Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

KARNIVAL DISIPLIN SEKOLAH

(DISIPLIN MELALUI BUDAYA MEMBACA)

‘DMBM’

PERINGKAT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ST. JOSEPH, SENTUL

TAHUN 2020

TEMPAT :
SJK(T) ST. JOSEPH SENTUL

TARIKH :
17 OGOS 2020 – 17 OKTOBER 2020

MASA :
WAKTU PERSEKOLAHAN

ANJURAN :
UNIT DISIPLIN. SJKT ST JOSEPH

DENGAN KERJASAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SJKT ST JOSEPH

1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang
termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa
Malaysia ialah mata pelajaran
teras semua sekolah
rendah dan menengah.
Pendidikan Bahasa Malaysia
berhasrat membina rasa
bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan
pemikiran rakyat,
juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat
cinta akan tanah air
yang dikongsi bersama
oleh semua rakyat dalam
satu wawasan. Bagi
merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bertujuan
untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis juga
selaras dengan
matlamat kurikulum Bahasa
Malaysia untuk
melengkapkan murid
dengan
keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri
dalam urusan harian maka
Panitia Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan
Nanga Enteban menganjurkan
Hari Bahasa Malaysia 2015
Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap
pelajar. Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan
sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling
berkait rapat maka Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah bekerjasama
akan mengadakan program memupuk disiplin melalui budaya membaca ini dapat mencerna
serta meningkatkan kesedaran tahap disiplin pada murid sekolah ini.

2.0 MATLAMAT

Antara matlamat utama program disiplin ini adalah :

 Pemantapan disiplin murid melalui satu program yang sistematik.


 Membentuk disiplin murid melalui budaya membaca

3.0 OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :

 Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka
dengan peraturan dan undang-undang di sekolah
 Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid
 Meningkatkan budaya membaca secara terbimbing dan tanpa bimbingan
 Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid terhadap sekolah
 Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan
menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan
besar
 Memupuk minat membaca melalui satu tindakan mahupun hukuman bagi kesalahan
disiplin

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : Program Peningkatan Disiplin Peringkat Sekolah


(Disiplin Melalui Budaya Membaca - DMBM)

Tarikh : 17 Ogos 2020 – 17 Oktober 2020

(Tarikh Pelancaran – 17 Ogos 2020)

Masa : Waktu Persekolahan

Tempat : SJKT St. Joseph

5.0 KUMPULAN SASARAN

 Prasekolah
 Murid tahap 1
 Murid tahap 2
(seramai 176 orang)

6.0 PERANCANGAN PROGRAM

 Aktiviti Membaca
 Bahan Bacaan asas
 Sudut Bercerita
 Ulasan Buku
 Keberkesanan Sistem Saman
 Pemberian Bintang Kelas
 Tambah dan Tolak Saman
 Sistem Merit Demerit
 Pemberian Markah Merit (100 Markah)
 Penolakan Markah Demerit mengikut senarai
 Amalan Budi Bahasa

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI PN MANI ARASI MANIKKAM (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI PN MANIMAGAHA RAMASUNDARAM (PK HEM)

SETIAUSAHA PN KOGILAVANI MARUMUTHU (KGD)

EN PUGELENTHERAN PAREMASAMY (PEN. KGD)

AJK PN PUVANESWARI MUNIANDY (GURU BNK)

PN ANJELAI DEVI SAGARAN

PN RUHANA DERAMAN
8.0 PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH MASA PROGRAM


17 OGOS – 17 OKTOBER 2020 SESI PERSEKOLAHAN  Murid sentiasa mematuhi Peraturan Sekolah
 Sentiasa hadir ke sekolah(TIDAK PONTENG)
 Mengucapkan salam apabila berjumpa guru
dan tetamu.
 Sentiasa mengucapkan terima kasih.
 Sentiasa senyum dengan semua warga
sekolah

17 OGOS – 17 OKTOBER 2020 WAKTU  Membudayakan amalan membaca sementara


PERHIMPUNAN/ menunggu ibu bapa semasa waktu balik
BALIK /SEMASA mahupun sewaktu perhimpunan belum
AKTIVITI SEKOLAH dimulakan
 Menjalankan intervensi membaca bagi kes-kes
disiplin yang ringan dan perlu membuat ulasan
buku tersebut di pentas perhimpunan
 Berkongsi cerita mengenai buku yang dibaca

17 OGOS 2020 7.45 – 8.15  Gimik Pelancaran Program DMBM


(TARIKH PELANCARAN)  Ucapan Guru Besar
 Huraian Program DMBM
 Pemberian bintang kepada guru kelas
9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH PERINCIAN TAJAAN

(unit) (RM)

1. Pelancaran Karnival Disiplin Perbelanjaan Hari Tangungan


Pelancaran Karnival Disiplin
Kain Rentang 1 50.00 Peringkat Sekolah Sekolah

Bintang Kelas (Simbolik 10 30.00


Pelancaran)
5 60.00
Kertas A4
10 20.00
Kadbod
10 10.00
Kertas Warna
2 5.00
Glitter

2. Aktiviti Bacaan Perkara ini bagi Sumbanga


meningkatkan minat n Pihak
Buku Cerita 20 200.00 membaca murid. Di samping Luar
menghadiahkan mereka
Buku Peribahasa 20 200.00 buku sebagai tanda
penghargaan
Buku Contoh Karangan 20 200.00

3. Hadiah Sistem Saman (Markah Perkara ini meningkatkan Sumbanga


Kelas) kerjasama murid dalam n Pihak
35 175.00 meningkatkan disiplin kelas Luar
Makan Ais Krim melalui amalan serta budi
5 jenis buah 100.00 baik yang dipamerkan. Kelas
Makan Buah-buahan Tempatan yang berjaya mengumpul
35 350.00
saman paling minimum
Makan KFC
35 525.00 mahupun paling sedikit akan
Tiket Wayang menikmati keistimewaan
seperti yang dinyatakan bagi
menghargai kehebatan
mereka

4. Sistem Merit/Demerit (Markah Perkara ini bagi memberikan Sumbanga


Individu) pujian serta ganjaran bagi n Pihak
100 280.00 murid (individu) yang Luar
Lencana menunjukkan disiplin terbaik
KioskFoto 1 250.00 dan diangkat sebagai murid
mithali
Pembayaran Tahunan (Buku Murid 10 1000.00
Sekolah)

5. Program Pengawas Sekolah Perkara ini adalah bagi Sumbanga


menghargai jasa baik serta n Pihak
Lawatan ke Sunway Lagoon 25 3000.00 kerja buat pengawas sekolah Luar
dalam membantu guru-guru
serta pihak sekolah dalam
melancarkan pelbagai
program yang dijalankan dari
segi disiplin murid-murid

Jumlah
6455.00
10.0 PERINCIAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA PERINCIAN

1. Pelancaran Karnival Disiplin Hari Pelancaran Karnival Disiplin dijalankan pada 17 Ogos 2020. Penjelasan
terperinci telah diberikan kepada murid dalam menjayakan program ini
Kain Rentang

Bintang Kelas (Simbolik


Pelancaran)

Kertas A4

Kadbod

Kertas Warna

Glitter

2. Aktiviti Bacaan Buku cerita adalah sesuatu yang murid minat dan mudah membaca. Oleh itu,
penambahan kuantiti buku cerita perlu dibuat
Buku Cerita

Buku Peribahasa Buku peribahasa bagi meningkatkan kebolehan murid dalam mengaitkan
kehidupan seharian dengan peribahasa Melayu yang terkenal. Penambahan
buku peribahasa ini membolehkan murid membaca buku setiap kali perhimpunan
bermula dan pada hari Selasa setiap minggu

Buku Contoh Karangan Buku ini adalah bagi meningkatkan kebolehan murid dalam memahami dan
menulis karangan dengan baik. Pembacaan buku contoh karangan akan
membolehkan murid memperoleh idea yang luas dalam mengaplikasikannya
semasa ujian terutamanya bagi murid-murid tahap dua

3. Hadiah Sistem Saman

(Markah Kelas)

Makan Ais Krim Perkara ini bagi menghargai kerjasama murid dalam memperoleh saman paling
minima. Mereka diberi keistimewaan untuk makan ais krim bersama rakan-rakan

Makan Buah-buahan Perkara ini bagi meningkatkan lagi usaha murid-murid makan buah-buahan
Tempatan tempatan. Secara tidak langsung, mereka akan sedar mengenai kepentingan
makan buah

Makan KFC Perkara ini adalah bagi murid kelas yang berjaya memperoleh bintang paling
banyak sepanjang enam bulan. Sebagai tanda menghargai kesungguhan
mereka, akan diberi peluang untuk makan KFC bersama

Tiket Wayang Perkara ini adalah bagi murid kelas yang memperoleh bintang kelas paling
banyak sepanjang tahun. Murid diberi peluang untuk menonton wayang bersama
guru pengiring di pawagam terpilih dalam menghargai usaha baik mereka
disamping mendapat pengalaman dan pendedahkan mengenai wayang

4. Sistem Merit/Demerit Pemberian lencana juga akan dijalankan. Murid yang berjaya menonjolkan
disiplin terbaik sepanjang tempoh karnival ini akan menerima lencana murid
(Markah Individu) mithali

Lencana

KioskFoto Satu sudut gambar akan diwujudkan bagi melekatkan gambar murid-murid
mithali. Sudut ini adalah bagi memberikan pujian serta penghargaan kepada
murid mithali tersebut disamping menjadi motivasi bagi murid-murid lain

Pembayaran Tahunan (Buku Seramai sepuluh orang murid mithali akan dipilih sebagai penerima bantuan
Murid Sekolah) bayaran buku sekolah tahunan. Pemilihan murid adalah berdasarkan disiplin
terpuji mereka serta pencapaian akademik. Keutamaan diberikan kepada murid
yang mempunyai latar belakang kurang berkemampuan

5. Program Pengawas Sekolah

Lawatan ke Sunway Lagoon Lawatan ini hanya dikhaskan kepada para pengawas sekolah. Jasa dan bantuan
mereka perlu dihargai memandangkan mereka bertugas sepanjang dalam
melancarkan pelbagai program sekolah bersama guru-guru. Lawatan ini juga
bagi meraikan pengawas tahun 6 yang akan melangkah ke sekolah menengah

11.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini akan dapat memberi manfaat kepada semua murid
yang terlibat dapat meningkatkan disiplin melalui budaya membaca disamping menjadi
murid yang bersahsiah tinggi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

........................................................... ......................................................... ...............................................


(PUGELENTHERAN PAREMASAMY) (MANIMAGAHA RAMASUNDARAM) (MANI ARASI MANIKKAM)
Penolong Ketua Guru Disiplin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar,
SJK(T) St. Joseph Sentul SJK(T) St. Joseph Sentul SJK(T) St. Joseph Sentul

Anda mungkin juga menyukai