Trengganu sesambil
hantar Cella hari tu.Itupun sambil menyelam jer
dapat la minum air sikit..Hihihi

Bebola Keledek Goreng Ala Cameron Higlands ni


dulu- dulu selalu sahaja buat.Bila cari dalam old
post ada sahaja pernah dimasukkan dalamnpost
Tapi dulu buat sebagai CEKODOK KELEDEK.

Sejak makan sweet potato balls kat Cameron


Higland tu rasa sedap dia lain macam.Kalau biasa
saya buat cekodok keledek guna tepung gandum &
sikit yis mauripan.Tapi masa makan kat Cameron
Higlands tu rasa dia sedikit kenyal.Guna tepung
gandum rasa dia macam kuih keria,tapi kalau
terlebih tepung ,kuih jadi keras & kurang
sedap.Pernah try & error guna tepung ubi,hasilnya
boleh tahan tapi macam liat sikit.Bila guna tepung
pulut,baru kenyal yang sedap.Masa panas garing
diluar & lembut didalam.Bila dah sejuk pun masih
lembut.Kalau terlebih tepung pun rasa dia masih
ok.Sebab dah pernah buat & sukat bahan,saya c&p
dari old post BEBOLA KELEDEK MANIS ...kat sini

BEBOLA KELEDEK MANIS


5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut


2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas &
kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung
pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras
+ sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka salut
bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil
dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah
lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi
lenyek masih panas kerana nanti dough akan
mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih
kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung
setelah adunan ubi lenyek sejuk
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak
yang menggunakan keledek rebus.

Keledek ni saya tak rebus,sebaliknya masa saya


kupas kulit & potong kasar.Masa tanak nasi,bila
nasi dah nak kering ,saya letak sahaja atas nasi &
bila nasi masak,keledek pun masak.Sebab tu
nampak ada beberapa biji nasi pada keledek
tu.Hihihi
Sebaiknya guna keledek Jepun yang kulit merah &
isi kuning.Tapi saya pernah sahaja buat guna
keledek ungu.Pun sedap & warna menarik

Lenyek sementara masih panas.Lenyek panas-panas


lebih mudah sebab keledek lembut.

Kemudian,campurkan sikit garam & sikit gula ( jika


nak extra manis).Campur tepung setelah keledek
lenyek sejuk.Kalau campur masa keledek
panas,tepung akan masak.Nak kena tambah banyak
tepung sebab lembik.

Uli sebati hingga jadi doh yang boleh dibentuk

Bulat- bulatkan sebesar fishballs

Buat bebola hingga adunan habis

Saiz boleh adjust ikut suka.

Kemudian goreng dalam minyak yang banyak


.Selalu kacau supaya warna perang sekata

Angkat & toskan

Kuih akan kembung bulat cantik.Kulitnya rangup


masa panas & bila sejuk lembut kenyal

Kalau untuk sarapan & bekal anak- anak sekolah


,ibu- ibu boleh cucuk pada lidi macam sate.Mudah
anak nak makan & nampak lah modern sikit.Hihihi

Saya suka sangat tekstur kuih ni.(Sebenarnya jarang


saya tak suka kalau namanya maknan)Hihihi

Sesuai untuk hidangan minum petang,bekal anak


sekolah & jamuan kecil.

namakucella at 17:35

Share

14 comments:

Amie 22 March 2021 at 20:20


Comelnya! Bulat, halus, mulus. Ni terus masuk
sebiji ke atau kena gigit dua kali heheee.
Reply

Replies

namakucella 23 March 2021 at 21:25


hehehe..betul tu cikgu..bite size jer ni

Reply

Seri Kandi Di Tanah Jauhar 22 March 2021 at


22:39
Eh, suka pulak tngok bebola keledek tu, cicah
sambal kicap pun sedap tuu
Reply

Replies

namakucella 23 March 2021 at 21:25


Johorean dengan sambal kicap berpisah tiada

Reply

Warisan Petani 22 March 2021 at 22:43


Cantik molek kejadiannya
Reply

Replies

namakucella 23 March 2021 at 21:25


Alhamdulillah....

Reply

Adinda Baizura Mazlan 23 March 2021 at


08:08
Uish uish uish sedapnya :)
Reply

Replies

namakucella 23 March 2021 at 21:26


Alhamdulillah..sedap

Reply

hasnaamuaz 23 March 2021 at 09:56


Resipi ni boleh simpan buat juadah berbuka puasa
Reply

Replies

namakucella 23 March 2021 at 21:26


Kan...tak lama dah nak puasa ni...

Reply

saniahibrahim 24 March 2021 at 13:30


Nampak sedap ,boleh try ni.Cantek bulat2 nya
terbentuk
Reply

Replies

namakucella 24 March 2021 at 22:56


Insha Allah sedap.Try la kak

Reply

Azhafizah MN 24 March 2021 at 14:46


Cantiknya kejadian bebola keledek ni. Hidangan
yang menyelerakan buat kudapan minum petang
sedap ni.
Reply

Replies

namakucella 24 March 2021 at 22:57


Alhamdulillah...memang selesai la kalau
dijadikan gu minum petang...hihihi

Reply

To leave a comment, click the button below to sign


in with Google.

SIGN IN WITH GOOGLE

‹ Home ›
View web version

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai