Anda di halaman 1dari 1

MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN

PELANCARAN
PROGRAM GERAK GEMILANG SPM 2022
30 SEPTEMBER 2022

Akujanji Pelajar
Kami, pelajar-pelajar TINGKATAN 5, SPM 2022,
berjanji dan berikrar bahawa kami akan belajar bersungguh-sungguh dengan penuh
semangat dan iltizam untuk memastikan A+ bagi semua subjek dalam SPM 2022
menjadi hak milik kami.

Kami akan memberikan sepenuh perhatian dan menggembleng seluruh tenaga,


minda dan fizikal ke tahap maksimum sepanjang berada di MRSM TGB demi
mencapai cita-cita tersebut.

Kami juga berjanji, akan menjaga solat dan berakhlak terpuji, taat kepada kedua
ibu bapa, penjaga, dan guru-guru yang mendidik kami.

Kami juga akan mengembalikan Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba
sebagai MAKTAB NOMBOR SATU di Peringkat MARA dan Kebangsaan dalam
kejayaan gemilang SPM 2022.

Kami amat mengharapkan iringan doa restu pengetua, guru-guru, ibu bapa dan
rakan-rakan dalam usaha untuk menjadi insan hebat di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai