Anda di halaman 1dari 4

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA

PPM-026-14-24012018

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA No. 132, Jalan H15, Taman Melawati 53300, Kuala Lumpur Selangor.
Tel. : 013-322 7937 / 03-2385 7032
Email : spjmadmn@gmail.com

َ‫ح‬
َ ‫اْلنحب َياءَ َوال ح ُم حر َسل ح‬ َ َُ َ َ ََ ُ َ ‫َ ح ح ُ ه َ حَ َ حَ َ ه َ ُ َ ه‬
‫َْي‬ ‫ف‬ َ ‫ُم هم ٍد أ ح‬
‫ْش‬ ‫ب العال َمْي والصَلة والسَلم لَع سيَدَنا‬ َ
َ َ َ ‫اْلمد َّلِلَ ر‬
‫ه‬ َُ َ َ ََ َ ‫َ َ ح َ حَ حَ هُ ه َ ََ َ َ َُه‬ ََ
‫آِلَ وصحبَهَ أْجعَْي اللهم ص َّل لَع سيَدَنا ُمم ٍد ولَع آ َل سيَدَنا ُمم ٍد‬ َ ‫َولَع‬

Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengaturkan sekalian kehidupan. Maha Suci
Allah yang menghidup dan mematikan kita semua. Maha Suci Allah yang kekal
abadi tidak rosak binasa untuk selamanya.

Allah SWT menciptakan kita semuanya dari tanah untuk menanggung amanah
selama hidup di atas muka bumi ini.

Kemudian dimatikan kita lalu dimasukkan ke dalam tanah untuk menjadi mangsa
ulat dan cacing tanah.

Setelah beberapa ketika, dikeluarkan semula kita dari tanah lantas dihimpunkan
kita di sebuah padang iaitulah Padang Mahsyar.

Di sanalah kelak segala amal baik dan buruk kita semuanya diperhitungkan satu
persatu tanpa terlepas walaupun sebesar zarah.

Maka beruntunglah bagi mereka yang mendapatkan nikmat Syurga dan amat
malang dan dukacita bagi mereka yang mendapat azab api Neraka. Maka
benarlah segala kata-kata dan janji para Rasul dan Nabi terdahulu.

Wahai saudaraku (….nama arwah….), kami ucapkan selamat tinggal untuk selama
-lamanya. Ketahuilah segala nikmat kesedapan hidup di atas muka bumi ini
semuanya telah habis buat kamu. Kamu kini berada di sempadan Akhirat iaitu di
Alam Barzakh dan akan tinggal di sini kekal selamanya sehinggalah hari
dibangkitkan kelak.

Wahai saudaraku, berpegang teguhlah dengan keyakinan dan keimanan yang


kamu pegang selama hidup di atas muka bumi ini iaitu pengakuan

‫َ ح َ ُ َ ه ََ ه ه ََ ح َ ُ َ ه ُ َ ه ً ه ُ ُ ه‬
‫أشهد أن َّل إَِل إََّل اّلِل وأشهد أن ُممدا رسول اّلِل‬
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Wahai saudaraku. Setelah pemergian kami nanti akan datang dua orang malaikat
Munkar dan Nakir kepada kamu. Janganlah kamu takut dan gentar kepada
mereka kerana sesungguhnya mereka juga adalah hamba Allah seperti kita.
PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA
PPM-026-14-24012018

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA No. 132, Jalan H15, Taman Melawati 53300, Kuala Lumpur Selangor.
Tel. : 013-322 7937 / 03-2385 7032
Email : spjmadmn@gmail.com

Bila mereka datang mereka akan bertanya, “Siapakah Tuhan kamu? Siapakah
Nabi kamu? Apakah agama kamu? Dimanakah kiblat kamu? Siapakah saudara
kamu? Apakah yang kamu bawa sebagai bekalan mati?”

Maka jawablah, “Allah Tuhan-ku yang sebenar-benar.”

Bila ditanya lagi maka jawablah, “Allah Tuhan-ku yang sebenar-benar.”

Bila ditanya kali ketiga dan itulah yang terakhir dan kesudahan yang baik maka
jawablah, “Allah adalah Tuhan-ku, Nabi Muhammad adalah nabiku, Islam
agamaku, al-Quran adalah kitab pedomanku, Ka'bah Baitullah adalah kiblatku,
sekalian orang Islam adalah saudara agamaku, hidup matiku di atas kalimah
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.”

Wahai saudaraku bila ditanya pula kepada kamu tentang Muhammad, maka
katakanlah, “Muhammad itu adalah pesuruh Allah SWT yang datang kepada
kami membawa risalah Tuhan-nya iaitu al-Quran, maka kami mempercayainya
dan beriman dengannya. Jika ada di antara kami yang tidak mahu
mempercayainya maka tiada apa yang kami boleh lakukan, kami hanya
mengatakan Pemimpin kami adalah Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Dia-lah
yang Maha Besar yang memiliki Arasy yang Maha Luas.”

Wahai saudaraku. Selamat tinggal untuk selama-lamanya dan kami serahkan


saudara kepada Allah SWT. Mudah-mudahan diampunkan segala dosa saudara
dan mudah-mudahan diterima segala amal kebajikan dan ibadah yang saudara
lakukan ketika hidup di dunia ini.

Wahai saudaraku sekalian.

Ambillah iktibar di atas kematian ini kerana sesungguhnya mati itu adalah benar.
Memasuki ke liang kubur itu benar. Soalan Munkar dan Nakir itu benar. Bangkit
sesudah mati dan dihimpunkan di Padang Mahsyar itu benar. Timbangan Neraca
al-Mizan itu benar. Minum air di Telaga al-Kautsar milik Nabi SAW itu benar.
Melalui Titian Siratul Mustaqim itu benar. Balasan seksa Neraka dan nikmat
Syurga semuanya benar dan Hari Kiamat tetap akan berlaku tanpa syak dan ragu
ragu lagi dan kita semua pasti akan kembali kepada Allah SWT.

Al-Fatihah.
PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA
PPM-026-14-24012018

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA No. 132, Jalan H15, Taman Melawati 53300, Kuala Lumpur Selangor.
Tel. : 013-322 7937 / 03-2385 7032
Email : spjmadmn@gmail.com

‫حيح َم‬ ‫ْحن ه‬ َ ‫الر ح‬


‫اّلِلَ ه‬‫ح ه‬
َ ‫الر‬ َ ‫بَس َم‬
َ َ ُ َ ‫َ حَ ح ُ ه َ ح َ َ ح َ َ ه َ ُ َ ه‬
‫ب العال َمْي والصَلة والسَلم لَع‬ َ ‫اْلمد َّلِلَ ر‬
َ‫ح‬
َ‫اْلنحب َياءَ َوال ح ُم حر َسل َ حْي‬ ‫َ َ َُه َح‬
َ
‫سي َ َدنا ُمم ٍد أْش َف‬
َ
‫ه‬ َُ َ َ ََ َ ‫َ َ ح َ حَ حَ هُ ه َ ََ َ َ َُه‬ ََ
‫آِلَ وصحبَهَ أْجعَْي اللهم ص َّل لَع سي َ َدنا ُمم ٍد ولَع آ َل سي َ َدنا ُمم ٍد‬ َ ‫َولَع‬
‫حُ َ ح‬ ‫َ هُ ه ح ح َُ ح َ ح َ ح‬
‫ٱرْح ُه حم َو ََعف َ َه حم َوٱعف عن ُه حم‬ ‫اللهم ٱغ َفر لهم و‬
‫ه‬ َ َ َ َ ‫َ ه ُ ه ه َ ح َ ُ َ َ َ َ حَ ه َ َ َ ُ ُ َ ح‬
َ‫اللهم إَنا نسئلك رَضاك واْلنة ونعوذبَك مَن سخ َطك وانلار‬

Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Ampunkanlah dosa-dosa kedua orang


tua kami. Ampunkanlah dosa-dosa para guru kami. Ampunkanlah dosa-dosa
seluruh muslimin muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang hidup atau
yang telah meninggal dunia.

Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa dan segala khilaf Almarhum/


Almarhumah…………….

Ya Allah. Terimalah solatnya, sedekahnya, puasanya, zakatnya dan segala amal


kebajikannya.

Ya Allah. Terangkanlah lubang kuburnya yang gelap ini.

Ya Allah. Luaskanlah lubang kubur yang sempit ini.

Jadikanlah kuburnya sepertimana taman-taman Syurga-Mu, ya Allah.

