Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI/PERTANDINGAN/PROGRAM

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) TAJUK AKTIVITI : RIADAH BOLING

2) KELOLAAN : KELAS PPKI

3) TARIKH : 1 NOVEMBER 2022 (SELASA)

4) MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG

5) TEMPAT : KB LAND FAMILY PARK, KOTA BHARU KELANTAN

6) PENGENALAN

Permainan boling dapat membantu dalam masalah psikomotor halus dan psikomotor kasar.
Ini dapat dilihat melalui aktiviti memegang bola, melambung, membaling, menggolek,
melompat, berjalan dan berlari yang terdapat dalam aktiviti permainan tersebut. Selain itu ia
dapat meningkatkan perkembangan sosial yang sihat serta memberi pengalaman kepada
kanak – kanak khas.

7) OBJEKTIF

Adalah diharapkan melalui program Terapi Motor Kasar - Boling, murid-murid khas bermasalah
pembelajaran dapat:-

1. Meningkatkan keupayaan kemahiran pergerakan motor kasar dengan alatan.


2. Meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi pengalaman yang menyeronokkan.
3. Meningkatkan kepekaan masyarakat tentang murid pendidikan khas.
4. Praktikal bagi matapelajaran Kemahiran Manipulatif.
5. Sebahagian dari siri latihan untuk menghadapi kejohanan 10 pin bowling Pendidikan Khas.

8) MURID YANG TERLIBAT


-Semua murid ppki seramai 22 orang.

9) MURID GURU DAN PPM TERLIBAT


i. Mohd Zulkiflee b. Wook vi. Siti Suraida bt. Sidik
ii. Rahimah bt. Ismail vii. Siti Aishah bt. Mohamad Zori
iii. Nadiazul Fareha bt. Zulkifli viii. Roza bt. Yusoff
iv. Noor Zalinayanti bt. Zakaria ix. Nor Nazihah bt. Razak
v. Fazilah Bt Ab. Ghani
10) PERBELANJAAN PROGRAM

i. Makan dan minum - RM 7.00 x 22 = RM 154.00


ii. Pengangkutan (bas) - RM 650.00 = RM 650.00
JUMLAH = RM 804.00

11) KEBERKESANAN PROGRAM/AKTIVITI

Melalui program ini, murid dapat membina dan meningkatkan keyakinan diri serta dapat
memberi pengalaman baru yang menyeronokkan. Sebahagian murid dapat meningkatkan
keupayaan kemahiran pergerakan motor kasar dengan alatan manakala sebahagian lagi
murid masih belum menguasai dengan baik dan masih memerlukan bimbingan.

12) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Murid perlu diberi perhatian sepanjang melakukan riadah boling. Bimbingan daripada guru
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan guru mata pelajaran Kemahiran Manipulatif perlu
agar murid dapat menguasai kemahiran ini dengan lebih baik.

Disediakan oleh :

………………………………………..
Nadiazul Fareha Bt Zulkifli
Setiausaha Program Riadah Boling
PPKI SK Sri Kiambang
17070 Pasir Mas
Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai