Anda di halaman 1dari 1

 Tidak membuang sampah merata-rata.

 Gunakan air bersih jika diperlukan.


 Gunakan detergen mesra alam.
 Tanam sekurang-kurangnya satu pokok untuk setiap orang.
 Gunakan kertas secara maksima dengan cara memanfaatkan kedua dua belah mukasurat tersebut.
 Jimatkan penggunaan elektrik sebaik mungkin.

1. Penggunaan tenaga yang lebih cekap


o Mematikan suis lampu pejabat atau peralatan elektrik apabila tidak digunakan;
o Penggunaan cahaya siang semulajadi untuk menyinari ruang dalam pejabat bagi menggantikan cahaya lampu;
o Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila penghawa dingin sedang beroperasi. Ini dapat mengelakkan
penggunaan tenaga elektrik berlebihan yang disalurkan kepada penghawa dingin;
o Memastikan tetapan komputer meja (desktop) atau komputer riba (laptop) ke sleep mode apabila tidak digunakan;
o Menggunakan tangga untuk naik/turun ke aras yang lain;
o Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera mengenai sebarang kerosakan lampu atau alat
peralatan elektrik;
o Mengamalkan budaya paperless dan memperbanyakkan penggunaan emel dan mencetak dokumen hanya apabila
diperlukan sahaja;
o Berkongsi peralatan ICT seperti mesin pencetak (printer); dan
o Tidak menggunakan active screen saver.
2. Menguruskan sumber air secara lebih berhemah
o Mengawal penggunaan sumber air supaya dapat mengurangkan pembaziran;
o Memastikan pili air ditutup dengan rapat;
o Sentiasa membuat pemeriksaan di tempat-tempat yang menggunakan sumber air bagi mengenalpasti sebarang
kebocoran. Sebarang kebocoran hendaklah diperbaiki dengan segera; dan
o Membangunkan sistem penuaian air hujan (SPAH) bagi mengurangkan penggunaan air yang terawat dan
menggunakannya untuk aktiviti membasuh kereta dan bangunan serta menyiram pokok dan landskap.
3. Menguruskan dan melupuskan sisa pepejal dengan lebih teratur
o Menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih bagimenjamin kualiti alam sekitar yang lebih baik dan meningkatkan
tahap kesihatan;
o Mengamalkan Program 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle yang boleh dipraktikkan sebagai pelengkap kepada
Amalan Hijau; dan
o Peluasan penempatan Tong Sampah Kitar Semula di pejabat dan premis PDRM serta penyelarasan dengan syarikat
kontraktor pembersihan.
4. Menguruskan kenderaan secara mesra alam
o Penggunaan kenderaan pasukan secara optima dengan merancang perjalanan berkonsepkan berkongsi kenderaan
(car pool) untuk destinasi yang sama;
o Merancang penggunaan kenderaan secara teratur dengan membuat penjadualan dengan menggilirkan penggunaan;
o Menggunakan bahan pencuci biodegradable yang mesra alam dan lebih organik untuk mencuci enjin, tangan dan
peralatan bengkel;
o Pengurusan bengkel pengangkutan hendaklah lebih terurus bagi pelupusan minyak engin dan alat ganti terpakai
dan mengamalkan konsep 5S; dan
o Tidak membiarkan enjin kenderaan melahu (idling) dan memasang alat pendingin hawa (air cond) semasa
menunggu penumpang.
5. Mengutamakan produk dan perkhidmatan hijau
o Memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan hijau
o Mengurangkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia atau bertoksik di dalam aktiviti pembersihan
atau pencucian pejabat;
o Menggantikan lampu yang rosak dengan lampu yang jimat tenaga seperti Compact Fluorescent Lamp (CFL),
lampu tiub T5, Induction Light dan Light Emitting Diode (LED); dan
o Elakkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan menggalakkan pembungkus makanan yang
mesra alam.

Anda mungkin juga menyukai