Bukan sepertimana kawah kawah api Neraka-Mu, ya Allah .

Ya Allah. Kurniakanlah kami dengan Husnul Khotimah.

Jangan kau akhiri kami dengan Su'ul Khotimah.

Akhirilah kalam kami dengan kalimah


‫َ ََ ه هُ ُ َ ه ٌ ه ُ ُ ه‬
ُ‫اّلِل‬ ‫َّل إَِل إََّل اّلِل ُممد رسول‬
Ya Allah. Selamatkanlah kami semua dari segala fitnah dunia. Selamatkanlah kami
semua dari segala fitnah Dajjal. Selamatkanlah kami semua dari segala fitnah
kubur dan fitnah akhirat.
PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA
PPM-026-14-24012018

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA No. 132, Jalan H15, Taman Melawati 53300, Kuala Lumpur Selangor.
Tel. : 013-322 7937 / 03-2385 7032
Email : spjmadmn@gmail.com

Ya Allah. Bangkitkanlah kami di Padang Mahsyar nanti dengan penuh kebaikan


dan kemuliaan. Tempatkanlah kami di bawah teduhan dan naungan rahmat Arasy-
Mu.

Izinkanlah kami untuk minum air dari Telaga al-Kautsar milik Nabi Muhammad
SAW. Beratkanlah timbangan amal kami di Neraca al-Mizan.

Pantaskanlah langkah kaki kami ketika melintasi Titian Siratul Mustaqim dengan
sepantas kilat. Agar kami tidak jatuh tergelincir ke dalam kawah api neraka-Mu, ya
Allah.

Kami tidak sanggup duduk dalam Neraka-Mu walaupun sedetik, ya Allah. Kami
tidak sanggup duduk dekat dengan Neraka walaupun sebatu, ya Allah.

Tempatkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu, ya Allah. Syurga yang didiami


oleh para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, para Syuhada’ dan orang-orang yang
alim dan beramal soleh.

Walaupun kami sedar kami tidak layak bersama mereka, ya Allah.

Darjat kami hanyalah setaraf debu di kaki mereka, ya Allah.

Namun kami mengharapkan gedung kasih dan rahmat-Mu, ya Allah. Kasihanilah


kami. Peliharalah kami. Rahmatilah kami, ya Allah.

Ya Allah. Rahmati dan ampunilah Almarhum/Almarhumah ………………


‫حُ َح‬ ‫َ ه ُ ه ح ح َُ َ ح َ ح ُ َ َ َ ح ُ َ ح ُ َ ه ُ ه ح ح ََ َ ح َ ح‬
‫ٱرْح َها َو ََعف ََها َوٱعف عن َها‬ ‫ اللهم ٱغفَر لها و‬/ ‫اللهم ٱغفَر ِل وٱرْحه وَعفَهَ وٱعف عنه‬
Ya Allah. Rahmati dan ampunilah dosa-dosa seluruh penghuni kubur di taman ini,
ya Allah.

‫حُ َ ح‬ ‫َ هُ ه ح ح َُ ح َ ح َ ح‬
‫ٱرْح ُه حم َو ََعف َ َه حم َوٱعف عن ُه حم‬ ‫اللهم ٱغفَر لهم و‬
‫ار‬‫اب ٱنله‬َ ‫خ َرة َ َح َس َن ٗة َوق ََنا َع َذ‬ َ ‫ٱٓأۡل‬ ‫ِف‬ ‫و‬ ُّ ‫َر هب َنا ٓ َءات ََنا ِف‬
َ ‫ٱدل ۡن َيا َح َس َن ٗة‬
َ َ َ
ََ ٌ َ َ َ َ ‫ُ ح َ َ َ َ َ ح ه َ ه َ ُ ح‬
َ َ ‫لَع ال ح ُم حر َسل‬
‫ْي‬ ‫ب العَزة َ عما ي َصفون وسَلم‬ َ ‫سبحان ربَك ر‬
‫ْي‬ َ َ ‫َو ح‬
َ ‫اْل حم ُد َ هّلِلَ َرب الح َعالَم ح‬
َ

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA


Untuk menyumbang, sila salurkan ke akaun:
CIMB : 8603-48-9285
BSN : 1410-0410-0030-6186

Anda mungkin juga menyukai