Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KURSUS PENGUKUHAN

PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT


NEGERI MELAKA
TAHUN 2022

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Negeri Melaka

TARIKH : 11, 12 DAN 13 SEPTEMBER 2022


TEMPAT : 1) BILIK KULIAH 1 / 2
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI MELAKA (PENGURUSAN BENCANA)
2) PANTAI PUTERI, TANJUNG KLING MELAKA ( MUST/PPDA )

URUSETIA : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN


PENYELAMAT JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MELAKA

PENYELARAS : PgB MOHD FAIZUL BIN IBRAHIM


NAMA KURSUS
KURSUS PENGUKUHAN PENGURUSAN BENCANA
PERINGKAT NEGERI MELAKA PADA TAHUN 2022

JENIS KURSUS
KURSUS ASAS

TEMPAT KURSUS
LOKASI 1 : BILIK KULIAH 1 DAN 2 IBU PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA NEGERI MELAKA
LOKASI 2 : PANTAI PUTERI, TANJUNG KLING MELAKA

KUMPULAN SASARAN
(1) JUMLAH SASARAN PENYERTAAN 30 ORANG
PPDA : 10 ORANG
MUST : 10 ORANG
PENGURUSAN BENCANA : 10 ORANG

(2) JUMLAH PESERTA YANG HADIR : 30 ORANG


PENGENALAN

Kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan bencana di

daerah masing – masing. Selain dari itu, memberi pendedahan dalam

tindakan membantu di lapangan melalui logisitik, perancangan, pewujudan

ics serta yang berkaitan dalam operasi. Melalui Latihan ini dapat

menentukan kesiapsiagaan dan pengetahuan organisasi bomba diperingkat

balai, zon, dan negeri bagi menghadapi sebarang insiden ataupun bencana.

OBJEKTIF

a) Menguji kefahaman pegawai terhadap peranan, tugas dan

tanggungjawab jabatan masing – masing semasa bencana.

b) Menguji tahap pengetahuan dan pemahaman pegawai terhadap SOP

dan perundangan berkaitan semasa bencana.

c) Menguji tahap kecekapan pegawai dalam pengurusan bencana di

tempat kejadian dengan lebih berkesan dan beristematik.

d) Menguji kefahaman dan kecekapan pegawai semasa bencana.

JANGKAMASA KURSUS :

Kursus ini akan berjalan selama 3 hari sahaja dan semua peserta

perlu mengikuti peraturan dan task sehingga tamat. Jangkamasa yang

telah dirangka bersesuaian dengan subjek bagi memastikan semua

peserta mendapat pengetahuan asas semasa bencana.


PENYELARAS KURSUS

1. PgB MOHD FAIZUL BIN IBRAHIM

URUSETIA
SEMUA PEGAWAI BERLAINAN PANGKAT YANG DILANTIK
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI MELAKA

SENARAI KEPERLUAN MENGIKUT PROSEDUR ISO


1. LAMPIRAN 1 – SURAT PANGGILAN KURSUS
2. LAMPIRAN 2 - SENARAI NAMA PESERTA KURSUS
3. LAMPIRAN 3 – SURAT PELANTIKAN JAWATAN KUASA
4. LAMPIRAN 4 – SURAT PELANTIKAN PENCERAMAH DAN
TENAGA PENGAJAR
5. LAMPIRAN 5 – BORANG PENILAIAN KURSUS
6. LAMPIRAN 6 - KEPUTUSAN PRE TEST DAN POST TEST

JADUAL KURSUS
- SEPERTI LAMPIRAN .

GAMBAR KURSUS
- SEPERTI LAMPIRAN .
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya kursus ini melibatkan anggota bomba dan pegawai di 3

daerah Pejabat Tanah adalah usaha untuk mengelakkan ataupun mengurangkan

impak lebih teruk semasa menghadapi sesuatu bencana.

Selain itu, kursus ini telah diberikan pendedahan kepada pembelajaran dan teknik

menyelamat yang betul dan cekap daripada tenaga pengajar serta tindak balas

menguruskan sesuatu kejadian bencana. Oleh itu, kesemua peserta telah diberikan

pelbagai ujian seperti ujian teori dan amali serta teknik-teknik pengurusan bencana

yang betul selaras dengan Jabatan tetapkan. Pada keseluruhannya, kursus ini

dijangka akan diberikan impak yang positif kepada Jabatan dan agensi-agensi yang

terlibat untuk mengurangkan kematian, kecederaan dan dapat menjimatkan

kewangan negara samaada sebelum, semasa dan selepas. Daripada penilaian

kursus yang dilaksanakan mendapati ada peningkatan kefahaman dan kemahiran

serta mencapai objektif kursus ini.


Disediakan Oleh :

…………………………..
PgB MOHD FAIZUL BIN IBRAHIM
Penolong Pengarah Bahagian Latihan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri melaka

Disemak Oleh :

……………………………
PKgB II MUHAMMAD IZWAN ARIEF BIN MAT NOR)
Penolong Pengarah Bahagian Operasi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Melaka

ULASAN

……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
…………

Disahkan oleh :

………………………………………..
PPjB ABU BAKAR BIN KATAIN
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Melaka

Anda mungkin juga menyukai