Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM TERAPI BOLING DI OLE-OLE SUPER BOWL, KULIM.

1. NAMA PROGRAM :

Program Terapi Boling 1 dan 2.

2. PENGENALAN/PENDAHULUAN

Aktiviti Terapi Boling 1 dan 2 adalah aktiviti yang telah diadakan selama 3 tahun
berturut-turut. Ia diadakan bertujuan untuk menjalankan terapi pergerakan motor
kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bandar Baharu,
Kedah melalui aktiviti luar bilik darjah. Melalui permainan boling, murid secara tidak
langsung dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta
menstimulasikan otak dan fizikal. Disamping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
menjalinkan hubungan mesra di antara murid dan guru-guru serta pembantu murid
PPKI SK Bandar Baharu serta bersosial dengan masyarakat luar.

3. AKTIVITI-AKTIVITI DAN OBJEKTIF YANG TELAH DICAPAI:

1) SESI MEMANASKAN BADAN


i) Membiasakan murid-murid khas dengan pergerakan asas
seperti lokomotor,bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif
- Murid-murid telah didedahkan dengan kemahiran asas
memanaskan badan secara setempat dan bergerak ke
tempat lain.
- Murid dilatih untuk membimbing dan menjadi ketua kepada
murid lain.
- Murid dapat meningkatkan kemahiran mengira angka satu
hingga lapan mengikut turutan dalam Matematik ketika
membuat semua pergerakan.

ii) Memperbaiki fungsi motor kasar dan motor halus murid-murid


khas
- Murid dilatih untuk membuat setiap pergerakan secara
bersungguh-sungguh.
iii) Merangsang lebih banyak daya sensori motor terhadap anggota
tubuh murid-murid khas.
-kemahiran meniru dan daya tumpuan dapat dilatih ketika
melihat pergerakan ketua.

2) PERMAINAN BOLING

i) Membina keyakinan dan keberanian murid-murid khas


sepanjang proses bermain boling
-murid-murid lebih yakin ketika menggolek bola dan memilih
jenis bola tanpa dibimbing oleh guru.
- murid dilihat memberi tumpuan yang lebih dan fokus pada pin
ketika menggolek bola.
ii) Membolehkan murid bergiat aktif melalui aktiviti bercorak
kesukanan
- Kemahiran permainan murid dilihat semakin baik dan kreatif
ketika menggolek bola untuk disasarkan pada pin.
- Murid dilatih untuk membina semangat persaingan yang
sihat dan setiakawan ketika bermain dalam bentuk
pertandingan.
iii) Menguatkan dan memulihkan kefungsian motor kasar dan halus
murid secara tidak langsung melalui aktiviti
- Kemahiran dan kekuatan tangan murid dapat ditingkatkan
ketika memegang bola.
iv) Meningkatkan daya saing dan semangat kesukanan ketika
pertandingan.
v) Penguasaan kemahiran dan teknik dapat dilihat melalui
pertandingan antara murid dan berpasangan bersama guru.

4. BILANGAN AHLI ROMBONGAN :

Murid : 18 orang
Guru : 5 orang
Pembantu Pengurusan Murid : 2 orang
5. JENIS PENGANGKUTAN :

5 Buah Kereta guru (PKR 879, PKN 206, KDU796, PHR9097, PEQ1961)

6. ANGGARAN PENDAPATAN DAN BELANJAWAN AKTIVITI TERAPI


BOLING

i) BOLING
Tiket Murid = RM 5.00 x 18 Orang x 2
=RM
ii) MAKANAN
a. Sarapan Pagi
-satu kepala = RM 3.00
Jumlah = RM 3.00 X 18 x 2 = RM 51.00
b. Makan Tengahari
-satu kepala = 5.00
Jumlah =RM 5.00 X 18 x 2= RM 85.00

Jumlah kos makanan sahaja =


RM 136.00

iii) Kenderaan
4 Buah kenderaan = RM 20.00 x 4 Buah x 2 =

RM 200
======
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
RM 642.00
==========

iii) PENDAPATAN

- PCG Tambahan P.Khas


RM 642.00
=========
Jumlah Pendapatan
RM 642.00

6. TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

6.1 12 Februari 2014 dan


6.2 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

7. TEMPAT PELAKSANAAN

Ole-ole Superbowl, Kulim Landmark Centre

8. REFLEKSI

Program Terapi Boling 2014 telah berjaya dilaksanakan dengan baik


dan teratur. Ini kerana guru-guru sudah berpengalaman dalam penganjuran
program ini dari 2012 hingga 2014. Semua murid dilihat sangat bersemangat
dan menunjukkan persaingan yang sihat. Mereka berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjatuhkan pin dengan lebih banyak untuk memenangi
pertandingan pada terapi boling yang kedua. Aiman dan Isa menunjukkan
peningkatan yang ketara dalam kemahiran menggolek bola dan lebih yakin.
Firdaus pula mampu bermain dengan baik walaupun ini adalah tahun
pertama. Namun begitu, murid baharu seperti Faiz, Izyan, Farhan dan Salimi
perlu dibantu untuk memudahkan pergerakan ketika bermain dengan
memegang bola dengan kedua belah tangan ketika menggolek. Melalui
pertandingan yang dijalankan, murid dilihat lebih bersemangat untuk menang.
Keseronokan jelas dilihat dalam aktiviti pertandingan berpasangan dengan
guru. Murid juga mempamerkan disiplin yang baik serta mengikut arahan guru
tanpa sebarang masalah.
9. PENUTUP

Aktiviti ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya menepati objektif yang
ditetapkan.Ternyata aktiviti terapi boling perlu dijalankan lagi pada sesi akan
datang kerana ia memberi kesan yang positif kepada murid-murid
berkeperluan khas di mana tahap kemahiran, daya tumpuan dan semangat
kesukanan dilihat semakin meningkat. Minat murid terhadap sukan boling
juga dapat dipertingkatkan seterusnya menggalakkan penyertaan murid
bukan hanya di peringkat sekolah malah dapat mewakili sekolah, daerah,
negeri dan negara satu hari nanti. Diharapkan agar aktiviti ini mendapat
sokongan bukan hanya di sekolah malah keluarga untuk dijadikan salah satu
aktiviti beriadah untuk keluarga.

10. SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATAN NAMA

Penasihat : En.Zulkiflee bin Ahmad

Pengerusi : Puan Nor Anis Binti Razali

Setiausaha : En. Mohd Yusoff Bin Mohamad Rozi

Bendahari : Cik Siti Qatrunnada Hanis binti Shariff

AJK Kecil :

Pengangkutan : En. Herry Bin Khalid

Surat Menyurat : En. Syamsul Bin Abd Hamid

Makanan : Pn. Lela Suria binti Mat Desa

Dokumentasi : Puan Nor Anis Binti Razali

Jurugambar : En. Yusoff Bin Mohamad Rozi

Kawalan Murid : En. Herry Bin Khalid / Pn. Ashaniza Binti Mohamad
11. ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 am Berkumpul di SK Bandar Baharu

7.45 am Bertolak ke Ole-Ole Superbowl, Kulim Landmark Centre

8.45 am Sampai di Kulim Landmark Centre, Kulim

9.00 am Sarapan pagi

9.30 am Aktiviti
 Memanaskan badan
 Permainan Boling
12.00 pm Makan tengah hari
12.30 pm pulang

Disediakan oleh :

………………………………………
(NOR ANIS BINTI RAZALI)

Disahkan Oleh :

……………………………………….

(ZULKIFLEE BIN AHMAD

Guru Besar

SK Bandar Baharu

Anda mungkin juga menyukai